Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menghormati pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak menghentam Perdana Menteri untuk mencari pengaruh serta populariti demi kepentingan keluarga sendiri.
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Lokman Noor Adam berkata, pelbagai pertikaian Dr Mahathir kepada Najib disifatkan tindakan terdesak yang mempunyai maksud tersirat selain memenuhi impian politik peribadi.
"Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Najib oleh Dr Mahathir semakin menjadi-jadi. Yang terkini, pemberian wang bantuan 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya. Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Dr Mahathir.
"Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Dr Mahathir, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokongnya yang menganggap Dr Mahathir sebagai seorang yang maksum umpama nabi.
"Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Dr Mahathir ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Lokman mengulas mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menyifatkan tidak akan bertemu Najib untuk membincangkan kritikannya kepada negara melalui blognya.
Kata Dr Mahathir, tempoh perbincangan senyap sudah berakhir selain mengakui sudah berjumpa Najib sebelum ini dan kini mengambil jalan terakhir iaitu mendedahkan isu berkenaan.
Terdahulu, Dr Mahathir menyatakan pemberian BR1M merupakan satu kesilapan besar yang dilakukan kerajaan.
Minggu lalu, Dr Mahatir melalui blognya turut mendesak Najib untuk menentukan nasib serta masa depan UMNO.
Kata Lokman, setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara.
"Seperti di zaman Dr Mahathir, salah satu pendekatan yang digunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar.
"Saya masih ingat, Dr Mahathir selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai".
"Itu cara Dr Mahathir dan kerana itu jugalah bila Datuk Seri Anwar pada masa itu tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 bilion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat," ujarnya.
Tegasnya, walaupun diakui Anwar seorang peliwat, tetapi kalau betul Dr Mahathir tidak boleh menerima seorang peliwat untuk menggantikannya, sudah pasti dari tahun 1993 lagi Anwar sudah dipecat olehnya bila Tun Hanif Omar, Ketua Polis Negara ketika itu memaklumkan tentang tabiat luar tabii Anwar.
"Tetapi Dr Mahathir tidak pernah kisah soal moral insan yang setia bersamanya ketika itu. Dr Mahathir hanya bertindak ke atas Anwar apabila Anwar enggan membantu Mirzan yang terganggu emosinya ketika itu akibat kegawatan ekonomi pada1997 sehingga1998.
"Memang tidak dapat dinafikan, pemecatan Anwar juga berpunca daripada tindakan juak-juak Anwar yang sudah mengatur langkah untuk menabalkan Anwar sebagai Presiden UMNO.
"Di bawah kepimpinan Najib, dia tidak menggunakan pendekatan yang diambil Dr Mahathir. Lagipun, jika RM5 bilion disuntik kepada syarikat-syarikat besar ini, berapa peratus sangatlah yang akan dinikmati oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut berbanding dengan pemberian BR1M yang terus diberikan kepada mereka yang benar-benar susah dan memerlukan," jelasnya.
Kata Lokman lagi, matlamatnya juga sama iaitu meningkatkan kecairan dipasaran selain tiada beza pun dengan matlamat Dr Mahathir.
" Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka. Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.
"Dr Mahathir bukan hendak jawapan pada persoalan BR1M, 1MDB, Altantuya, Shirul mahupun jet yang turut dia dan Tun Siti Hasmah gunakan semasa menjadi Perdana Menteri ketika kegawatan ekonomi dahulu. Isu tersebut hampir semuanya sudah dijawab dan Dr Mahathir bukanlah seorang yang malas membaca," katanya.
Oleh itu jelasnya, apa yang menyebabkan Dr Mahathir gelabah hari ini adalah apabila dia melihat beberapa tokoh politik seangkatan dengannya sudah meninggal dunia.
"Dr Mahathir tahu yang masanya juga akan sampai dan dia kekurangan masa kini. Sebagai seorang bapa yang cukup menyayangi anaknya, Dr Mahathir membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukriz dengan cukup baik.
"Setiap Perdana Menteri selepasnya dianggap hanya 'Calon Sementara' sebelum Mukriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Tempoh masa yang diberikan juga sekitar lima tahun supaya dia sempat memastikan Mukriz berpeluang duduk di kerusi nombor dua sebelum dia meninggal dunia," katanya.
Lokman turut memberi pesan kepada Dr Mahathir agar mengingat kembali ayat yang selalu disebut dahulu iaitu, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran. Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar".
" Kalau Dr Mahathir terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan Najib, saya risau bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi Barisan Nasional (BN) juga akan tumbang sebagai parti memerintah.
" Apa guna kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak punyai kuasa. Masa itu, bukankah anak Dr Mahathir sendiri juga salah seorang yang akan berputih mata?" jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Sun Apr 05 2015
LOKMAN : Pelbagai pertikaian Dr Mahathir kepada Najib disifatkan tindakan terdesak yang mempunyai maksud tersirat selain memenuhi impian politik peribadi. - Gambar fail
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Indonesia tegaskan sokongan bagi akauntabiliti di Palestin berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan bahawa pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Netanyahu dan Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.
Mengenang Tun Daim: "Beliau mentor bagi usahawan muda Melayu' - Tun Mahathir
Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak muda berbakat dalam perniagaan kata Tun Mahathir Mohamad.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham tokoh besar yang rendah diri' - Tun Mahathir
Tun Mahathir mengenang Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini, sebagai seorang tokoh besar yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara.
Rayuan saman Halim Saad terhadap Tun M ditetapkan 18 Ogos tahun depan
Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Ogos tahun depan untuk mendengar rayuan Tan Sri Halim Saad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman beliau yang difailkan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib, Tun Mahathir sebumbung di mahkamah hari ini
Dua bekas Perdana Menteri dan juga seteru politik dijangka bertembung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.
The Greater Kedah tidak bercanggah dengan SG4 - Tun Mahathir
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata kemajuan yang dikecapi Kedah kelak akan mewujudkan persaingan sihat antara negeri SG4.
Sudah berusia 99 tahun, Tun M masih aktif penuhi undangan kerja
Tun M mampu melakukan 15 aktiviti termasuk mesyuarat, wawancara, menghadiri majlis dan sebagainya dalam tempoh 30 September hingga 5 Oktober.
“Ambil tahu situasi di Asia Barat” - Amaran Tun M kepada negara kecil
Sekiranya negara-negara kecil diceroboh dan rakyatnya dibunuh beramai-ramai, boleh dijangka tiada bantuan daripada mana-mana pihak.
Tun M masuk IJN, kes saman terhadap fitnah Zahid Hamidi ditangguh
Dr Mahathir dikejarkan ke Institut Jantung Negara untuk rawatan pada petang semalam, kata peguam Mior Nor Haidir yang mewakili beliau.