Tiga Exco Pas dalam Kerajaan Selangor akan terus kekal dalam pentadbiran selagi tiada arahan dari pihak istana untuk berundur.
Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan mengulangi pendirian parti tersebut dengan memetik peruntukan perlembagaan bagi menyokong hujahnya.
"Di Selangor, mengikut perlembagaan negeri menetapkan bahawa seseorang exco memegang jawatan atas perkenan Sultan Selangor dan juga sebaliknya," kata Takiyuddin.
Tambah beliau, situasi sama berlaku ketika 1996 apabila Semangat 46 keluar dari Angkatan Perpaduan Ummah (APU).
Semasa itu, Pas tidak memecat exco dari Semangat 46 yang berkhidmat dalam Kerajaan Kelantan tetapi UMNO yang mengarahkan mereka untuk melepaskan jawatan.
Menyentuh situasi di Kelantan pula, Takiyuddin berkata ahli PKR yang menerima lantikan politik diberi ruang untuk terus memegang jawatan.
"Namun, jika mereka terpaksa mengikut arahan parti untuk melepaskan jawatan, terpulanglah," kata Takiyuddin.
Sementara itu, kedudukan Exco dan jawatan lantikan politik di Selangor pula akan dibincangkan dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada pagi esok.
Selain itu, Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi memaklumkan terdapat 63 ahli PKR diberikan jawatan lantikan politik di Kelantan.
Menurut beliau, setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang surat rasmi perletakan jawatan dari mereka.
Astro Awani
Wed May 17 2017
![Tiga exco Pas kekal kecuali diarah Istana Selangor - Takiyuddin Tiga exco Pas kekal kecuali diarah Istana Selangor - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/41494736194_takiyuddinhassan.jpg)
TAKIYUDDIN: Di Selangor, mengikut perlembagaan negeri menetapkan bahawa seseorang exco memegang jawatan atas perkenan Sultan Selangor dan juga sebaliknya. -Gambar fail
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Tiga exco Pas kekal kecuali diarah Istana Selangor - Takiyuddin Tiga exco Pas kekal kecuali diarah Istana Selangor - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/41494736194_takiyuddinhassan.jpg)
Tiga exco Pas kekal kecuali diarah Istana Selangor - Takiyuddin
Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan mengulangi pendirian parti tersebut dengan memetik peruntukan perlembagaan bagi menyokong hujahnya.
![Pas kembali ke era Angkatan Perpaduan Ummah - Penganalisis Pas kembali ke era Angkatan Perpaduan Ummah - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51439088489_PASFLAG.jpg)
Pas kembali ke era "Angkatan Perpaduan Ummah" - Penganalisis
Apa yang sedang berlaku dalam blok pembangkang ketika ini disifatkan sebagai satu pakatan strategi, kata Prof Madya Dr Fuad Othman.