Tiada keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah buat masa ini, dan kerajaan negeri akan terus dipimpin oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Pakatan Harapan (PH), kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beliau berkata kerajaan negeri ketika ini kekal dengan status quo sedia ada sehingga pilihan raya umum akan datang, dan perkara itu turut disepakati pihak pembangkang di negeri itu.
"Seperti disebut Muhammad Sanusi Md Nor (Ketua Pembangkang DUN Kedah), kita dah capai satu kata sepakat di mana di Kedah ini status quo, maksudnya tiada perubahan, jadi walaupun Bersatu di peringkat nasional telah keluar daripada PH tapi di Kedah, kita bersifat pragmatik.
"Jika perlu berlaku perubahan (dalam pentadbiran kerajaan negeri) pun, kita sama-sama sepakat biarlah sampai Pilihan Raya Umum ke-15 kerana rakyat perlu diberi hak untuk membuat pilihan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pengajian dan khairat kematian kepada penerima dalam DUN Jitra di sini pada Khamis.
Mukhriz berkata PAS Kedah juga mendapat restu daripada kepimpinan tertinggi parti itu mengenai pendirian yang perlu diambil di peringkat negeri, dan mereka juga tidak mahu gopoh untuk mengubah kerajaan negeri sedia ada.
Beliau berkata berbeza dengan negeri lain, Kedah mempunyai cara tersendiri dalam menguruskan keadaan politik semasa selain akan terus menjaga hubungan baik dengan semua pihak, termasuk pembangkang.
"Apa juga yang berlaku di peringkat pusat, Kedah tidak semestinya mengikut arus yang berlaku di peringkat nasional, sebab semua pihak nak suasana politik yang tenteram di Kedah dan kerajaan negeri sedia ada boleh terus berkhidmat untuk rakyat.
"(Selain itu) Peranan pembangkang juga masih wujud sebagai penyemak dan penimbang, dan atas sebab itu, tidak berlaku 'lompatan' ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PH dan Bersatu ke pihak pembangkang," katanya.
Mukhriz juga memaklumkan bahawa persidangan DUN Kedah yang dijadual diadakan pada 23 Mac ini akan berlangsung seperti dirancang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 12 2020
MUKHRIZ: Jika perlu berlaku perubahan pun, kita sama-sama sepakat biarlah sampai PRU15 kerana rakyat perlu diberi hak untuk membuat pilihan. - Gambar fail
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
DUN Kedah lulus RUU masukkan Mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri
Persidangan DUN Kedah meluluskan RUU Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024 yang bertujuan memasukkan penubuhan Mahkamah Syariah.
Belanjawan 2024: Kerajaan Kedah peruntuk RM1.241 bilion
Kerajaan Kedah membentangkan Belanjawan Negeri 2024 melibatkan peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM1.241 bilion.
ADUN Sidam dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah
Speaker DUN Kedah Zubir Ahmad mengumumkan pelantikan Bau Wong dari PKR itu bagi menggantikan bekas ADUN Suka Menanti Datuk Zamri Yusuf.
PRN: PH-BN optimis tawan 19 kerusi DUN Kedah - Saifuddin Nasution
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yakin mampu menawan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini dalam usaha untuk mentadbir negeri itu.
Sanusi menghadap Sultan Kedah 25 Jun, cadang bubar DUN 28 Jun
Sanusi mengesahkan bahawa akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu, 25 Jun depan.
PRN: Sanusi sahkan DUN Kedah dibubar minggu keempat Jun
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan pada minggu keempat bulan hadapan.
DUN Kedah lulus RUU Anti Lompat Parti
DUN Kedah meluluskan dengan sebulat suara Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri (Pindaan) 2023 berhubung larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti.
Zamri Ketua Pembangkang DUN Kedah baharu
Juhari turut memaklumkan bahawa kerusi DUN Gurun akan kekal kosong sehingga habis penggal ini.
Sanusi alu-alukan Mahfuz bertanding di DUN dalam PRN Kedah
MB Kedah ajak Mahfuz tebus kekalahan pada PRU15 dalam PRN Kedah.
PRN Kedah: PN mampu menang 33 kerusi DUN - Sanusi
Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa parti itu berkemampuan untuk memenangi 33 kerusi DUN didalam Pilihanraya Negeri