IPOH:Tiada parti politik yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri Perak yang baharu buat masa ini.
Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata, situasi itu sekali gus gagal meyakinkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk melantik Menteri Besar Ke-14 negeri ini.
“Oleh kerana DYMM (Duli Yang Maha Mulia) masih belum diyakinkan mana-mana pihak sudah ada majoriti mudah dan sehingga DYMM yakin sudah ada mana-mana pihak yang mempunyai majoriti mudah, barulah istiadat angkat sumpah boleh dilaksanakan.
“Oleh kerana itu, DYMM belum dapat diyakinkan oleh mana-mana pihak.
“Kita akan tunggu sehingga mereka sudah bersedia untuk meyakinkan DYMM dan DYMM berpuas hati sudah ada majoriti mudah untuk tubuhkan kerajaan,” katanya kepada media di perkarangan Istana Kinta di sini hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Pas batal menghadap Sultan Perak
Beliau berkata demikian selepas tiga pemimpin Pakatan Harapan Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi menghadap Sultan Nazrin.
Ia disusuli pemimpin dari UMNO Perak iaitu Pengerusi Perhubungan negeri ini, Datuk Saarani Mohamad dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Jelas beliau, sehingga hari ini (Selasa), tiada mana-mana individu mahupun ahli politik yang memohon untuk menghadap Sultan Nazrin.
“Untuk hari ini, tiada lagi sesi menghadap. Esok pun sama, setakat ini tiada lagi mana-mana pihak yang mohon menghadap Sultan pada esok hari,” katanya.
Beliau pada masa sama turut mengesahkan bahawa ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim ada menghadap Sultan Nazrin pagi tadi, namun tidak diketahui atas kapasiti apa pertemuan itu dilakukan.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Dec 08 2020
![Tiada parti politik miliki majoriti mudah di Perak Tiada parti politik miliki majoriti mudah di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607418941_FBREAKAnnuarZaini.jpg)
Datuk Seri Annuar Zaini menjawab soalan wartawan di perkarangan Istana Kinta, Ipoh pada Selasa. - Gambar JABATAN PENERANGAN
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Permohonan Pas menghadap sembah Sultan Perak diterima - Abdul Hadi Permohonan Pas menghadap sembah Sultan Perak diterima - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597392509_HadiAwang.jpg)
Permohonan Pas menghadap sembah Sultan Perak diterima - Abdul Hadi
Abdul Hadi bagaimanapun tidak mendedahkan bila sembah menghadap itu akan dilakukan.
![Politik Perak: KJ harap rundingan UMNO dengan Pas, Bersatu disegera Politik Perak: KJ harap rundingan UMNO dengan Pas, Bersatu disegera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607445019_DSTIN.jpg)
Politik Perak: KJ harap rundingan UMNO dengan Pas, Bersatu disegera
Khairy berkata UMNO hanya akan menubuhkan kerajaan di negeri Perak bersama rakan-rakan dalam PN.
![Mesyuarat MKT UMNO setuju Saarani calon MB Perak Mesyuarat MKT UMNO setuju Saarani calon MB Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607350713_ZahidiZainul.jpg)
Mesyuarat MKT UMNO setuju Saarani calon MB Perak
Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin, berkata ia diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat malam ini.
![Mesyuarat MKT UMNO putuskan untuk pertahan kerajaan PN di Perak Mesyuarat MKT UMNO putuskan untuk pertahan kerajaan PN di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607349810_AhmadMaslan.jpg)
Mesyuarat MKT UMNO putuskan untuk pertahan kerajaan PN di Perak
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak terus dipertahankan.
![PH Perak tentukan keputusan, cadangan berhubung kemelut politik PH Perak tentukan keputusan, cadangan berhubung kemelut politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607341649_AnwarIbrahim.jpg)
PH Perak tentukan keputusan, cadangan berhubung kemelut politik
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Perak diberikan kuasa untuk memutuskan atau membuat sebarang cadangan berhubung kemelut yang berlaku di negeri tersebut.
![PH Perak setuju kerjasama secara 'en bloc' PH Perak setuju kerjasama secara 'en bloc'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607184103_TBASMUNIAWIx.jpg)
PH Perak setuju kerjasama secara 'en bloc'
Ia bermakna jika ada mana-mana parti komponen PH tidak diterima, maka mereka tidak akan menyertai kerjasama baharu itu.
![Pengerusi Amanah Perak tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan parti lain Pengerusi Amanah Perak tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan parti lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607184103_TBASMUNIAWIx.jpg)
Pengerusi Amanah Perak tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan parti lain
"Tiada yang mustahil" apabila tiba masanya untuk membentuk satu gabungan baharu, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Datuk Asmuni Awi hari ini.
![Pas akan akan bincang kemelut politik di Perak Pas akan akan bincang kemelut politik di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603082307_TBTuanIbrahim.jpg)
Pas akan akan bincang kemelut politik di Perak
PAS akan mengadakan mesyuarat di peringkat parti itu bagi membincangkan kemelut politik yang berlaku di Perak.
![Pas enggan campur urusan UMNO Perak jika mahu gabung dengan DAP, Amanah Pas enggan campur urusan UMNO Perak jika mahu gabung dengan DAP, Amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598519839_MohdAmarNikAbdullah.jpg)
Pas enggan campur urusan UMNO Perak jika mahu gabung dengan DAP, Amanah
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata itu adalah hak UMNO Perak.
![Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi esok? Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi esok?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607062018_TBjpg.jpg)
Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi esok?
Perkenan itu dibuat Sultan Nazrin seiring duluan (precedent) sebelum ini termasuk sewaktu pembentukan Kerajaan Negeri Perak pada 2018 dan krisis politik awal tahun ini.