KUALA LUMPUR: UMNO perlu terus menjadikan pentas wacana sebagai platform diskusi serta mendengar sebarang teguran daripada semua pihak termasuk pemegang taruh dan rakyat.
Menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, usaha itu perlu bagi memulihkan semula parti yang menjangkau usia 76 tahun itu agar kekal relevan dan diterima rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Tegas beliau, jangan hanya perlu menunggu kehadiran tarikh 11 Mei yang bersamaan dengan ulang tahun penubuhan UMNO untuk berikrar memperkasakan parti dengan menyusun strategi, memperbaiki kelompongan dan kelemahan parti.
"Jangan tunggu (setiap) 11 Mei sahaja, ini (wacana) permulaan UMNO untuk mencerdaskan (parti).
Kita akan jadikannya suatu platform untuk sentiasa membuat hubungan dengan pemegang taruh. UMNO tidak boleh sesama kita sahaja.
"(UMNO) mesti membuka telinga, minda kita kepada apa juga kritikan teguran dan pandangan daripada semua pihak untuk kita perbaiki dan untuk kita perkasakan semula UMNO dan menyusun strategi parti untuk terus relevan dengan masa," katanya.
Mohamad berkata demikian semasa merasmikan Wacana Aspirasi UMNO bertajuk ‘Menggalas Perjuangan, Mendepani Cabaran’ sempena ulang tahun ke-76 UMNO di Menara Dato Onn di sini, pada Rabu.
Sesi wacana yang dipancarkan secara langsung menerusi laman sosial UMNO itu disertai oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Presiden Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose; Presiden Alumni Parlimen Belia Malaysia, Mohamad Nazrin Faiz Che Abd Aziz dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sudah tiba masanya UMNO terus digerakkan dalam usaha menjadi benteng kepada rakyat terutama ketika melangkah ke PRU15.
"Jangan kita berbincang sesama sendiri, mesti dibuat macam ini (wacana) bawa semua orang pemegang taruh, NGO (pertubuhan bukan kerajaan). Profesor, belia dan siapa sahaja yang ingin menyumbang nak melihat supaya UMNO supaya parti besar dan dominan terus relevan dan akan terus menjadi parti boleh dijadaikan sebagai asas kepada pentadbir negara.
"Oleh sebab itu saya sebut tadi, jangan kita syok sesama sendiri, buka telinga, buka minda kita, jangan kita buat UMNO seperti sebuah parti yang pegun," jelasnya lagi.
Fareez Azman
Wed May 11 2022

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan setiap ahli parti terbabit agar berterus terang dan menegur jika ada kesilapan dilakukan. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Mohamad wakili Malaysia dalam mesyuarat CHOGM Ke-27 di Samoa
Menteri Luar akan mewakili Perdana Menteri ke Persidangan Ketua-Ketua Negara/Kerajaan Komanwel Ke-27 (CHOGM 2024) dari 24 hingga 26 Okt 2024 di Apia, Samoa.

Malaysia tingkatkan kemampuan pertahanan udara dengan GM400 Alpha
Sistem radar Ground Master 400 Alpha ini merupakan peningkatan signifikan terhadap infrastruktur pertahanan Malaysia yang sedia ada.

Kerajaan setuju laksana semula PLKN, latihan di kem tentera, Pulapol
Kerajaan akan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan melalui modul yang berbeza berbanding sebelum ini.

Cabaran menanti PH-BN pada PRN tidak boleh dipandang ringan - Mohamad
Dinamika politik hari ini menuntut semua pihak bekerja keras untuk mencipta kemenangan.

"Saya boleh kata dua juta masuk UMNO" - Mat Hasan jawab Annuar Musa
Terpulang kepada bekas Setiausaha Agung UMNO itu untuk membuat kenyataan, namun, biarlah munasabah.

'Jika terbukti, anggota TUDM terlibat kes buli pelatih boleh dibuang kerja' - Mohamad
Kementerian Pertahanan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk buang kerja dalam kes pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didakwa membuli lima pelatih pasukan itu.

Status Khairy Jamaluddin dalam UMNO diketahui petang ini?
Nasib dan kedudukan KJ akan diputuskan oleh pucuk pimpinan UMNO.

PRN: UMNO lantik Menteri Angkat atur strategi di 6 negeri
UMNO akan terus memastikan kesiapsiagaan jentera parti itu berada pada tahap optimum bagi menghadapi Piliha Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi membabitkan enam buah negeri.

PRU15: BN mampu tubuh kerajaan, tiada isu besar yang beri ancaman
Mohamad yakin BN mampu membentuk kerajaan pada PRU15 berdasarkan maklumat terkini kajian sikap pengundi yang berpihak kepada UMNO.

Jentera BN Johor perlu ditambah baik hadapi PRU15 - Tok Mat
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Johor antara jentera yang mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi.