UMNO negeri Kedah sedang meneliti nama daripada kalangan wanita UMNO untuk diketengahkan bagi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri tersebut pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata buat masa ini, nama-nama berkenaan telah diterima untuk dipertimbangkan sebelum dibawa ke peringkat tertinggi parti untuk diputuskan.
Katanya, tidak menjadi kesalahan untuk meletakkan calon wanita bertanding di mana-mana kawasan pilihanraya jika calon yang mewakili parti Barisan Nasional (BN) itu boleh memenangkan parti pada PRU14 nanti.
"Memang kita sedang menganalisis satu persatu senarai nama ini kerana kita hendak orang yang mampu menjalankan tugas dan boleh diterima oleh pengundi dan masyarakat di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Wanita Cemerlang Sempena Hari Wanita 2017 di Wisma Negeri di sini, malam tadi.
Pada majlis itu, seramai 31 wanita termasuk dua exco kerajaan negeri menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh isteri Menteri Besar Kedah, Datin Seri Hizam Awang Ahmad.
Mereka merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat Datuk Suraya Yaacob dan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia Datuk Norsabrina Mohd Noor.
Antara penerima lain ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Sepiah Isa, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Yayasan Sultanah Bahiyah Datin Ramizan Ibrahim, Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Nor Azura Mohamed Zohdi dan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
Selain itu, pelayar wanita pertama Malaysia di Sukan Olimpik, Nur Shazrin Mohamad Latif dan pemain bola jaring yang memenangi emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Izyan Syazana Wazir; Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Azuyah Hassan serta bekas Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Datuk Munirah Abdullah Bajanuddin turut mendapat pengiktirafan tersebut.
Anugerah Wanita Cemerlang itu bertujuan menghargai peranan dan sumbangan kaum wanita dalam aspek politik, ekonomi, sukan, undang-undang, pendidikan dan latihan, agama, media serta pembuat keputusan.
Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri akan terus membuka ruang dan peluang kepada kaum wanita dalam usaha mempertingkatkan tahap sosioekonomi mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2017
Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata nama-nama berkenaan telah diterima untuk dipertimbangkan sebelum dibawa ke peringkat tertinggi parti untuk diputuskan. - gambar fail
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.
Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.
Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.
Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.
10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.
Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.
Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.
Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.