Pelaksanaan Program UMNO Bantu Rakyat memperlihatkan komitmen tinggi UMNO Pusat bersama kepimpinan UMNO Negeri dan Bahagian untuk membela nasib rakyat, tanpa mengira kaum dan agama.
Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata program yang memberi tumpuan terhadap penduduk di kawasan luar bandar itu menunjukkan kesan positif kerana ia melibatkan penduduk di akar umbi.
"Biarpun dinobatkan sebagai parti Ketua Pemerintah tetapi kita jamin walaupun parti ini berjuang untuk Melayu dan orang Islam namun kita tak pernah diskriminasi kaum lain.
"Malah melalui UMNO kita dapat stabilkan aliran perhubungan masyarakat di negara kita yang terdiri daripada masyarakat majmuk," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program UMNO Bantu Rakyat anjuran Biro Kebajikan UMNO di Kampung Tanjung Aru dekat sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang mengetuai 87 peserta rombongan program, yang akan menyambung perjalanan ke Kalabakan Tawau, diikuti Papar sebelum berakhir di Sepanggar Kota Kinabalu, Khamis ini.
Bung Moktar yang juga Anggota Parlimen Kinabatangan berkata penyampaian sumbangan menerusi program itu merupakan tanda ikatan kukuh antara pemimpin di peringkat pusat dan akar umbi.
"Saya yakin dan percaya Pengerusi Biro Kebajikan UMNO akan mendapat ilham cara yang lebih baik bagi melaksanakan program ini pada masa akan datang.
"Ia sejajar dengan perjuangan UMNO sejak 71 tahun lepas, iaitu untuk membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan, tanpa mengira di mana mereka berada," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2017
![UMNO bantu rakyat tanpa mengira perbezaan kaum dan agama UMNO bantu rakyat tanpa mengira perbezaan kaum dan agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/81495543049_UMNOSandakan.jpg)
Ketua UMNO Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal pada Program UMNO Bantu Rakyat di Kampung Tanjung Aru, Kinabatangan, hari ini. - Foto BERNAMA
![Mohamad ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tergempar OIC Mohamad ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tergempar OIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721905873_TBMohamadHasan.jpg)
Mohamad ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tergempar OIC
Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Menteri Luar Gambia sebagai pengerusi Sidang Kemuncak OIC ke-15.
![Libat urus input Belanjawan 2025: KPDN fokus tangani kos sara hidup Libat urus input Belanjawan 2025: KPDN fokus tangani kos sara hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722930809_DatukArmizanMohdA.jpg)
Libat urus input Belanjawan 2025: KPDN fokus tangani kos sara hidup
Ia susulan arahan Perdana Menteri yang mahu setiap kementerian mengadakan sesi libat urus untuk Belanjawan 2025.
![Garis panduan tingkat pelaburan pusat data akan dikeluarkan pada suku ketiga - Tengku Zafrul Garis panduan tingkat pelaburan pusat data akan dikeluarkan pada suku ketiga - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721037960_tbTengkuZafrul.jpg)
Garis panduan tingkat pelaburan pusat data akan dikeluarkan pada suku ketiga - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mengumumkan garis panduan untuk keberkesanan penggunaan kuasa (PUE) dan keberkesanan penggunaan air (WUE) di pusat data menjelang suku ketiga tahun ini untuk meningkatkan pelaburan.
![MATRADE sasar 250 pembeli dengan potensi perjanjian perniagaan RM1 bilion di INSP MIHAS 2024 MATRADE sasar 250 pembeli dengan potensi perjanjian perniagaan RM1 bilion di INSP MIHAS 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722935094_MustafaAbdulAziz.jpg)
MATRADE sasar 250 pembeli dengan potensi perjanjian perniagaan RM1 bilion di INSP MIHAS 2024
250 pembeli antarabangsa merangkumi 20 pembeli premium dari 40 negara, dijangka berpotensi menghasilkan nilai perolehan melebihi RM1 bilion.
Mayat juruterbang New Zealand ditembak di Papua ditemukan
Glen Malcolm Conning, 50, seorang juruterbang PT Intan Angkasa Air Service, terbunuh pada Isnin selepas mendarat di Papua bersama dua pekerja kesihatan Indonesia dan dua kanak-kanak, yang semuanya terselamat.
Singapura bentang pindaan tingkatkan keselamatan tenaga
Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Singapura telah mengemukakan rang undang-undang pindaan untuk meningkatkan ketahanan tenaga kepada Parlimen untuk bacaan pertama pada Selasa.
India perkukuh kawalan sempadan negara
India memperkukuh kawalan di sempadan negara itu dengan Bangladesh sekali gus berwaspada dengan sebarang situasi.
Harris pilih Walz sebagai calon Naib Presiden
Calon presiden dari parti Demokrat, Kamala Harris hari ini memilih Gabenor Minnesota, Tim Walz sebagai gandingannya, untuk membantu memenangi pengundi luar bandar, berkulit putih.
Presiden Bangladesh bubar Parlimen
Presiden Bangladesh membubarkan parlimen pada Selasa sekali gus membuka jalan kepada pembentukan kerajaan sementara, sehari selepas Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke India.
