JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Ramlee Bohani dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkuat kuasa hari ini.
Ramlee mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Onn Hafiz di Pejabat Menteri Besar Johor di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.
"Syukur Alhamdulillah. Tahniah YB (Yang Berhormat) Dato' Ramlee Bohani yang juga merupakan ADUN Kempas. Beliau baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, sebentar tadi.
"Selamat menjalankan tugas YB Dato'. Allah Peliharakan Sultan. Allah Berkati Johor," kata Onn Hafiz menerusi hantaran dalam laman Facebook rasminya, hari ini.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lepas, Ramlee daripada Barisan Nasional (BN), memenangi pertandingan tujuh penjuru menewaskan Napsiah Khamis @ Maharan daripada PKR, Nornekman Osman (Parti Pejuang Tanah Air), Nur Faizal Abdullah (Perikatan Nasional) dan tiga calon Bebas iaitu Mohd Azwan Abd Rahman, Mohd Suhimi A. Rahman dan Mohd Hambali Munadi dengan majoriti 3,514 undi.
Pada 16 Mac lepas, Onn Hafiz yang juga ADUN Machap secara rasmi memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Johor ke-19.
Semalam, 10 ADUN mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene.
Pelantikan barisan Exco kerajaan negeri yang baharu adalah susulan kemenangan BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga ketika PRN Johor pada 12 Mac lepas. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022

Datuk Ramlee Bohani mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Datuk Onn Hafiz di Pejabat Menteri Besar Johor hari ini. - Gambar Facebook ONN HAFIZ

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

ADUN Kempas dilantik sebagai Setiausaha Politik MB Johor
Datuk Ramlee Bohani mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Onn Hafiz di Pejabat Menteri Besar Johor hari ini.

Bersatu serah kepada Lembaga Disiplin parti isu Osman Sapian
Lembaga Disiplin parti terlebih dahulu perlu menyiasat dan memanggil Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas sebelum membuat sebarang keputusan.

Osman Sapian: MB Johor paling singkat tempoh pentadbiran
Osman, ketika dilantik merupakan Setiausaha PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor, menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin daripada Barisan Nasional (BN) sebagai menteri besar.

UMNO perlu perkasa semangat pemberontak Melayu - Bekas ADUN
Semua ahli-ahli UMNO diminta memperkasakan semangat pemberontak Melayu semula jadi yang lahir sejak zaman kemerdekaan negara dahulu.

Osman Sapian Menteri Besar Johor ke-16
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian, 67, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16.