"Tun M cakap di mana-mana sahaja dia boleh bertanding termasuk di kerusi Parlimen Pontian P164,” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Parlimen Pontian, Zulkifli Tasrep.
Beliau berkata, apa sahaja yang keluar dari mulut Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya tidak diperlekeh kerana bekas perdana menteri itu mempunyai fikiran cukup tajam dalam dunia politik.
Justeru itu, beliau berkata, kepimpinan Harapan di peringkat Pontian amat mengalu-alukan kehadiran Tun M untuk bertanding di sini.
“Walaupun hanya andaian di media sosial, kami begitu gembira sebab Parlimen Pontian diletakkan sebagai antara kerusi parlimen yang berkemungkinan jadi pilihan Tun M.
“Kerusi Parlimen Pontian bukan calang-calang sebab diletakkan sebaris dengan kerusi parlimen diwakili perdana menteri dan timbalan perdana menteri,” katanya kepada Sinar Harian.
Pada 20 Februari lalu, laporan sebuah portal berita menyebut kenyataan Tun M, beliau boleh bertanding di mana sekalipun yang beliau mahu dan yakin mampu menang di mana di tempat yang ditandinginya.
Justeru itu, tular di media sosial Tun M akan bertanding di Parlimen Pekan menentang Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Tidak terkecuali juga beberapa parlimen lain yang diwakili nama-nama besar menteri disebut termasuk tiga kerusi parlimen di Johor iaitu Sembrong (P153), Sri Gading (P149) dan Pontian (P164).
Ditanya mengenai kelebihan Parlimen Pontian yang boleh menarik hati Tun M untuk menjadi calon, Zulkifli berkata, kelebihan tersebut disebabkan suara pengundi yang mahukan perubahan dan penerimaan baik terhadap Harapan serta Tun M itu sendiri.
“Orang Pontian semua kenal Tun M. Rakyat yang hidup zaman beliau tahu cara pentadbirannya yang disifatkan menyenangkan hati,” katanya.
Tegas Zulkifli, pihaknya amat menghargai kesudian Tun M untuk bertanding di sini, namun PPBM tidak akan dibuai mimpi mengharapkan Tun M sahaja.
Katanya, PPBM Parlimen Pontian turut menghantar tiga nama calon ke peringkat kepimpinan tertinggi parti untuk dipilih bagi bertanding di kerusi itu.
“Ketiga-tiga calon ini mempunyai kekuatan masing-masing dan merupakan anak kelahiran tempatan,” katanya.
Jelasnya, pembentukan jentera pilihan raya kini sedang dilaksanakan bagi P164 Pontian yang dijangkakan akan menjadi kawasan panas pada PRU14 kelak.
“Setakat ini, bilik gerakan Harapan sudah dibuka di Taman Sri Aman, Pontian.
“Harapan juga bercadang untuk membuka sebuah bilik gerakan di Benut, Pontian,” katanya.
Sinar Harian
Fri Feb 23 2018
Parti Pribumi Bersatu Malaysia peringkat Parlimen Pontian amat menghargai kesudian Dr Mahathir untuk bertanding di kawasan itu. - Gambar fail
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
PRK Mahkota: Penyokong parti PN mula berarak mengiringi calon
Mohamad Haizan Jaafar tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini jam 8.30 pagi bersama lebih 1,000 penyokong.
MB Johor umum calon PRK Mahkota - Zahid
Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti.
PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kempen kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berjalan secara berhemah.
PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini
Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap telah dimuktamadkan dan akan diumumkan 9 malam ini.
Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap
Majlis Perlembagaan Iran telah memulakan proses penyaringan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kilat.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.