JELI: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO menerima banyak permohonon bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu dan perkara tersebut akan dibawa ke Lembaga Disiplin untuk menentusahkan keahlian mereka.
"Perkara berkenaan juga akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk dimuktamad dan diputuskan oleh Majlis Tertinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di sini hari ini.
Mengulas tindakan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar yang menyertai Bersatu, Ahmad Zahid berkata mereka bebas memilih parti yang mereka sukai.
"Mana-Mana ahli UMNO yang telah dipecat bebas untuk masuk parti yang mereka sukai dan itu adalah pilihan mereka, " katanya.
Semalam, Noh, 66, mengesahkan penyertaan beliau sebagai ahli Bersatu.
Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu dilapor berkata permohonan menyertai Bersatu telah dibuat secara dalam talian dua hari lepas tanpa diketahui sesiapa dan diluluskan serta-merta.
Sebelum ini, Noh dipecat daripada UMNO kerana melanggar disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan berazam meneruskan agenda Melayu dan Islam tanpa mengetepikan kepentingan agama dan bangsa lain.
Beliau juga berkata dakwaan bahawa kerajaan bersekongkol dengan DAP adalah tidak benar malah parti komponen Kerajaan Perpaduan itu menghormati dasar berkenaan.
"Sepanjang lebih setahun setengah saya menjadi TPM (Timbalan Perdana Menteri) dan duduk dalam Jemaah Menteri, DAP tidak pernah sekalipun menentang dasar Melayu dan Islam sesuai dengan Perlembagaan.
"Kita bukan bersekongkol dengan DAP tetapi mereka parti komponen dalam Pakatan Harapan. Walaupun mereka hanya ada empat menteri, mereka tidak pertikai sebab menghormati bahawa menteri UMNO berpengalaman untuk membantu Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Ahmad Zahid berkata komitmen membela kepentingan Melayu dan Islam adalah amanah yang akan diteruskan dan telah dibuktikan sebelum ini apabila kerajaan berjaya menjaga kesaksamaaan semua bangsa di Malaysia.
Beliau berkata kerajaan tidak pernah mengetepikan kebajikan penduduk di kawasan pedalaman termasuk Jeli dan Gua Musang.
UMNO, katanya akan memastikan semua kawasan pedalaman sentiasa mendapat perhatian untuk dimajukan dan bukannya dilakukan secara bermusim termasuk ketika pilihan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO menerima banyak permohonon bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu dan perkara tersebut akan dibawa ke Lembaga Disiplin untuk menentusahkan keahlian mereka. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.

Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.