Pas Terengganu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menuduh tiga pemimpin Pas negeri itu menerima RM1 juta daripada UMNO.
Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri Saiful Bahri Mamat berkata pihaknya menafikan perkara itu berlaku dan telah memberi tempoh masa yang lama kepada Mahfuz untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaannya, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas daripadanya.
"Kita sudah meminta beliau (Mahfuz) membuat laporan polis (berhubung tuduhan) dan kemukakan bukti terhadap tuduhan beliau, namun, sehingga ke hari ini, beliau masih belum membuat sebarang laporan.
"Jangan sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan seperti itu kepada Pas. Tuduhan seperti ini mencemarkan serta memberi imej buruk kepada Pas di Terengganu," katanya dalam sidang media khas Pas Terengganu di sini, hari ini
Mahfuz dalam satu program ceramah di Padang Serai, Kedah, baru-baru ini, mendakwa terdapat tiga pemimpin Pas Terengganu menerima sejumlah wang daripada pemimpin UMNO tertentu yang dimasukkan melalui akaun amanah Pas pada Mac lalu.
Mahfuz yang mengumumkan keluar Pas pada 31 Dis tahun lepas dan menyertai Parti Amanah Negara, dilaporkan turut mendakwa sejumlah wang telah dimasukkan ke dalam akaun Jabatan Pembangunan Pas Pusat atau Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat.
Saiful Bahri juga berkata Mahfuz sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhannya itu.
Beliau menegaskan Pas merupakan sebuah parti politik yang mempunyai dana sendiri yang mencukupi untuk operasi parti dan juga untuk bertanding dalam pilihan raya umum.
"Ahli Pas di Terengganu sendiri sudah melebihi 100,000 orang, dan kita sudah biasa membuat kutipan (dana) untuk menjalankan kerja parti dari dahulu hingga kini.
"PAS memiliki pusat-pusat tarbiah, dewan dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), yang semuanya dibangunkan melalui sumbangan ahli dan orang ramai. Kita juga pernah menganjurkan kutipan derma yang melibatkan kebajikan," katanya.
Saiful Bahri berkata Pas Terengganu tidak pernah mengalami masalah kekurangan dana seperti yang didakwa.
"Jangan anggap Pas Terengganu ini terlalu miskin sehingga mengharapkan bantuan (dana) daripada UMNO. Sedangkan kita lawan UMNO (dalam pilihan raya umum)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 15 2018
![Tindakan undang-undang terhadap Mahfuz - Pas Terengganu Tindakan undang-undang terhadap Mahfuz - Pas Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81521094556_MahfuzOmar.jpg)
Mahfuz menuduh tiga pemimpin Pas negeri itu menerima RM1 juta daripada UMNO. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![LPP cadang harga lantai belian padi dinaikkan LPP cadang harga lantai belian padi dinaikkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712440511_MahfuzOmar.jpg)
LPP cadang harga lantai belian padi dinaikkan
Kenaikan harga lantai padi juga sebagai melindungi petani supaya pengilang beras tidak boleh membeli padi di bawah paras ditetapkan.
![Saman fitnah: Mahfuz diperintah bayar RM250,000 kepada Sanusi Saman fitnah: Mahfuz diperintah bayar RM250,000 kepada Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706676435_TBMASHUPORANG.jpg)
Saman fitnah: Mahfuz diperintah bayar RM250,000 kepada Sanusi
Mahkamah Tinggi Alor Setar perintah Mahfuz Omar bayar ganti rugi RM250,000 bagi saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah.
![Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691850363_MahfuzOmar.jpg)
Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang
Menerusi Jualan Agro Madani ini juga pengguna memperolehi manfaat dengan kuasa beli yang mereka ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.
![Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704614736_MahfuzDrHatta.jpg)
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
![[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu [RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691850363_MahfuzOmar.jpg)
[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
![PRN: Alor Mengkudu antara penyumbang tubuh kerajaan negeri baharu - Mahfuz PRN: Alor Mengkudu antara penyumbang tubuh kerajaan negeri baharu - Mahfuz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691227181_TBMahfuzOmar.jpg)
PRN: "Alor Mengkudu antara penyumbang tubuh kerajaan negeri baharu" - Mahfuz
Penyandang kerusi DUN Alor Mengkudu, Datuk Mahfuz Omar yakin kerusi yang sedang dipertahankan itu bakal menjadi salah satu penyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri yang baharu di kedah.
![Salahuddin ditidurkan, stabil selepas pembedahan - Saifuddin Salahuddin ditidurkan, stabil selepas pembedahan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690007912_TBSalahuddin.jpg)
Salahuddin ditidurkan, stabil selepas pembedahan - Saifuddin
Keadaan Salahuddin stabil selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak dan berada dalam pemantauan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB.
![Salahuddin selamat jalani pembedahan Salahuddin selamat jalani pembedahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677749816_SalahuddinAyub.jpg)
Salahuddin selamat jalani pembedahan
Timbalan Presiden Amanah itu telah dikeluarkan dari dewan bedah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan seterusnya.
![Mahfuz selar dakwaan 'plot besar' Sanusi, anggap cubaan alih perhatian Mahfuz selar dakwaan 'plot besar' Sanusi, anggap cubaan alih perhatian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689935333_MahfuzOmarAmanah.jpg)
Mahfuz selar dakwaan 'plot besar' Sanusi, anggap cubaan alih perhatian
Mahfuz menyelar Sanusi yang didakwa cuba mengalih perhatian dengan menyatakan plot besar dirancang untuk memburukkan imejnya.
![PRN: PH-BN mampu tawan Kedah jika berlaku peralihan 10 peratus undi - Mahfuz PRN: PH-BN mampu tawan Kedah jika berlaku peralihan 10 peratus undi - Mahfuz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688286375_MahdzirKhalidMahf.jpg)
PRN: PH-BN mampu tawan Kedah jika berlaku peralihan 10 peratus undi - Mahfuz
PH Kedah yakin bahawa gabungan bersama BN negeri berkemampuan untuk menawan serta mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri itu dalam PRN akan datang.