KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh mengesahkan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng meletakkan jawatan sebagai Ketua PKR Sarawak.
Abang Zulkifli turut mengesahkan Sng bertindak keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Saya mengesahkan beliau (Sng) letak jawatan sebagai Ketua PKR Sarawak dan bertindak keluar parti," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Pada 21 Disember tahun lalu, Sng mengumumkan akan berundur sebagai ketua PKR Sarawak yang diambil alih beliau pada Mac 2020 selepas Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian meninggalkan parti itu.
Sng berkata keputusan itu bagi membolehkan pemimpin Dayak mengambil alih jawatan sekali gus memimpin parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) tamat Jun depan.
"Saya melihat perkembangan ini bukan suatu perkara yang memeranjatkan kerana beliau telah memaklumkan terlebih dahulu kepada kita.
"Di peringkat negeri, kita berhadapan dengan pelbagai ragam ahli biasa serta pemimpin. Itulah hakikat politik yang perlu kita hadapi dari semasa ke semasa," kata Abang Zulkifli.
Selain Sng, Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong turut dilaporkan meninggalkan parti itu dan menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BACA: 2 MP PKR sah keluar parti, nyata sokongan kepada Muhyiddin
Astro Awani
Sun Feb 28 2021
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh turut mengesahkan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng keluar daripada Parti Keadilan Rakyat. - Gambar fail
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Tubuh GLC untuk teroka, kawal selia industri REE negara
Kerajaan disyorkan menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meneroka industri berkaitan unsur nadir bumi (REE) di negara ini.
Larry Sng gesa Bukit Aman banteras kegiatan gengsterisme di Julau
Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng menggesa Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk bertindak keras terhadap kegiatan gengsterisme berleluasa yang telah menjadikan kawasannya sebagai 'Wild Wild West'.
Presiden PBM, Larry ucap terima kasih pada Zuraida
Larry Sng Wei Shien mengucapkan terima kasih kepada Datuk Zuraida Kamaruddin di atas sumbangannya terhadap parti itu, termasuk membantu mempromosikannya.
Iktiraf Presiden PBM: Zuraida gagal dapat kebenaran mahkamah
Zuraida Kamaruddin gagal mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi supaya RoS mengiktirafnya sebagai Presiden PBM.
Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.
Zuraida, 12 lagi ahli berhadapan dengan lembaga disiplin PBM - Laporan
Larry Sgn berkata beliau hairan dengan tindakan Zuraida, sedangkan bekas MP Ampang itu sendiri tandatangani surat sokongan.
Larry Sng kecewa tiada wakil PBM dalam Kerajaan Perpaduan
Parti Bangsa Malaysia (PBM) kecewa apabila tiada wakil parti itu dilantik sebagai menteri mahupun timbalan menteri dalam senarai Kerajaan Perpaduan.
Status Presiden PBM: Larry Sng digesa hadir mesyuarat AMT bulan depan
Timbalan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Haniza Mohamed Talha menggesa Ahli Parlimen Julau Larry Sng untuk menghadiri mesyuarat khas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) pada 3 Nov ini.
PBM umum Zuraida sebagai bakal Presiden
Parti Bangsa Malaysia (PBM) memutuskan untuk mengangkat Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai bakal Presiden (president-designate) parti itu.
Keputusan permohonan Zuraida sertai PBM diumum selepas 7 Jun - Presiden PBM
Keputusan rasmi berhubung permohonan Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin untuk menyertai PBM akan diumumkan oleh presiden parti itu Larry Sng, setelah beliau kembali dari luar negara.