"Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merosakkan UMNO jika beliau berhasrat mahu menjadi Menteri Besar Pahang semula," kata Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Dalam temu bual dengan New Straits Times Press, Syed Saddiq menegaskan tidak masuk akal jika Najib yang terpalit dengan beberapa siasatan jenayah berhasrat berbuat demikian.
"Ini satu langkah ‘mengerikan’ jika ada cadangan Najib yang kini sedang dalam siasatan dipilih menjadi Menteri Besar Pahang.
"Jika saya mahu menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab yang mahu membunuh pembangkang, saya akan mengatakan 'Alhamdulillah, saya menyokong langkah itu 100 peratus' kerana kemunculan Najib akan membunuh UMNO, "katanya.
Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas pendapat seorang individu yang mencadangkan jawatan tersebut dalam satu catatan di sebuah blog baru-baru ini yang mana, dia menyuarakan hasrat untuk melihat Najib sebagai Menteri Besar Pahang.
Penulis berkenaan juga meminta, Datin Seri Rosmah Mansor supaya 'berehat' daripada terus mengekori perjalanan politik suaminya agar tidak lagi menjadi buah mulut dan tomahan masyarakat.
Walaupun mereka mempunyai perbezaan pandangan politik, Syed Saddiq berkata, beliau lebih suka melihat Umno menjadi pembangkang yang kuat sekurang-kurangnya dapat mengimbangi kerajaan yang ada sekarang ini.
"Dengan cara ini kita dapat memastikan masa depan rakyat Malaysia terpelihara kerana kita mempunyai demokrasi dalam pelbagai parti.
"Jika kita mahu melihat UMNO kembali kuat dan bertindak sebagai pembangkang yang teguh, maka Najib tidak boleh menjadi ketua pasukan," katanya.
Najib pernah menjadi Menteri Besar Pahang ke-12 dari Mei 1982 sehingga Ogos 1986.
Sinar Harian
Mon Jun 11 2018

Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Dakwaan Orang Asli tak dibantu hanya mainan politik pembangkang - MB Pahang
Kerajaan Pahang tidak pernah meminggirkan kebajikan dan keperluan masyarakat Orang Asli dengan sejumlah RM12.32 juta diperuntukkan pada tahun ini sahaja bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Diskaun 40 peratus untuk bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang
Kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40 peratus bayaran balik pinjaman pendidikan yayasan berkenaan kepada peminjam sempena ulang tahun ke-40 penubuhannya tahun ini.

Semua jenis perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa di Pahang
Semua premis wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) asas normal baharu.

Masalah gangguan bekalan air di Chini setiap kali musim kemarau bakal berakhir
Menteri Besar Pahang berkata, kerajaan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM18 juta untuk membina kolam takungan.

SOP bauksit masih diperhalusi - Wan Rosdy
Menurut Menteri Besar Pahang, SOP yang telah diperkasa akan diumumkan selepas proses penelitian selesai.

MB Pahang gesa Manogaran tunjuk bukti tuduhan 'lantikan kroni'
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyangkal dakwaan "lantikan kroni" dalam kalangan ahli-ahli majlis bagi Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH).

'UMNO rosak jika Najib jadi MB Pahang' - Syed Saddiq
"Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merosakkan UMNO jika beliau berhasrat mahu menjadi Menteri Besar Pahang semula."

Tengku Abdullah harap kerjasama dengan Kerajaan Pusat dan negeri
Kerajaan negeri perlu cari titik persamaan terlebih dahulu dan selanjutnya sebarang perbezaan ditangani secara bijaksana lagi berhemah.