Tindakan 821 ahli termasuk bekas setiasaha kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mengisytihar keluar parti baru-baru ini disifatkan sebagai aneh.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebelum ini, Kamarul Azman Habibur Rahman antara individu terawal yang berjanji akan berjuang bersama dengan PPBM, namun keputusannya meninggalkan parti jelas tidak selari dengan matlamat awal perjuangannya itu.
Dr Mahathir berkata sebagai ahli PPBM, mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian namun kesal kerana individu yang kononnya mahu berjuang menentang perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya kini menuduh parti itu pula merosakkan ekonomi negara.
“Dia nak keluar, keluarlah, tiada paksaan. Yang anehnya, orang inilah yang pertama marah pada (Datuk Seri) Najib dan tubuhkan parti,” kata Dr Mahathir.
Rabu lepas, Kamarul Azman Habibur Rahman yang juga antara pengasas PPBM mengisytihar keluar parti dan melepaskan semua jawatan berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan berkenaan dibuat selepas beliau kecewa dengan hala tuju parti selepas mendapati ia sudah menyimpang daripada perjuangan asal selain wujud perebutan jawatan di dalam parti.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor yang menubuhkan parti politik baharu, Dr Mahathir berkata tindakan berkenaan berkemungkinan adalah untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Menurutnya, Pakatan Harapan berpegang pada polisi satu lawan satu menentang BN dan sekiranya wujud lebih banyak parti yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru, parti itu jelas menyokong Najib dan BN.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Bual Bicara bersama Tun M anjuran PPBM Pulau Pinang di Tasek Gelugor pada Ahad malam.
Hadir sama, Pengerusi PPBM Negeri Marzuki Yahya; Timbalan Pengerusi Datuk Seri Mohd Shariff Omar; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Husam Musa.
Astro Awani
Mon Apr 24 2017
![Tindakan ahli PPBM keluar parti aneh - Tun Mahathir Tindakan ahli PPBM keluar parti aneh - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61492583773_keluarparti.jpg)
Keputusan Kamarul Azman (gambar) meninggalkan parti jelas tidak selari dengan matlamat awal perjuangannya itu, kata Dr Mahathir. -Gambar fail
![Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
![Tindakan ahli PPBM keluar parti aneh - Tun Mahathir Tindakan ahli PPBM keluar parti aneh - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61492583773_keluarparti.jpg)
Tindakan ahli PPBM keluar parti aneh - Tun Mahathir
Keputusan Kamarul Azman meninggalkan parti jelas tidak selari dengan matlamat awal perjuangannya, kata Dr Mahathir.
![Tindakan keluar parti bukti PPBM tiada asas perjuangan kukuh - Ismail Sabri Tindakan keluar parti bukti PPBM tiada asas perjuangan kukuh - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61492583773_keluarparti.jpg)
Tindakan keluar parti bukti PPBM tiada asas perjuangan kukuh - Ismail Sabri
Beliau berkata tindakan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dijangkakan lebih ramai anggota parti itu akan berbuat demikian selepas ini.