Jabatan Imigresen Malaysia tidak melakukan pemeriksaan ke atas Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau berada di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu sebelum berlepas ke Subang.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihak imigresen tidak melakukan pemeriksaan ke atas pemimpin pembangkang tersebut memandangkan beliau menaiki penerbangan domestik.
“Saya telah mendapatkan maklumat dan pengesahan daripada Pengarah Imigresen Terengganu (Rahim Hanafi) menyatakan ada penerbangan dari Kuala Terengganu ke Subang yang dinaiki Tun Mahathir namun tiada pemeriksaan dilakukan ke atas beliau kerana itu merupakan penerbangan domestik,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Semalam ketika berceramah di Dengkil, Dr Mahathir mendakwa beliau diperiksa oleh pihak Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia ketika berada di Terengganu sebelum terbang ke Subang.
“Saya baru balik dari Terengganu pagi tadi. Terengganu dalam Malaysia dan saya diperiksa oleh kastam dan imigresen. Kami tidak membawa apa apa dengan kami lagipun kami sudah berada dalam Malaysia,” katanya.
Dr Mahathir sebelum ini mendakwa pesawat yang sepatutnya menerbangkan beliau dari Subang ke Langkawi baru-baru ini disabotaj namun dinafikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAMM) hasil pemeriksaan menyeluruh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 02 2018

MUSTAFAR: Tiada pemeriksaan dilakukan ke atas beliau kerana itu merupakan penerbangan domestik. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PRK Nenggiri: BN tumpu kempen akar umbi berbanding ceramah besar-besaran - Ahmad Maslan
Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan menumpukan kepada kempen dari rumah ke rumah berbanding ceramah besar-besaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

BN nafi keluar kenyataan tidak benar empat individu tampil di PRK Nenggiri
BN berkata kenyataan palsu seperti itu adalah mainan politik untuk memecah belah perpaduan di dalam kerajaan sekarang.

Ceramah tumpuan malam kemuncak piket solidariti Palestin
Selain ceramah, antara pengisian lain ialah persembahan muzik dan pameran gegantung mempamerkan sejarah penindasan Israel.

PRK Pelangai: Polis Pahang rakam keterangan Muhammad Sanusi
Polis Pahang telah merakamkan percakapan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, difahamkan berhubung kenyataan dibuat semasa ceramah pada 22 Sept lepas.

PRN: Dihalau dari ceramah PN, Dominic tak kecil hati
Dominic Lau tidak berkecil hati terhadap insiden yang menimpa dirinya itu selepas dihalau daripada menghadiri ceramah mega Perikatan Nasional (PN) di Permatang Sungai Dua.

PRN: 'Jangan sentuh 3R, mohon permit sebelum ceramah, kempen, walkabout' - KPN
Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan semua parti politik agar memohon permit sebelum mengadakan sebarang kempen, ceramah mahupun walkabout.

PRN: Elak ceramah politik bangkitkan kemarahan, kebencian - Ahli akademik
Semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya juga perlu berhati-hati agar tidak menjalankan kempen yang berbentuk mencipta kebencian.

Jangan jadikan masjid, surau di Negeri Sembilan pentas ceramah politik - MB
Ia bagi memastikan institusi berkenaan tidak disalah guna selain menjaga keharmoniannya, sekali gus memelihara kesucian agama Islam.

Jakim siasat pegawai didakwa hentam kerajaan
Jakim telah memanggil pegawainya untuk siasatan lanjut susulan penularan sebuah klip video ceramah yang berbaur kebencian.

Wakil rakyat ada tauliah dilarang ceramah di masjid, surau di Perak
Larangan itu selaras dengan titah Sultan Perak mengenai larangan terhadap orang politik.