MELAKA: UMNO Melaka bersedia memberikan bantuan jentera pilihan raya kepada Negeri Sembilan dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang akan diberikan bantuan terutama lokasi sempadan di antara Melaka dengan Negeri Sembilan.
Menurut beliau, bantuan itu akan diberikan mengikut Parlimen dalam negeri itu seperti Parlimen Rembau, Parlimen Tampin dan Parlimen Port Dickson (PD).
"Semua kawasan dijaga adalah yang bersempadan di antara Melaka dan Negeri Sembilan.
"Saya tak dapat maklumat terperinci kerusi DUN berapa, tapi kita akan jaga kawasan-kawasan sempadan iaitu Rembau, Tampin, Gemenceh Linggi, PD, Teluk Kemang dan Seremban," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan lokasi pelaksanaan inisiatif 'No Right Turn' dan keadaan trafik di Persimpangan Stadium Hang Jebat, Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput- Ayer Keroh (SPA) di sini, pada Selasa.
Beliau yang juga Ketua Menteri, berkata, Melaka akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti bagi melarang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti pada sidang DUN yang akan berlangsung pada akhir bulan ini.
Ujar beliau, keputusan itu selari dengan tindakan Dewan Rakyat di peringkat Parlimen yang telah meluluskan RUU itu pada Julai tahun lalu.
"Kita akan membentangkan Akta (Anti) Lompat Parti seperti mana yang telah diputuskan di peringkat Parlimen dan pucuk pimpinan parti, seperti sebelum ini.
"Melaka pun kita akan ambil langkah sama untuk RUU itu dibentangkan dalam sidang DUN akan datang," katanya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 04 2023

Ab Rauf berkata, bantuan itu akan diberikan mengikut Parlimen dalam Negeri Sembilan seperti Parlimen Rembau, Parlimen Tampin dan Parlimen Port Dickson. - Gambar fail

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

UMNO Melaka berazam rampas semula kerusi DUN Sungai Udang pada PRU-16
Ab Rauf mengingatkan jentera parti supaya tidak leka dalam menjayakan misi berkenaan, agar kedudukan UMNO di negeri itu menjadi lebih kukuh.

UMNO Melaka bantu PRN Negeri Sembilan
Setakat ini pihaknya telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang akan diberikan bantuan terutama lokasi di sempadan.

Ab Rauf nafi kepimpinan UMNO Melaka bakal bertukar
ADUN Tanjung Bidara itu berkata tiada isu yang timbul berkaitan kepimpinan UMNO negeri, ketika ini.

PRN Melaka: Enam Bahagian UMNO tolak kerjasama dengan Bersatu - Mohamad Ali
Enam Ketua Bahagian UMNO di Melaka membuat pendirian menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Melaka Memilih: UMNO Melaka alu-alukan kerjasama PN, MN hadapi PRN - Ab Rauf
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, bagaimanapun pandangan dan cadangan itu akan diperhalusi oleh peringkat tertinggi UMNO.

Tindakan 4 ADUN pentingkan diri, bukan untuk rakyat - Wanita UMNO Melaka
Datuk Haryaty Hamdzah berkata pihaknya berasa sedih dan marah dengan tindakan empat ADUN tersebut.

Bubar DUN: UMNO Melaka adakan mesyuarat tergempar
Mesyuarat berkenaan diadakan di kediaman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Sidang DUN Melaka bermula 6 September - Speaker
Sidang itu dapat dilaksanakan selepas mendapat izin daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.