Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan UMNO kini semakin kukuh berbanding pakatan pembangkang yang berada dalam keadaan 'kuchalana' akibat dilanda pelbagai masalah.
Presiden UMNO itu berkata situasi itu membolehkan UMNO menerusi jenteranya termasuk Biro Kebajikannya terus bergerak mendekati rakyat membantu golongan yang memerlukan di seluruh negara terutama masyarakat di luar bandar.
"Kita lihat pembangkang sekarang dalam keadaan 'kuchalana' biarlah dia terus 'kuchalana' namun kita parti UMNO tetap terus kukuh dan komited membantu rakyat baik dalam keadaan susah mahupun senang," katanya.
'Kuchalana' yang merupakan dialek Pantai Timur membawa maksud berserabut, kucar kacir atau tidak tersusun.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran Program UMNO Bantu Rakyat Fasa 2 dan Jom Simpan Bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di perkarangan Masjid Kampung Tanjung Medang, di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar Mohamad Fakharuddin Mohd Arif.
Najib berkata dalam setiap perkara yang dilakukan oleh parti itu mahupun kerajaan, keperluan dan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan dengan Biro Kebajikan UMNO menjadi medium perantara antara parti dan rakyat.
"Parti ini begitu banyak berjasa dalam lipatan sejarah negara dan telah berakar umbi sejak 70 tahun lalu. Demi kelangsungan kekuatan UMNO serta memastikan parti terus relevan sepanjang zaman, dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan dan parti juga mengikut peredaran zaman dan ia berjaya membuahkan hasil yang memberangsangkan," katanya.
Najib yang juga anggota Parlimen Pekan dalam masa yang sama berkata, apabila kerajaan melaksanakan banyak program berimpak tinggi di kawasan bandar, ia tidak bermakna kerajaan melupakan pembangunan dan kebajikan masyarakat di luar bandar.
"Projek yang bersifat ikonik seperti Transit Aliran Massa (MRT) di Lembah Klang, kita laksanakannya supaya ekonomi lebih kukuh kerana apabila ekonomi tambah kukuh, negara akan menjadi lebih maju.
Maka bolehlah kita agihkan hasil itu kepada masyarakat di luar bandar dan golongan yang memerlukan. Kalau ekonomi negara tidak meningkat, maka kita akan kurang hasil dan kalau kurang hasil, kerajaan akan kurang kemampuan untuk bantu orang miskin dan sebab itu kita kena faham teori ekonomi ini," kata Najib.
Pada majlis itu, lebih 3,000 murid Tahun Satu daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dari 55 buah sekolah di Parlimen Pekan menerima sumbangan deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM316,300.
Biro Kebajikan UMNO turut mengagihkan 2,000 kit sumbangan kepada keluarga miskin dari Parlimen Pekan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kepada pesakit Insomnia Soadah Mat Akil, 85, ketika Program UMNO Bantu Rakyat di Kampung Tanjung Medang hari ini. - Foto BERNAMA
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
UMNO komited bantu rakyat setiap masa - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan UMNO kini semakin kukuh berbanding pakatan pembangkang yang berada dalam keadaan 'kuchalana' akibat dilanda pelbagai masalah.
Program UMNO Bantu Rakyat dilancar, jelajah 71 lokasi
Ia mensasarkan lebih 300,000 rakyat khususnya luar bandar dan pedalaman untuk menerima manfaat daripada program kali kedua anjuran Biro Kebajikan UMNO (BIKUM) itu.