PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
"Tentang rombakan, tiada perbincangan," katanya pada sidang media di sini hari ini, ketika ditanya mengenai desas-desus kemungkinan akan berlaku rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Media sebelum ini melaporkan kemungkinan berlaku penyusunan semula Kabinet dalam masa terdekat, dengan beberapa menteri diramal akan digugurkan dan dakwaan rombakan berkenaan hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai pada 7 Okt ini.
Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata mesyuarat Jemaah Menteri, membincangkan mengenai isu bekalan dan harga beras dengan beberapa keputusan penuh berhubung perkara itu, telah dibuat.
"Saya difahamkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, akan mengadakan sidang media untuk memberi maklumat penuh tentang beberapa keputusan yang telah dibuat. Kita tunggu perkara itu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan semula Akta Antiberita Tidak Benar 2018.
"Pada waktu ini, tidak ada perbincangan dalam Jemaah Menteri mengenai sebarang cadangan kembalikan akta itu, jadi perkara ini tidak timbul.
"Sebelum ini saya dan Timbalan Menteri (Teo Nie Ching) ada menyebut bahawa Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sedang disemak semula, tetapi kita belum lagi bersedia untuk bawa ke Parlimen, kerana proses libat urus sedang berjalan," katanya.
Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dibentangkan di Parlimen pada 27 Mac 2018 dan diluluskan pada 2 April tahun sama, sebelum dimansuhkan pada 19 Dis 2019.
Pemansuhan itu selaras dengan komitmen kerajaan ketika itu untuk memansuhkan undang-undang zalim, serta memastikan pihak media mempunyai kebebasan menjalankan proses semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023
Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata mesyuarat Jemaah Menteri, membincangkan mengenai isu bekalan dan harga beras dengan beberapa keputusan penuh berhubung perkara itu, telah dibuat. - Gambar fail/Bernama
Hari Solidariti Antarabangsa: Usaha Malaysia membela Palestin wajar dihargai
Malaysia terus menjadi antara negara paling lantang menyuarakan isu Palestin di pentas antarabangsa.
Kes kelima strain mpox baharu dikesan di UK
Satu lagi kes strain baharu mpox, Clade Ib mpox, telah dikesan di UK, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada lima kes.
Pendedahan awal kepada bahasa isyarat pupuk empati dalam kanak-kanak - Fatimah
Ini adalah penting untuk memupuk empati, rasa hormat dan keterangkuman dalam kalangan kanak-kanak.
Piala Malaysia: Negeri Sembilan bertemu Terengganu di suku akhir
Negeri Sembilan FC mara ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan menyingkirkan PDRM FC.
MPM bakal terbitkan buku braille kod klasifikasi pertama dunia
MPM melangkah lebih jauh apabila bakal melancarkan buku Braille IPC Kod Klasifikasi Atlet khas untuk atlet yang mempunyai masalah penglihatan.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
Kerjasama Malaysia, India, Indonesia perkukuh penternakan telur bebas sangkar di Asia
Dalam mengorak ke hadapan serta memperkukuhkan lagi kebajikan haiwan ternakan di peringkat global, PPTBSM menjalin kerjasama strategik dengan Persatuan Bebas Sangkar India dan Indonesia.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Umat Islam dinasihat elak pertelingkahan soal aliran,manhaj - Zulkifli
Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya mengelak daripada bertelingkah sesama sendiri dalam berhujah mengenai perbezaan aliran mahupun manhaj.
Jokowi dijangka adakan rombakan kabinet hari ini
Menurut media tempatan, terdapat tiga orang menteri dan ketua badan kerajaan yang akan dilantik pada 9 pagi waktu tempatan.
Dakwaan kepimpinan PKR gugur Kabinet, taktik lapuk pembangkang - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyifatkan khabar angin mengenai kepimpinan tertinggi PKR bakal digugurkan daripada Kabinet, sebagai taktik lapuk pembangkang.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Rombakan Kabinet bukan sekadar isi kekosongan - Fadillah
Rombakan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, disifatkan bukan sekadar mengisi kekosongan sebaliknya ke arah memperkasakan gerak kerja dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Fadillah terajui kementerian baharu, hal-ehwal Sabah, Sarawak
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof diberi portfolio baharu dalam rombakan Kabinet hari ini.
Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan rombakan Kabinet yang dilaksanakan buat kali pertama selepas setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Lim Hui Ying ikrar tunai amanah berlandas dasar Kerajaan Perpaduan
Beliau yang beralih portfolio daripada Timbalan Menteri Pendidikan berkata, pelantikan tersebut merupakan satu cabaran baharu buatnya.
Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara - PM
Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.
Rombakan Kabinet: Tidak adil buat penilaian dalam tempoh setahun - PM
Menteri atau timbalan menteri harus diberi peluang memperbaiki prestasi mereka termasuk beliau sendiri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Norway umum rombakan Kabinet, Menteri Luar digugurkan
Norway mengumumkan rombakan kabinet pada Isnin, dengan enam menteri ditukar, termasuk Menteri Luar Anniken Huitfeldt.