Majlis Amanah Rakyat (MARA) memandang serius kes seorang pelajar Tingkatan 2 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit yang dibuli oleh lima pelajar senior di asrama maktab berkenaan pada minggu lepas.
Dalam satu kenyataan, MARA menerangkan disebabkan kes ini masih dalam siasatan polis, sebarang tindakan lanjut hanya akan diambil selepas siasatan selesai.
"Pihak MARA sudah mengambil tindakan dengan menggantung persekolahan selama dua minggu ke atas lima pelajar yang disyaki terbabit dalam kes buli ini," katanya dalam kenyataan tersebut.
Pada 8 Ogos lepas, seorang pelajar Tingkatan Dua dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit
telah mengadu dibuli oleh beberapa pelajar dan melaporkannya kepada pihak polis.
Difahamkan, mangsa buli berkenaan masih lagi berada di rumah berikutan masih trauma atas kejadian berkenaan dan pihak kaunseling MRSM Parit dipercayai akan memantau perkembangannya.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Aziz Hassan telah dilaporkan berkata dalam laporan kes pergaduhan berkenaan pelajar tersebut mendakwa telah dipukul di tangan dan kaki oleh lima orang pelajar dalam lingkungan umur 15 dan 16 tahun.
"Kejadian tersebut berlaku di dalam bilik asrama pada sekitar jam 1.30 pagi dan punca insiden dipercayai kerana kumpulan tersebut marah dan menuduh mangsa melaporkan kepada pihak sekolah mengenai kegiatan mereka menghisap rokok.
"Justeru, siasatan akan dijalankan oleh pihak polis dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas tindakan merusuh.
"Keterangan kelima-lima pelajar terbabit telah dicatatkan bagi membantu siasatan berhubung dengan kes ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Hafiz Marzukhi
Tue Aug 16 2016
Pada 8 Ogos lepas, seorang pelajar Tingkatan Dua dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit telah mengadu dibuli oleh beberapa pelajar dan melaporkannya kepada pihak polis. - Gambar hiasan
KSI unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.9 peratus pada 2025
Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025, dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar.
Roy King tetap mahu fokus main dua kategori
Pemain badminton negara Yap Roy King berhasrat kekal beraksi dalam dua kategori iaitu beregu lelaki dan beregu campuran, sama seperti yang dilakukan sebelum ini.
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus kerjasama selatan global
Menurut kenyataan kerajaan Brazil, agenda utama adalah tumpuan memperkukuh kerjasama antara negara Selatan Global.
Suk Yeol ikrar akan berjuang hingga akhir
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang dipecat bertindak menghantar surat untuk menghimpunkan penyokongnya dalam usaha berjuang hingga akhir ketika berdepan cubaan pihak berkuasa untuk menahannya susulan undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Disember lalu.
Pesawat Siberian Airlines dari Moscom tergelincir dari landasan
Susulan kejadian tersebut, pesawat Airbus A321 itu kini digantung sementara bagi tujuan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
10 cedera tembakan rambang pada sambutan tahun baharu
Menurut Jabatan Polis New York kejadian berlaku apabila tiga hingga empat lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar kelab tersebut.
12 maut dalam kejadian tembakan amuk di Montenegro
Pihak berkuasa menyifatkan serangan tersebut sebagai salah satu pembunuhan beramai-ramai paling teruk di negara balkan itu.
Juara Olimpik tertua dunia, Agnes Keleti meninggal dunia pada usia 103 tahun
Mendiang merupakan pemenang pingat emas Olimpik tertua di dunia dan memperoleh 10 pingat Olimpik, termasuk lima emas.
Polis sahkan terima laporan lelaki ganggu jemaah masjid TTDI
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood pada Khamis, laporan polis itu dibuat berdasarkan sebuah video tular memaparkan lelaki tersebut mengganggu serta melakukan beberapa kerosakan di masjid tersebut.
Aktiviti edar, proses dadah dalam hutan tumpas
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir Pulau Pinang susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang Rabu
MARA gantung lima pelajar terlibat dalam kes buli di MRSM Parit
Majlis Amanah Rakyat (MARA) memandang serius kes seorang pelajar Tingkatan 2 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit yang dibuli oleh lima pelajar senior di asrama maktab berkenaan pada minggu lepas.