KOTA KINABALU: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah dikatakan bakal digantung keahlian kerana memberikan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor dalam satu siri pergolakan politik di Sabah baru-baru ini.
Menurut sumber, perkara tersebut merupakan antara agenda yang akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan pada Jumaat di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL).
"Antara perkara yang dibincangkan esok (hari ini) dalam mesyuarat MKT ialah untuk mengantung keahlian ADUN UMNO Sabah yang telah membelakangkan keputusan parti.
"Shahelmey Yahya, Jasnih Daya, James Ratib, Mohd Arsad Bistari dan Yusof Yacob sudah dalam senarai termasuk nama-nama lain di Semenanjung," kata sumber itu malam tadi.
Tambahnya lagi, keputusan yang bakal dibuat itu turut mengambil kira kelangsungan UMNO dalam persada politik tanah air selain bertujuan untuk membersihkan parti daripada sebarang bentuk pengkhianatan pada masa hadapan.
"Tindakan 5 ADUN ini dilihat sebagai pengkhianatan terbesar kepada parti. Sebelum menarik sokongan, mereka tidak menghadiri mesyuarat perhubungan negeri bersama ketua-ketua bahagian dan ADUN yang lain sebaliknya terus membelakangkan keputusan yang dibuat.
"Pembersihan juga bertujuan memastikan tiada lagi individu yang akan membelakangkan sebarang keputusan parti dan untuk memastikan UMNO mampu bergerak sebagai satu pasukan," tambah sumber itu.
Lima ADUN UMNO Sabah iaitu Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Yusof Yacob (Sindumin) pada 8 Januari mengesahkan sokongan terhadap Hajiji melalui akuan bersumpah (SD) untuk meneruskan pentadbiran beliau selaku Ketua Menteri sehingga tamat penggal.
Perkara tersebut sekali gus dilihat sebagai tindakan membelakangkan keputusan UMNO Sabah yang sebulat suara menarik sokongan terhadap kepimpinan Hajiji yang didakwa tidak selari dengan Fasal 6 (3) dan (7) Perlembagaan Negeri Sabah pada 6 Januari lalu.
Abdul Hafiz Mustadi
Thu Jan 26 2023
![5 ADUN UMNO Sabah bakal digantung? 5 ADUN UMNO Sabah bakal digantung?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674751048_TBumno.jpg)
Perkara tersebut dikatakan antara agenda yang akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan pada Jumaat di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL). - Gambar hiasan/Astro AWANI
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684848654_ArmizanSabah.jpg)
Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.
![ADUN lompat parti tindakan tidak berpelembagaan - Warisan ADUN lompat parti tindakan tidak berpelembagaan - Warisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677573168_LorettoSipinPadua.jpg)
ADUN lompat parti tindakan tidak berpelembagaan - Warisan
Tindakan ADUN melompat selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan kepada Akta Antilompat Parti dianggap tidak berpelembagaan.
![Dua pemimpin UMNO Kinabatangan umum keluar parti, sokong Hajiji Dua pemimpin UMNO Kinabatangan umum keluar parti, sokong Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677324163_KeluarUMNOKinabat.jpg)
Dua pemimpin UMNO Kinabatangan umum keluar parti, sokong Hajiji
Dua pemimpin UMNO bahagian Kinabatangan mengisytiharkan keluar parti dan mengumumkan akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
![Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676967205_ADUNkeluarparti.jpg)
Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti dan mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
![KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676965351_HajijiNoorKDM.jpg)
KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
![Beri tumpuan utama kepada perpaduan dan pembangunan rakyat - Hajiji Beri tumpuan utama kepada perpaduan dan pembangunan rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675402436_HajijiNoor.jpg)
Beri tumpuan utama kepada perpaduan dan pembangunan rakyat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua pihak terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat.
![Andi Suryady sokong Hajiji demi pembangunan Sabah dan rakyat Andi Suryady sokong Hajiji demi pembangunan Sabah dan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51596431273_AMSuryadybinHj.jpg)
Andi Suryady sokong Hajiji demi pembangunan Sabah dan rakyat
Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy memberi sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan negeri dan membantu rakyat.
![Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51675066871_ZahidUMNOSabah.jpg)
Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.
![Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670755366_STEPHENJIMBANGAN.jpg)
Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.
![Hajiji bakal ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah Hajiji bakal ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674966522_HajijiGagasan.jpg)
Hajiji bakal ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah
Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bakal mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).