Ahli veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menafikan terlibat dalam mana-mana gerakan termasuk gerakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ramai yang melenting bila saya tandatangani Deklarasi Kelantan dan menuduh saya berpaling tadah. Walhal, saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana gerakan, bagaimana pula saya dituduh berpaling tadah?" katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.
Katanya, tindakan beliau menandatangani deklarasi tersebut juga tidak mengubah pendiriannya tentang urus tadbir yang baik dan juga tidak memberi implikasi undang-undang.
Menurut Tengku Razaleigh, selain sebagai ahli UMNO dan menjadi ketua bahagian Gua Musang selama hampir 50 tahun, ia adalah menjadi hak beliau untuk mendatangani dokumen tersebut.
"Tidakkah saya mempunyai hak? Saya pernah berseloroh, apabila saya menandatangani buku tersebut, ia seperti buku kedatangan. Jadi saya pun tandatangan meskipun (saya tahu) ia Deklarasi Kelantan," jelasnya.
Ditanya sama ada beliau ingin menandatangani Deklarasi Rakyat, katanya beliau tidak akan menandatanganinya kerana beliau bukan sebahagian dari gerakan tersebut dan beliau merupakan seorang ahli UMNO.
"Saya tidak akan tandatangan (Deklarasi Rakyat), kerana saya bukan sebahagian darinya. Saya ahli UMNO," tegasnya.
Dalam pada itu, Tengku Razaleigh juga menafikan bertanggungjawab mengedarkan akuan sumpah yang menyokong beliau untuk menjadi perdana menteri.
Katanya beliau tidak tahu menahu tentang dokumen tersebut dan hanya menyedarinya selepas melihatnya di laman media sosial.
Semalam, Tengku Razaleigh berkata, beliau sentiasa konsisten dalam pendiriannya mengenai tatacara pemerintahan negara serta perlunya perubahan.
Katanya, perkara itu merupakan intipati perjuangan beliau di peringkat kebangsaan serta dalam UMNO sejak tahun 1987.
Beliau pada minggu lalu, telah menandatangani Deklarasi Kelantan, dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa memuat naik gambar yang menunjukkan Ahli Parlimen Gua Musang itu bersama wakil-wakil Barisan Nasional sedang menandatangani sebuah dokumen.
Haider Yutim
Tue Mar 29 2016
!['Saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana gerakan'- Ku Li 'Saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana gerakan'- Ku Li](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51436922694_TengkuRazalaeigh.jpg)
Ku Li berkata, tindakan beliau menandatangani deklarasi tersebut juga tidak mengubah pendiriannya tentang urus tadbir yang baik. - Gambar fail
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
Kim Pan-gon, bakal menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
!['Mustahil Tengku Razaleigh ingin jatuhkan Najib' - Annuar Musa 'Mustahil Tengku Razaleigh ingin jatuhkan Najib' - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71457617245_AnnuarMusa.jpg)
'Mustahil Tengku Razaleigh ingin jatuhkan Najib' - Annuar Musa
Jika benar akuan bersumpah itu wujud, Tan Sri Annuar Musa berkata, sudah pasti beliau mengetahui terlebih dahulu memandangkan beliau ahli Parlimen dan juga rakan rapat Tengku Razaleigh.
!['Saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana gerakan'- Ku Li 'Saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana gerakan'- Ku Li](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51436922694_TengkuRazalaeigh.jpg)
'Saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana gerakan'- Ku Li
Ahli veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menafikan terlibat dalam mana-mana gerakan termasuk gerakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
![UMNO Kelantan setuju MT pecat pemimpin parti cuba jatuhkan presiden UMNO Kelantan setuju MT pecat pemimpin parti cuba jatuhkan presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61458827011_TengkuRazaleigh.jpg)
UMNO Kelantan setuju MT pecat pemimpin parti cuba jatuhkan presiden
UMNO Kelantan bersetuju sekiranya Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat pemimpin dan anggota parti yang terlibat dalam gerakan cuba jatuhkan perdana menteri.
!['Saya sentiasa konsisten dalam pendirian saya' - Ku Li 'Saya sentiasa konsisten dalam pendirian saya' - Ku Li](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445321736_RazaleighHamzah.jpg)
'Saya sentiasa konsisten dalam pendirian saya' - Ku Li
Ahli veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata, beliau sentiasa konsisten dalam pendiriannya mengenai tatacara pemerintahan negara serta perlunya perubahan.
![Ku Li tandatangani Deklarasi Kelantan, beri sokongan padu kepada Najib Ku Li tandatangani Deklarasi Kelantan, beri sokongan padu kepada Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61458827011_TengkuRazaleigh.jpg)
Ku Li tandatangani Deklarasi Kelantan, beri sokongan padu kepada Najib
Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa memuat naik gambar yang menunjukkan Ahli Parlimen Gua Musang itu bersama wakil-wakil Barisan Nasional sedang menandatangani sebuah dokumen.