Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menyarankan agar UMNO mengangkat politik Islam yang didokong selama ini ke tahap lebih baik dengan cara lebih progresif dan berkemajuan.
Mohamed Khaled berkata UMNO mesti memfokuskan kepada pengukuhan Islam sebagai agendanya demi kelangsungan parti ditunjangi orang Melayu itu.
"Jika Islam itu terbukti sebagai faktor penting dalam kebangkitan kebangsaan Melayu, maka, Islam juga harus terus penting dalam kelangsungan UMNO.
"Cuma apa yang kita perlukan sekarang adalah lonjakan dan fokus yang lebih radikal, besar dan serius untuk mengarus perdanakan Islam dalam UMNO secara lebih konstruktif, lebih mendasar dan lebih rapi," katanya.
Menteri Besar itu berucap pada penutup Seminar Komemoratif 70 Tahun UMNO yang bertemakan "Islam, Nasionalisme dan Masa Depan UMNO" di Pusat Konvensyen Antarbangsa Persada Johor di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata dengan mendalami syiar Islam, ia dapat menjadikan Malaysia lebih moden dan sejahtera selain membantu melonjakkan Melayu dan negara ke arah sebuah negara kesepakatan yang adil, berdaya saing, kuat dan dihormati.
Beliau berkata sudah tiba masanya untuk UMNO dan Islam bergerak seiring melancarkan gerakan besar-besaran melaksanakan Agenda Melayu Maju yang bersandarkan politik Islam progresif dalam usaha mengukuhkan kedudukan parti.
"Saya harus menegaskan bahawa politik Islam yang saya sarankan bukan tentang struktur, bukan tentang negara Islam dan hukum hakam. Ia lebih jauh dari semua itu.
"Politik Islam yang kita anjurkan menjurus kepada sistem nilai dan tadbir urus yang lebih baik yang berpasakkan keadilan, kebebasan, ketelusan dan kesepakatan.
"Amatlah penting kita sedari dan faham bahawa politik Islam itu amat luas," katanya.
Mengenai seminar itu, Mohamed Khaled berkata ia merupakan cara berbeza dipilih UMNO Johor dalam meraikan ulang tahun ke-70 parti keramat berkenaan.
Beliau berkata langkah penganjuran seminar oleh Badan Perhubungan UMNO Johor, institut pemikir Bait Al Amanah dan Institut Integriti, Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn (IKLAS) itu kena pada masanya untuk seluruh anggota UMNO merenung sedalamnya dan mencari jalan ke hadapan dalam memantapkan parti tersebut.
Seminar sehari itu disertai lebih 500 peserta termasuk anggota UMNO, pertubuhan bukan kerajaan, agensi kerajaan, mahasiswa dan badan profesional. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2016

KHALED: Amatlah penting kita sedari dan faham bahawa politik Islam itu amat luas. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Polis Marin rampas barangan e-waste tidak sah bernilai lebih RM71 juta
Polis Marin Wilayah Dua berjaya merampas barang-barang berjadual e-waste yang dibawa dari luar negara secara tidak sah bernilai lebih RM71 juta.

JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.

Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.

Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu luang masa bersama keluarga
Rakyat Johor memanfaatkan cuti hujung minggu baharu pada Sabtu dan Ahad dengan meluangkan masa beriadah dan mengunjungi tempat menarik bersama keluarga.