Lebih 25 juta terkesan, Sudan alami tahap kebuluran melampau
Sudan sedang mengalami krisis makanan terburuk yang belum pernah berlaku sebelum ini. Organisasi Makanan dan Agrikultur (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam kenyataannya pada Isnin berkata, 25.6 juta penduduk Sudan kini ditahap kebuluran ekstrem dengan 755,000 daripadanya berada pada tahap paling buruk dan diklasifikasikan sebagai 'becana kebuluran melampau'.
![Peguam Bung Moktar sakit jantung, prosiding tangguh 9 Oktober Peguam Bung Moktar sakit jantung, prosiding tangguh 9 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722231005_PeguamBungMoktar.jpg)
Peguam Bung Moktar sakit jantung, prosiding tangguh 9 Oktober
Prosiding pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan Zizie Izette daripada pertuduhan rasuah ditangguhkan ke 9 Oktober depan.
![Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51675066871_ZahidUMNOSabah.jpg)
Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.
![ADUN Warisan, UMNO tidak hadir DUN Sabah, sepakat sokong dua RUU kuasa kawal selia bekalan gas ADUN Warisan, UMNO tidak hadir DUN Sabah, sepakat sokong dua RUU kuasa kawal selia bekalan gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673339233_TBdunsabah.jpg)
ADUN Warisan, UMNO tidak hadir DUN Sabah, sepakat sokong dua RUU kuasa kawal selia bekalan gas
Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Warisan dan UMNO Sabah dilihat tidak hadir pada sidang khas di Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.
![Politik Sabah: Istana Seri Kinabalu sedia kanopi untuk media Politik Sabah: Istana Seri Kinabalu sedia kanopi untuk media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673151241_kanopi.jpg)
Politik Sabah: Istana Seri Kinabalu sedia kanopi untuk media
Dua kanopi disediakan di hadapan pintu gerbang Istana Seri Kinabalu kepada pengamal media yang 'berkampung' di hadapan Istana Seri Kinabalu.
![Serah kuasa: Bantu Kerajaan Sabah rancang pembangunan bekalan air, letrik, jalan raya - Bung Moktar Serah kuasa: Bantu Kerajaan Sabah rancang pembangunan bekalan air, letrik, jalan raya - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667964709_TBBUNGMOKTAR.jpg)
Serah kuasa: Bantu Kerajaan Sabah rancang pembangunan bekalan air, letrik, jalan raya - Bung Moktar
Penyerahan kuasa meluluskan projek-projek pembangunan bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak dilihat dapat merancangkan pembangunan tiga keperluan asas yang dituntut rakyat Sabah.
![Dakwaan ADUN BN terlibat usaha tukar kerajaan tidak benar - Bung Moktar Dakwaan ADUN BN terlibat usaha tukar kerajaan tidak benar - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670510391_BungMoktar.jpg)
Dakwaan ADUN BN terlibat usaha tukar kerajaan tidak benar - Bung Moktar
Bung Moktar menafikan dakwaan terdapat usaha untuk menggantikan kerajaan yang ditadbir oleh parti itu dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada kerajaan BN-Parti Warisan (Warisan).
![PRU15: Bung Moktar, Maximus Ongkili kekal pertahan kerusi PRU15: Bung Moktar, Maximus Ongkili kekal pertahan kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71656765482_TBbung.jpg)
PRU15: Bung Moktar, Maximus Ongkili kekal pertahan kerusi
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar kekal mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![Kerja baik pulih cerun KM2.1 Sandakan dimulakan bulan depan - Bung Moktar Kerja baik pulih cerun KM2.1 Sandakan dimulakan bulan depan - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655281965_TBcerunruntuh.jpg)
Kerja baik pulih cerun KM2.1 Sandakan dimulakan bulan depan - Bung Moktar
Kerja-kerja pembaikan cerun yang runtuh di kilometer KM2.1 jalan utama menuju ke pusat bandar berhampiran bulatan menara jam SM Sung Siew, di sini, akan dimulakan bulan depan.
!['Pejuang di Semenanjung pun kalah teruk, mau datang Sabah lagi?' - Bung Moktar 'Pejuang di Semenanjung pun kalah teruk, mau datang Sabah lagi?' - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51651110938_DATUKSERIBUNGMOKT.jpg)
'Pejuang di Semenanjung pun kalah teruk, mau datang Sabah lagi?' - Bung Moktar
Tegasnya, Pejuang hilang semua wang pertaruhan ketika bertanding di Semenanjung dan amat mustahil rakyat Sabah berminat dengan parti itu.
![Naikkan harga tiket: Syarikat penerbangan 'hisap darah' rakyat - Bung Moktar Naikkan harga tiket: Syarikat penerbangan 'hisap darah' rakyat - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647963386_KLIA.jpg)
Naikkan harga tiket: Syarikat penerbangan 'hisap darah' rakyat - Bung Moktar
Ada syarikat penerbangan meletakan syarat semua penumpang wajib mendaftar masuk melalui mesin disediakan, dan bayaran RM100 dikenakan.