UMNO Kelantan bersetuju sekiranya Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat pemimpin dan anggota parti yang terlibat dalam gerakan cuba menjatuhkan presiden parti Datuk Seri Najib Razak, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Kami (UMNO Kelantan) telah menyatakan di dalam Deklarasi Kelantan jika mana-mana individu sokong gerakan untuk menjatuhkan Najib perlu dipecat dari parti.
"Kami sependapat agar mereka dipecat. Itu pendirian UMNO Kelantan," kata anggota Parlimen Jeli itu kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.
Mustapa berkata demikian bagi mengulas tindakan Ketua UMNO Bahagian Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua UMNO Bahagian Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menghadiri perhimpunan tertutup bersama-sama pemimpin pembangkang di Shah Alam, Selangor pada Ahad.
Khamis lepas, kesemua 14 ketua UMNO Bahagian Kelantan termasuk anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengikrarkan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan presiden parti dengan menandatangani Deklarasi Kelantan.
Bernama
Tue Mar 29 2016
Khamis lepas, kesemua 14 ketua UMNO Bahagian Kelantan termasuk anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengikrarkan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib. - Gambar fail
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
'Mustahil Tengku Razaleigh ingin jatuhkan Najib' - Annuar Musa
Jika benar akuan bersumpah itu wujud, Tan Sri Annuar Musa berkata, sudah pasti beliau mengetahui terlebih dahulu memandangkan beliau ahli Parlimen dan juga rakan rapat Tengku Razaleigh.
'Saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana gerakan'- Ku Li
Ahli veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menafikan terlibat dalam mana-mana gerakan termasuk gerakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
UMNO Kelantan setuju MT pecat pemimpin parti cuba jatuhkan presiden
UMNO Kelantan bersetuju sekiranya Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat pemimpin dan anggota parti yang terlibat dalam gerakan cuba jatuhkan perdana menteri.
'Saya sentiasa konsisten dalam pendirian saya' - Ku Li
Ahli veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata, beliau sentiasa konsisten dalam pendiriannya mengenai tatacara pemerintahan negara serta perlunya perubahan.
Ku Li tandatangani Deklarasi Kelantan, beri sokongan padu kepada Najib
Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa memuat naik gambar yang menunjukkan Ahli Parlimen Gua Musang itu bersama wakil-wakil Barisan Nasional sedang menandatangani sebuah dokumen.