KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Haniza Mohamed Talha menggesa Ahli Parlimen Julau Larry Sng untuk menghadiri mesyuarat khas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) pada 3 Nov ini bagi menjawab persoalan berhubung status presiden parti berkenaan.
Haniza berkata kehadiran Sng akan menjawab persoalan dan tanda tanya berhubung kedudukan Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai presiden PBM yang sah.
"Ini penting bagi menjawab persoalan dan tanda tanya yang dibangkitkan mengenai kedudukan Zuraida sebagai Presiden PBM yang sah, sepertimana yang diumumkan pada Persidangan Agung Tahunan Parti Bangsa Malaysia pada 7 Okt lepas dan telah diperakui dalam minit mesyuarat AMT ke-6," katanya dalam kenyataan hari ini.
Haniza berkata mesyuarat itu termaktub dalam Fasal 21 (1) Perlembagaan PBM yang membolehkan Majlis Tertinggi PBM atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu pertiga satu per tiga daripada keseluruhan ahli Majlis Tertinggi untuk mengadakan mesyuarat bagi menyelesaikan isu tertentu.
Sng dalam kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebooknya semalam berkata tidak pernah meletak atau melepaskan jawatan sebagai presiden parti itu selain memaklumkan akan bertanding menggunakan lambang parti PBM pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.
Dalam hantaran di akaun Facebook yang sama petang ini, Sng sekali lagi menegaskan beliau masih presiden parti yang sah seperti dalam rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Sng dipilih sebagai presiden pada mesyuarat khas persidangan agung parti itu bagi penggal 2021-2024 yang berlangsung di Sibu, Sarawak pada 8 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2022

Sng dalam kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebooknya semalam berkata tidak pernah meletak atau melepaskan jawatan sebagai presiden parti itu. - Gambar fail
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

PBM sahkan akan bertanding pada PRN Sabah
Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.

Presiden PBM, Larry ucap terima kasih pada Zuraida
Larry Sng Wei Shien mengucapkan terima kasih kepada Datuk Zuraida Kamaruddin di atas sumbangannya terhadap parti itu, termasuk membantu mempromosikannya.

Iktiraf Presiden PBM: Zuraida gagal dapat kebenaran mahkamah
Zuraida Kamaruddin gagal mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi supaya RoS mengiktirafnya sebagai Presiden PBM.

Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.

PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian
PBM Negeri Sembilan mengumumkan pembubaran dan perletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu.

PBM pecat Zuraida, 10 pemimpin lain
Parti Bangsa Malaysia (PBM) memecat 11 pemimpinnya termasuk Datuk Zuraida Kamaruddin yang dicanangkan sebagai bakal presiden parti itu.

Larry Sng kecewa tiada wakil PBM dalam Kerajaan Perpaduan
Parti Bangsa Malaysia (PBM) kecewa apabila tiada wakil parti itu dilantik sebagai menteri mahupun timbalan menteri dalam senarai Kerajaan Perpaduan.

PRU15: Zuraida giat kempen walaupun yakin mampu pertahan Ampang
Datuk Zuraida Kamaruddin tetap memperhebat aktiviti kempennya kerana kali ini beliau tampil dengan logo baharu sebagai calon Parti Bangsa Malaysia (PBM).

PRU15: PBM tanding tujuh Parlimen, dua DUN
Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini mengumumkan senarai penuh bakal calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Isu PBM dianggap selesai, Larry Sng akan tandatangani watikah calon
Isu pentadbiran Parti Bangsa Malaysia (PBM) telah diselesaikan dalam kunjungan Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Larry Sng ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan, RoS, Putrajaya pada pagi tadi.