UMNO sama sekali tidak gentar untuk berhadapan dengan siapa sahaja calon sama ada daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor nanti.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata, apa yang penting Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus berjuang bagi memastikan kerusi DUN itu terus kekal di tangan BN pada PRK itu.
"Legasi perjuangan bekas wakil rakyatnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar selama tiga penggal di situ perlu kita teruskan dan kita yakin sokongan pengundi terhadap BN tidak akan berbelah bahagi.
"Calon yang akan kita tampilkan nanti Insya-Allah akan menepati kehendak pengundi seperti mana karakter Allahyarham yang disenangi pengundi di situ selama ini," katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Masyarakat Pengkalan Kubor di sini pada Khamis.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan, turut melawat 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN itu dan juga Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor di sini.
Ahmad berkata, antara kriteria calon adalah mereka yang dekat di hati pengundi, rajin, berdedikasi dan mengamalkan cara hidup yang sederhana.
"Soal calon muda atau tua biarlah ia diputuskan oleh Presiden Parti dan apa sahaja yang diputuskan sudah tentu ia adalah calon terbaik," katanya.
Beliau berkata perebutan kerusi DUN itu oleh PKR dan PAS juga membuktikan ketidaksepakatan gabungan parti berkenaan yang sepatutnya PAS tidak perlu tamak untuk mendapatkan kerusi DUN berkenaan.
"PAS sudah ada tiga kerusi DUN dan juga Parlimen Tumpat. Takkan kerusi milik PKR ini pun mahu dibolot dan untuk itu sahaja rakyat perlu menilai siapakah sebenarnya kedua-dua parti itu," katanya.
Pada Rabu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata PAS mahukan kerusi DUN berkenaan kerana yakin jika parti itu bertanding menggantikan PKR, ia memberi peluang cerah kepada PAS untuk menang.
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan, berkata kerusi DUN itu sebenarnya hanya dipinjamkan kepada PKR dan pada bila-bila masa PAS boleh mengambil semula kerusi berkenaan.
PKR Kelantan bagaimanapun telah menyatakan bahawa ia tetap mahu kerusi itu terus ditandingi PKR.
Pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Noor Zahidi, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Mengulas perkara itu, Ahmad berkata pada Sabtu ini beliau akan bertemu dengan para penceramah yang bakal berkempen di DUN berkenaan.
"Jentera penerangan kita akan mula digerakkan dan kita akan bangkitkan semua isu tempatan dan nasional kepada pengundi termasuk juga isu yang berlaku di Selangor," katanya.
Sementara itu, mengulas apa yang berlaku di Selangor, Ahmad berkata PKR, DAP dan PAS sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila mereka tetap mempertahankan nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar.
Sebelum ini baginda telah menitahkan supaya ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan.
Namun PKR dan DAP dilaporkan akan tetap mencadangkan hanya nama Wan Azizah.
Bernama
Fri Aug 29 2014
AHMAD: Yakin sokongan pengundi terhadap BN tidak akan berbelah bahagi
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya KL-Karak dijangka mula Januari
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) yang berupaya menangani isu kesesakan terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu dijangka bermula pada Januari.
JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan
Sebanyak 10,000 cerun yang terletak berhampiran kawasan perumahan termasuk sekolah sedang dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Pembinaan LTU Gua Musang-Kuala Krai lancar, isu pampasan sedang diselesaikan
Status pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Gua Musang-Kuala Krai mengikut ketetapan jadual seperti dirancang.
KKR akan mohon peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU - Ahmad Maslan
KKR akan memohon peruntukan RM20 juta untuk membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dalam masa terdekat.
Hampir RM40 bilion diperuntuk bagi projek di Sabah - Ahmad Maslan
Kerajaan memperuntukkan hampir RM40 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek infrastruktur awam di Sabah termasuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Fasa 1A dan Fasa 1B.
Kelewatan projek Pan Borneo Sabah, disebabkan masalah pengambilan tanah - Ahmad Maslan
Ahmad berkata tindakan pemilik tanah enggan berkerjasama serta membawa isu berkenaan ke mahkamah menyebabkan projek LPB tertangguh.
Kerajaan sedia teliti konsep rumah transit bangsa Johor - TPM Ahmad Zahid
Hanya kerajaan Johor yang memberikan kemudahan menyewa rumah dengan sebahagian daripada harga sewa menjadi tabungan untuk pembayaran deposit rumah seterusnya.
Penggunaan BIM perlu diperluas kepada pembinaan pembetungan, jalan raya - Ahmad
Ahmad turut mencadangkan agar universiti dan syarikat pembinaan tempatan bekerjasama dalam membangunkan perisian BIM keluaran Malaysia.