Semua ahli UMNO diminta memperkasakan semangat pemberontak Melayu semula jadi yang lahir sejak zaman kemerdekaan negara dahulu.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat, berkata semangat itu juga terbukti memerdekakan generasi dari kerajaan 'orang putih' satu masa dahulu.
"Hidupkanlah cawangan-cawangan UMNO kita dengan mengadakan mesyuarat dan teruslah berjuang dalam parti yang sama tanpa memilih parti alternatif.
"Kalaupun kita kecewa dengan pucuk pimpinan yang telah membawa kita hampir ke tahap kehancuran, inilah peluang untuk kita menentukan hala tuju dan pucuk pimpinan parti kita yang baharu, pada pemilihan yang akan datang.
"Ambil balik kuasa parti kita dari tangan pemimpin-pemimpin kita yang sudah terlalu lama duduk di tampuk kuasa UMNO," katanya dalam satu kenyataan di sini.
BACA: Kerajaan baharu macam tempe
BACA: Bersatu bakal ganti UMNO?
Tegasnya, ahli UMNO juga diminta tidak lagi mengikut telunjuk mana-mana pihak yang mahu siapa yang harus di angkat dalam berpasukan.
"Tepuk dada dan tentukan kuasa yang di tangan anda, sebagaimana rakyat telah menentukan nasib mereka di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14," ujarnya.
Dalam pada itu jelasnya, mana-mana pemimpin atau ahli UMNO yang berhijrah ke parti lain dilihat akan dianaktirikan.
"Mereka akan dianggap sebagai orang yang tidak boleh dipercayai kerana telah mengkhianati parti asal untuk bersama pihak yang menang.
"Di awal pasca pilihan raya sahaja, tiga dari wakil rakyat UMNO yang telah diberi kepercayaan telah melompat parti kononnya untuk menyelamatkan kuasa Melayu di Johor.
"Sedangkan mereka tahu di Johor selama ini diuar-uarkan tiada istilah orang Melayu, Cina atau India melainkan Bangsa Johor," tegasnya.
Justeru katanya, ia menjadi kesan apabila ramai dari ahli-ahli UMNO mula keluar dari UMNO dan berhijrah ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru sahaja menang dibawah panji-panji PKR pada PRU yang lepas.
"Ramai di kalangan mereka adalah ketua-ketua cawangan dan ramai juga yang tidak mahu mengadakan mesyuarat kerana hilang semangat.
"Ini tidak dibantu pula dengan keputusan sesetengah ketua UMNO Bahagian yang lebih selesa dengan mempunyai jumlah cawangan yang lebih kecil memandangkan kita bukan lagi parti yang memerintah," ujarnya.
Tengku Putra Haron turut meminta ahli-ahli UMNO terus percaya kepada keramat parti yang hadir dari semangat mahu terus berjuang dengan ikhlas dan tanpa putus asa.
"Parti UMNO adalah satu-satunya parti individu (bukan gabung) yang mempunyai jumlah kerusi yang terbanyak kini dalam Parlimen.
"Ertinya kita masih lagi disokong dan diberi kepercayaan untuk memimpin oleh sebahagian besar bangsa kita di Semenanjung dan Sabah.
"Selebihnya dibahagi kepada dua parti Melayu lain yang tidak lama lagi pengundinya akan sedar, ketika hak keistimewaan tersurat mahupun tersirat bangsa Melayu menjadi terhakis dalam penggal yang mendatang ini," tambahnya.
BACA: Jawatan Presiden UMNO akan dipertandingkan - Ahmad Zahid
BACA: Pemilihan parti: RoS beri UMNO sehingga April 2019
Astro Awani
Wed May 30 2018

TENGKU PUTRA HARON: UMNO adalah satu-satunya parti individu yang mempunyai jumlah kerusi yang terbanyak dalam Parlimen kini. - Facebook/TPJN47Kempas

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

ADUN Kempas dilantik sebagai Setiausaha Politik MB Johor
Datuk Ramlee Bohani mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Onn Hafiz di Pejabat Menteri Besar Johor hari ini.

Bersatu serah kepada Lembaga Disiplin parti isu Osman Sapian
Lembaga Disiplin parti terlebih dahulu perlu menyiasat dan memanggil Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas sebelum membuat sebarang keputusan.

Osman Sapian: MB Johor paling singkat tempoh pentadbiran
Osman, ketika dilantik merupakan Setiausaha PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor, menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin daripada Barisan Nasional (BN) sebagai menteri besar.

UMNO perlu perkasa semangat pemberontak Melayu - Bekas ADUN
Semua ahli-ahli UMNO diminta memperkasakan semangat pemberontak Melayu semula jadi yang lahir sejak zaman kemerdekaan negara dahulu.

Osman Sapian Menteri Besar Johor ke-16
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian, 67, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16.