Keputusan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disifatkan langsung tidak mengejutkan.
Exco Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak berkata, ia sekali gus mengesahkan khabar angin yang mengatakan Khairuddin akan keluar PPBM kerana masalah dalaman parti itu sendiri.
"Khabarnya pula Khairuddin akan menyertai sebuah parti komponen Pakatan Harapan tidak lama lagi. Alasan Khairuddin keluar dari PPBM kononnya mahu menumpukan sepenuh masa kepada kes-kes peribadinya di Mahkamah.
"Alasan itu tidak masuk akal dan mencerminkan sikapnya yang tidak matang berpolitik selain boleh dijadikan bahan jenaka rakyat," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Khairuddin dalam satu kenyataan kepada media pada Khamis mengumumkannya keluar parti serta merta.
Tindakan itu diambil dengan alasan membolehkannya memberi tumpuan terhadap kes mahkamah yang sedang berlangsung.
Khairuddin pernah ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tahun lalu.
Dalam pada itu kata Ibdilillah, Khairuddin juga perlu menjawab beberapa persoalan terutama spekulasi kekecewaannya kerana tidak diberi apa-apa jawatan di dalam PPBM.
"Apakah benar terdapat dua fraksi dalam PPBM iaitu fraksi Tun Dr Mahathir dan fraksi Tan Sri Muhyiddin Yassin? Bukankah pimpinan PPBM selama ini mengatakan parti mereka parti paling layak untuk mentadbir negara?
"Kalau PPBM merupakan parti terbaik, mengapa pula Khairuddin keluar dari parti tersebut?
Adakah terdapatnya pergelutan kuasa yang kian meruncing dalam PPBM sehingga mendorong Khairuddin mengambil keputusan meninggalkan PPBM?
"PPBM baharu sahaja berusia dua bulan. Katanya 'Bersatu' tetapi kelihatan sudah mahu berpecah. Sudah mahu retak, kini menanti belah," soalnya.
Sementara itu, sebuah portal melaporkan, Pengerusi PPBM, Dr Mahathir berkata tidak dimaklumkan mengenai berita Khairuddin yang keluar parti itu berkuat kuasa serta merta malam tadi.
Wan Syamsul Amly
Fri Oct 28 2016

Keputusan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disifatkan langsung tidak mengejutkan. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

'Kasihanilah Mat Tere, dia bukan pengganas' - Ibdilillah
Masyarakat terutama dari Johor diminta tidak terlalu emosi dalam isu rakaman video yang didakwa menghina institusi diraja Johor oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Mat Tere.

Andy Yong jangan ikut rentak politik DAP - Ibdilillah
Naib Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong dinasihat tidak terikut-ikut rentak dan cara pemimpin DAP berpolitik dengan mempertikai perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan.

'Tiada yang mengejutkan Khairuddin keluar PPBM' - Ibdilillah
Keputusan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disifatkan langsung tidak mengejutkan.

'Lian Ker, jangan perlekeh cara politik KJ' - Ibdilillah
Tindakan Datuk Seri Ti Lian Ker yang memperlekehkan cara berpolitik Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin disifatkan langkah tidak sedar diri Ahli Jawatankuasa Pusat MCA itu sendiri.

Hina Aidilfitri: 'Kenapa Mat Sabu diam sahaja?' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO hairan dengan sikap membisu Presiden PAN, Mohamad Sabu terhadap tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.

'Kor Ming dalang api perkauman negara' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO mendesak anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming meminta maaf secara terbuka di atas perbuatannya yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.

'Kenapa pemimpin DAP tidak kecam perbuatan Kor Ming?' - Ibdilillah
Ketiadaan pemimpin DAP yang mengecam perbuatan Nga Kor Ming yang memuat naik status dalam akaun Facebook miliknya dan menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri dilihat menghairankan.

'Guan Eng, letaklah jawatan kalau benar-benar telus' - Ibdilillah
Lim Guan Eng digesa untuk meletakkan jawatannya dalam kadar segera untuk membuktikannya benar-benar menjunjung politik yang bersih, telus dan beramanah.

Data 1MDB: Nurul Izzah jangan hanya nafi, samanlah sekali - Ibdilillah
Nurul Izzah Anwar didesak untuk tidak hanya menafikan malah segera menyaman media yang menuduhnya terlibat dengan pembelian data mengenai 1MDB daripada Xavier Andre Justo.