Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak percaya tiada masalah untuk parti itu menerima permohonan keanggotaan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak sekiranya ia menguatkan parti kedudukan parti.
Bagaimanapun, katanya, ia terpulang kepada keputusan Biro Politik parti yang seterusnya dibawa kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR untuk diputuskan sama menerima atau tidak permohonan itu.
Farhash juga percaya berdasarkan kepada pengalaman dan latar belakang keluarga, bekas menteri itu boleh memperkuatkan PKR di Sabah.
“Saya kenal beliau secara peribadi di zaman dia menteri lagi. Waktu tu bagi saya, dia seorang yang baik, seorang yang bekerja keras, seorang yang berada daripada keluarga ahli tokoh-tokoh politik yang sentiasa perjuangkan nasib rakyat di Sabah. Jadi saya nampak tak ada masalah.
“Kalau saya sendiri, saya terima beliau sebagai ahli PKR, tak ada masalah, kalau ia menguatkan parti kita,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan cabang (MATC) Tambun 2019 di Tambun pada Ahad.
Menurut Farhash, MPP PKR dijangka memutuskan permohonan Salleh dalam mesyuarat bulanan yang dijangka diadakan 18 Oktober ini.
BACA: Permohonan Salleh Said Keruak masuk PKR dipertimbang - Fahmi Fadzil
Sementara itu, Farhash berkata, berdasarkan MATC yang telah diadakan, rata-rata peringkat akar umbi PKR mahu Pakatan Harapan menunaikan janji untuk melantik Presiden parti itu sebagai Perdana Menteri Kelapan.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Oct 06 2019

FARHASH: Kalau saya sendiri, saya terima beliau sebagai ahli PKR, tak ada masalah, kalau ia menguatkan parti kita. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

18 Oktober penentu permohonan Salleh Said Keruak ke PKR
Permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menyertai PKR akan ditentukan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada 18 Okt ini.

PKR belum lulus penyertaan Salleh Said Keruak
PKR masih belum membuat keputusan berhubung permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menyertai parti itu.

Tiada masalah terima permohonan Salleh Said Keruak - Farhash Wafa
Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak percaya tiada masalah untuk parti itu menerima permohonan keanggotaan Datuk Seri Salleh Said Keruak.