Tiada sebarang tindakan disiplin akan dikenakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan berkata tindakan disiplin tidak akan dikenakan selagi tiada laporan dibuat oleh ahli UMNO terhadap Dr Mahathir.
"Kami akan ambil tindakan disiplin jika ada laporan," katanya ketika ditanya tentang tindakan terhadap Dr Mahathir kerana membuat kritikan terbuka terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNo Wilayah Persekutuan itu juga berharap supaya Tun tidak membuat teguran terhadap pimpinan UMNO secara terbuka sebaliknya menggunakan saluran yang sepatutnya.
"Kenapa nak buat (kritik) secara terbuka, boleh buat secara peribadi," katanya lagi.
Semalam UMNO Wilayah Persekutuan mengadakan satu sidang media khas menyatakan sokongan mereka kepada Najib yang menerima kritikan keras dari Dr Mahathir mutakhir ini.
Dr Mahathir dalam siri kritikannya mendesak Najib menjelaskan kepada rakyat tentang isu dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selain itu, Dr Mahathir juga mendesak supaya siasatan dilakukan terhadap kenyataan yang dibuat oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar yang mendakwa dia menerima arahan untuk membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Khamis lepas, Najib dalam satu tembual menerusi rancangan Soal Jawab di TV3 sekali lagi mengulangi bahawa beliau tidak mengenali Altantuya.
Manakala dalam isu 1MDB, Najib menjelaskan beliau telah mengarahkan supaya satu siasatan forensik dilakukan oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap perkara dibangkitkan.
Astro Awani
Sun Apr 12 2015
Tiada tindakan disiplin terhadap Dr Mahathir selagi tiada laporan - Ku Nan
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
Hayati Ramadan dengan disiplin dan adab, tegas hindari kecurangan - PM Anwar
Jadikan awal Ramadan kesempatan kita bermunajat dan meningkatkan amal serta tercapai darjat takwa.
79 warga PDRM Terengganu terlibat salah laku, disiplin tahun lepas
Libatkan 16 kesalahan jenayah, salah laku (47), narkotik (lima), tidak hadir tugas (lapan), syariah (dua) dan satu kes berkaitan SPRM.
RM20,000 sekiranya atlet SUKIPT berjaya pecah rekod kebangsaan - PM
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan SUKIPT 2022 di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Zainal Abidin harap Penang FC kekalkan disiplin tinggi
Terdapat sedikit kecuaian yang telah memberi pasukan lawan peluang mendapatkan gol kemenangan.
Bagaimana untuk jadikan Felda hebat semula? Ini saranan Tok Pa
Lima perkara yang perlu diberi penekanan untuk Felda kembali gah dan berada di landasan tepat menuju sasaran untuk menjadi pemain industri sawit global yang disegani menjelang 2040.
Syarul tenang atur perancangan hadapi tiga kejohanan penting
Atlet berusia 48 tahun itu menggunakan penggalamannya untuk kekal disiplin dan memantau kualiti ototnya tanpa memasuki gelembung sukan.
Zlatan Ibrahimovic kini di bawah siasatan UEFA
Awal bulan ini, Penerbitan Sweden Aftonbladet mendakwa Ibrahimovic berpotensi melanggar peraturan FIFA kerana keterlibatan jelas dalam syarikat perjudian Malta, Bethard.
Guru sebak lihat pelajar sujud syukur beramai-ramai tamat SPM
Menurut Cikgu Hafizi, pelajar di maktab tersebut amat berdisiplin dan sangat menghormati para guru.
Norma baharu warga Malaysia di Jepun
Penulis berkongsi kisah pahit manis mengharungi pandemik ketika berjauhan daripada ibu bapa, sanak saudara, sahabat dan rakan taulan di tanah air.
Muafakat Nasional Kedah selesai separuh rundingan kerusi PRU15
Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pembahagian kerusi dalam MN akan mengikut pembahagian mengikut kerusi yang dimenangi parti dalam PRU sebelum ini.