SHAH ALAM : Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar masih belum membuat sebarang keputusan berhubung hala tujunya selepas dipecat daripada parti.
Menyifatkan masih dalam edah, Noh kini dalam tempoh bertenang dan pada masa yang sama, membuat keputusan untuk tidak membuat sebarang rayuan berhubung pemecatannya.
Menurutnya, tiada guna rayuan dibuat memandangkan keputusan telah dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tanpa beliau berpeluang untuk membela diri.
“Saya nak merayu pada siapa sebab MKT UMNO sudah buat keputusan? Saya boleh terima keputusan ini walaupun saya sedih. UMNO ini banyak jasa kepada saya kerana atas dasar-dasarnya, saya anak orang kampung boleh belajar ke London dan akhirnya menjadi peguam.
“Apabila saya lihat keputusan-keputusan yang dibuat ini tidak mengikut peraturan dan perlembagaan, saya tak boleh terima. Prinsip saya, apa pun kita kena berpegang kepada perlembagaan. Itu sebab kita berpegang kepada Rukun Negara iaitu Keluhuran Perlembagaan dan Undang-Undang,” katanya pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Sinar Live bertajuk Dipecat UMNO: Lawan atau Move On? yang dikendalikan hos, Hazwan Mokhtar dan disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.
Mengulas mengenai perancangannya selepas ini, Noh memaklumkan, dia akan berehat sebelum mengambil keputusan seterusnya.
“Saya sudah diceraikan dan dalam tempoh edah, saya kena rehat dulu. Berapa lama, kita kena tengok. (Buat masa ini), belum ada apa-apa keputusan. (Mungkin) sama ada saya nak jadi penceramah bebas. Kalau sesiapa nak jemput saya, saya datanglah.
“PKR ke, Amanah nak jemput pun, saya boleh datang kalau sudi jemput saya jadi penceramah bebas. Kita akan tengok perkembangan seterusnya. Saya pun tak ada cita-cita dah, bagi saya yang penting adalah nak tengok parti mana yang betul-betul boleh menjadi tempat rakyat berteduh dan terus memperjuangkan hak-hak Melayu.
“Saya lihat semua parti sama sahaja dasarnya cuma perjalanan dan pimpinan parti yang berbeza. Dari segi demokrasi, perlembagaan juga saya kena lihat.
“Setakat ini saya belum ada tawaran. Saya akan lihat apakah saya perlu ke hadapan atau hanya jadi penceramah. Selepas tamat tempoh edah, saya akan lihat kembali,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 30 2023

Noh memaklumkan, dia akan berehat untuk seketika sebelum mengambil keputusan seterusnya. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.

Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.