Ia selepas calon gabungan itu, Datuk Amizar Abu Adam memperolehi 7,324 undi dalam saingan tiga penjuru.
Sementara dua lagi pencabarnya, calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat mendapat 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya memperoleh 43 undi.
Setakat ini, keputusan tidak rasmi dari Bilik Gerakan BN menyaksikan Amizar menang dengan majoriti 2,948 undi.
Sementara itu, di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Orang Ramai Feld Kemasul, keputusan tidak rasmi yang disiarkan SPR menyaksikan Amizar mendapat 3,663.
Manakala, Kasim dan Haslihelmy masing-masing 1,476 dan 26, dengan bilangan peti undi diterima sebanyak 18 daripada 32.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh sebelum ini dilaporkan berkata, keputusan rasmi bagi PRK dijangka diumum seawal pukul 9 malam.
PRK DUN Pelangai diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu selepas penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia dalam nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.
KEPUTUSAN RASMI DAN TIDAK RASMI DI SINI
Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim yang mendapat 3,260 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Ahmed Wafiuddin Shamsuri (2,031 undi) serta calon Pejuang, Isa Ahmad (65 undi).