KOTA BHARU: UMNO Kelantan hari ini membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Pas negeri yang berkuat kuasa serta-merta.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata keputusan tersebut dibuat selepas pertemuan antara Biro Politik UMNO Kelantan dan Dewan Harian Pas Kelantan gagal mencari kata putus berhubung kerjasama kedua-dua parti dalam Muafakat Nasional (MN) itu.
Beliau berkata dalam mesyuarat yang berlangsung tengah hari tadi, Pas negeri mahu memelihara hubungan dengan Bersatu dan kekal dalam Perikatan Nasional (PN) Kelantan namun pada masa sama, parti itu mengulangi untuk terus menjaga hubungan dengan UMNO dalam MN.
"Dalam konteks Kelantan, kita telah memutuskan mana-mana parti yang terus bersama Bersatu, mereka bukanlah rakan ataupun pasangan kita untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Negeri Kelantan di sini.
Ahmad Jazlan berkata berikutan keputusan itu, UMNO Kelantan akan bergerak secara solo pada PRU15 atas nama Barisan Nasional.
"Saya beri jaminan setakat ini, itulah keputusan kita, kita bergerak secara solo dan sekiranya ada apa-apa keputusan daripada pucuk pimpinan parti maka selaku ahli parti yang patuh, kita akan akur dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO," katanya.
Ahmad Jazlan berkata biarpun memutuskan hubungan dengan Pas negeri, kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO akan terus memberi sokongan kepada pentadbiran kerajaan negeri selagi Pas terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Sekiranya ada perkara berkaitan kepentingan agama yang menjadi asas perjuangan kita, kepentingan bangsa, kita boleh duduk sepentas... ini soal yang berbeza," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 22 2022
Ahmad Jazlan berkata keputusan tersebut dibuat selepas pertemuan antara Biro Politik UMNO Kelantan dan Dewan Harian Pas Kelantan gagal mencari kata putus berhubung kerjasama kedua-dua parti dalam Muafakat Nasional (MN) itu. - Gambar fail/BERNAMA
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda
UMNO Kelantan perlu memberi peluang dan melahirkan lebih ramai golongan pelapis muda untuk menerajui Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
Isu pengampunan Najib: UMNO Kelantan timbang putus hubungan dengan Amanah Kelantan - Zawawi
UMNO Kelantan akan mempertimbangkan untuk memutuskan kerjasama dengan parti Amanah di Kelantan.
PRN: UMNO Kelantan bincang agih kerusi selepas pemilihan parti
UMNO Kelantan akan berbincang mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas pemilihan parti berkenaan selesai.
UMNO Kelantan mahu tindakan dikenakan terhadap pengkhianat parti
UMNO Kelantan juga menolak sekeras-kerasnya perbuatan khianat yang melemahkan struktur dan strategi parti bagi memenuhi agenda individu.
UMNO Kelantan sedar kebangkitan pengundi muda, dekati belia sudah lama - Ahmad Jazlan
Menyedari peratusan anak muda yang layak mengundi bertambah lebih 50 peratus di Kelantan, UMNO negeri sudah memulakan program mendekati pengundi muda sejak awal tahun ini.
UMNO Kelantan serah senarai calon PRU15 esok - Ahmad Jazlan
UMNO Kelantan akan menyerahkan senarai nama calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) esok.
PRU15: UMNO Kelantan akan tampil ramai muka baharu termasuk tokoh agama
UMNO Kelantan bakal menampilkan lebih ramai muka baharu sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
PRU15: UMNO Kelantan hasrat bertanding 9 kerusi Parlimen, 35 DUN
UMNO Kelantan berhasrat untuk bertanding di sembilan kawasan Parlimen dan 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
UMNO Kelantan perlu berani ketengah pemimpin muda - ADUN Galas
Ramai pemimpin muda atau muka baharu berpotensi untuk bertanding dalam PRU akan datang.