KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan tiada mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) atau mesyuarat tergempar melibatkan pemimpin parti itu di Menara Dato’ Onn pada Khamis malam.
Menurutnya, beberapa pemimpin parti hanya mengadakan mesyuarat biasa namun pada masa sama, beliau mengesahkan mesyuarat itu ada membincangkan isu manifesto pilihan raya.
Begitupun, katanya, ia hanyalah mesyuarat biasa kerana UMNO memang selalu bermesyuarat dan banyak perkara dibincangkan dari semasa ke semasa.
“Sekarang ini kami dalam sesi libat urus, kini dalam sesi kali kedua, bertemu dengan bahagian-bahagian di peringkat kedua.
“Sebagai contoh pada hari ini, Bahagian Bera adalah salah satu bahagian yang ada sesi libat urus, tempat Perdana Menteri. Pada hari ini juga, kebetulan Bagan Datuk, sesi libat urus melibatkan Presiden UMNO juga diadakan.
“Sesi libat urus Pontian (tempat Ahmad) telah diadakan sebelum ini. Tiada apa luar biasa berlaku malam ini. Kalau ada luar biasa, kami akan maklumkan tapi malam ini tiada apa luar biasa. Semua biasa-biasa sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Menara Dato’ Onn pada Khamis malam.
Mengulas kehadiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada petang tadi, Ahmad berkata sebagai Naib Presiden UMNO, sudah tentu banyak perbincangan dibuat di Ibu Pejabat UMNO itu yang turut melibatkan Ahli Parlimen Bera itu.
Dalam pada itu, ketika ditanya kemunculan bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali ke Menara Dato’ Onn, Ahli Parlimen Pontian itu berkata kunjungan daripada pelbagai pihak adalah perkara biasa.
“Banyak pihak melakukan kunjungan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Kalau nak senaraikan pun tak boleh nak senaraikan,” ujarnya.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilihat tiba di Menara Dato' Onn, di sini, sekitar pukul 7.40 malam tadi.
Ketika disapa wartawan, beliau berkata, mesyuarat yang berlangsung malam ini tidak melibatkan ‘Top 5’ parti dan hanya berkaitan manifesto pilihan raya.
Selain beliau, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali juga dilihat tiba di Menara Dato' Onn selang 15 minit.
Tidak dipastikan tujuan bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu hadir dan ketika ditanya media, beliau tidak memberikan sebarang jawapan.
Ridauddin Daud
Thu Oct 06 2022
![Tiada mesyuarat khas MKT atau mesyuarat tergempar UMNO malam ini - Ahmad Maslan Tiada mesyuarat khas MKT atau mesyuarat tergempar UMNO malam ini - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665061960_SetiausahaAgungUMN.jpg)
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan tiada mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) atau mesyuarat tergempar melibatkan pemimpin parti itu di Menara Dato Onn pada Khamis malam. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Isu RoS, pemilihan parti antara tumpuan mesyuarat MKT UMNO malam ini Isu RoS, pemilihan parti antara tumpuan mesyuarat MKT UMNO malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661617386_TBumno.jpg)
Isu RoS, pemilihan parti antara tumpuan mesyuarat MKT UMNO malam ini
Menjelang pemilihan UMNO bulan depan, tumpuan akan terarah pada mesyuarat MKT malam ini.
![5 ADUN UMNO Sabah bakal digantung? 5 ADUN UMNO Sabah bakal digantung?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674751048_TBumno.jpg)
5 ADUN UMNO Sabah bakal digantung?
Lima ADUN UMNO Sabah dikatakan bakal digantung keahlian kerana memberikan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor dalam satu siri pergolakan politik di Sabah baru-baru ini.
![Bubar Parlimen: Mesyuarat khas Biro Politik, MKT UMNO menyusul - Ahmad Maslan Bubar Parlimen: Mesyuarat khas Biro Politik, MKT UMNO menyusul - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665396607_TBMASLAN.jpg)
Bubar Parlimen: Mesyuarat khas Biro Politik, MKT UMNO menyusul - Ahmad Maslan
UMNO hari ini mengadakan mesyuarat khas Biro Politik serta Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pembubaran Parlimen.
![Tiada mesyuarat khas MKT atau mesyuarat tergempar UMNO malam ini - Ahmad Maslan Tiada mesyuarat khas MKT atau mesyuarat tergempar UMNO malam ini - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665061960_SetiausahaAgungUMN.jpg)
Tiada mesyuarat khas MKT atau mesyuarat tergempar UMNO malam ini - Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan tiada mesyuarat khas MKT atau mesyuarat tergempar melibatkan pemimpin parti pada Khamis malam.
![Audio tular: UMNO belum bersedia hadapi pilihan raya, dakwa suara mirip Tajuddin Audio tular: UMNO belum bersedia hadapi pilihan raya, dakwa suara mirip Tajuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626100722_TajuddinAbdulRahma.jpg)
Audio tular: UMNO belum bersedia hadapi pilihan raya, dakwa suara mirip Tajuddin
Satu rakaman audio dikatakan mirip suara Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang menegaskan parti itu belum bersedia menghadapi pilihan raya umum, tular di media sosial.
![UMNO tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta - Zahid Hamidi UMNO tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta - Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625670094_TBZahidHamidi.jpg)
UMNO tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta - Zahid Hamidi
Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya selepas mesyuarat MKT UMNO malam ini.
![UMNO bincang isu pemilihan parti dalam mesyuarat MT Ramadan nanti - Ahmad Maslan UMNO bincang isu pemilihan parti dalam mesyuarat MT Ramadan nanti - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618134263_AhmadMaslan.jpg)
UMNO bincang isu pemilihan parti dalam mesyuarat MT Ramadan nanti - Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan mesyuarat MKT dijadualkan pada Ramadan nanti.
![Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO positif COVID-19 Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-12/81545966692_ILMU.jpg)
Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO positif COVID-19
Beberapa pemimpin atasan UMNO dikhabarkan terus membuat ujian saringan selepas mendapat berita tersebut