Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tidak ada keperluan untuk parti itu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bagi membincangkan keputusan pemilihan PAS yang dikuasai pro ulama.
"Tiada apa yang hendak diputuskan...buat masa ini tidak ada keperluan, tunggu selepas selesai muktamar, saya akan komen, Buat masa ini tiada rancangan untuk adakan mesyuarat CEC.
"Sebabnya ini muktamar mereka, kami ada kami punya sendiri, dan mereka pun," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.
Beliau mengulas mengenai keputusan pemilihan PAS semalam menyaksikan golongan proulama menguasai kepimpinan parti itu.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan jawatannya sebagai Presiden PAS untuk tempoh dua tahun lagi sehingga 2017, sekali gus menjadikan beliau sebagai presiden parti paling lama memegang jawatan itu.
Pada pemilihan parti sempena Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 semalam, Abdul Hadi mendapat 928 undi menewaskan pencabarnya iaitu bekas Naib Presiden Ahmad Awang, yang meraih 233 undi.
Kemenangan Abdul Hadi itu disusuli dengan kemenangan seorang lagi proulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menewaskan Mohamad Sabu bagi jawatan nombor dua parti.
Ditanya sama ada situasi itu akan menjejaskan kerjasama Pakatan Rakyat di negeri ini, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata terpulang kepada PAS untuk menentukannya.
"Tiada perubahan di Pulau Pinang buat masa ini. Kami telah nyatakan apa yang kami mahu lakukan di Pulau Pinang. Mereka juga berhak melakukan apa yang mereka mahu.
"Bagaimanapun saya merasakan UMNO bukan lagi sasaran utama mereka. Saya rasa masyarakat boleh buat penilaian sendiri," katanya.
Mengenai dakwaan bahawa pemimpin PAS Pulau Pinang diketepikan dalam pentadbiran kerajaan negeri, Lim berkata dakwaan itu tidak benar dan berpendapat kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh mereka yang tidak mendapat apa-apa jawatan di negeri ini.
Beliau berkata di Pulau Pinang, PAS mempunyai seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) selain mempunyai anggota majlis dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang serta Majlis Perbandaran Seberang Perai.
Malah, katanya, ADUN Permatang Pasir daripada PAS Datuk Mohd Salleh Man juga memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
"Jika anda teliti apa yang telah kami berikan kepada mereka, kenyataan itu tidak betul. Tapi tentunya jika mereka tidak berpuas hati, mereka boleh buat apa yang mereka mahu," katanya.
Bernama
Fri Jun 05 2015
![Tiada keperluan DAP adakan mesyuarat bincang Muktamar PAS - Lim Guan Eng Tiada keperluan DAP adakan mesyuarat bincang Muktamar PAS - Lim Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/71407658778_295x200.jpg)
GUAN ENG : Sebabnya ini muktamar mereka, kami ada kami punya sendiri, dan mereka pun. - Gambar fail
![Aduan pencemaran udara, JAS Pulau Pinang siasat kilang pembuatan logam Aduan pencemaran udara, JAS Pulau Pinang siasat kilang pembuatan logam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721744130_Perai.jpg)
Aduan pencemaran udara, JAS Pulau Pinang siasat kilang pembuatan logam
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang hari ini menjalankan penguatkuasaan terhadap sebuah kilang pembuatan logam di kawasan Zon Perindustrian Bebas 1 Perai di sini susulan aduan pencemaran udara.
![Pengendali WhatsApp, Telegram perlu lebih bertanggungjawab tangani jenayah dalam talian - Fahmi Pengendali WhatsApp, Telegram perlu lebih bertanggungjawab tangani jenayah dalam talian - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721561523_FahmiFadzil.jpg)
Pengendali WhatsApp, Telegram perlu lebih bertanggungjawab tangani jenayah dalam talian - Fahmi
Pengendali aplikasi komunikasi Telegram dan WhatsApp perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan tiada sebarang salah laku jenayah bebas dilakukan di dalam platform berkenaan.
![Manfaat ekonomi, pembangunan atlet antara faktor Selangor tawar jadi tuan rumah SUKMA 2026 Manfaat ekonomi, pembangunan atlet antara faktor Selangor tawar jadi tuan rumah SUKMA 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721727023_tbNajwanHalimi.jpg)
Manfaat ekonomi, pembangunan atlet antara faktor Selangor tawar jadi tuan rumah SUKMA 2026
Keputusan Selangor menawarkan diri menjadi tuan rumah SUKMA 2026 dibuat selepas mengambil kira manfaat yang bakal diperoleh melalui penganjuran temasya sukan dwitahunan berprestij itu.
AWANI Tonight: 23 July 2024
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Flight carrying 123 M’sians from Bangladesh lands in KLIA
2. Cracking down on the issue of cyberbullying
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Flight carrying 123 M’sians from Bangladesh lands in KLIA
2. Cracking down on the issue of cyberbullying
#AWANIEnglish #AWANINews
![10 individu terlibat curi duit dalam akaun bank di Sabah didakwa Khamis ini 10 individu terlibat curi duit dalam akaun bank di Sabah didakwa Khamis ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721713319_RamliMohamedYoosuf.jpg)
10 individu terlibat curi duit dalam akaun bank di Sabah didakwa Khamis ini
Seramai 10 individu disyaki terlibat sindiket mencuri wang deposit tetap milik pelanggan dianggarkan bernilai RM24.7 juta akan dituduh di Mahkamah Kota Kinabalu, Khamis ini.
![Hajiji arah jabatan, agensi tangani halangan dalam projek pembangunan secepat mungkin Hajiji arah jabatan, agensi tangani halangan dalam projek pembangunan secepat mungkin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719157425_TBhajijiNoor.jpg)
Hajiji arah jabatan, agensi tangani halangan dalam projek pembangunan secepat mungkin
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor telah mengarahkan jabatan dan agensi menangani semua bentuk halangan dalam pelaksanaan projek pembangunan dengan kadar segera.
![Hubungan Malaysia-China miliki potensi besar untuk diterokai 50 tahun lagi - Penganalisis Hubungan Malaysia-China miliki potensi besar untuk diterokai 50 tahun lagi - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718813633_malaysiachinaben.jpg)
Hubungan Malaysia-China miliki potensi besar untuk diterokai 50 tahun lagi - Penganalisis
Melangkah ke era baharu yang penuh harapan, hubungan Malaysia-China diyakini akan terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
![[KOLUMNIS] Persefahaman Selangor-MAHB pacu ekosistem industri aeroangkasa [KOLUMNIS] Persefahaman Selangor-MAHB pacu ekosistem industri aeroangkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721740437_tbLapanganTerbangS.jpg)
[KOLUMNIS] Persefahaman Selangor-MAHB pacu ekosistem industri aeroangkasa
Penganalisis industri berpandangan aeroangkasa akan terus menjadi antara sektor yang bakal berkembang pesat.
![Daftar Pemilih Tambahan Jun 2024 dibuka untuk semakan - SPR Daftar Pemilih Tambahan Jun 2024 dibuka untuk semakan - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714400820_SPRGeneric.jpg)
Daftar Pemilih Tambahan Jun 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2024 (DPT BLN6/2024) telah diperaku dan diwartakan hari ini dan semakan dibuka selama 30 hari bermula hari ini.
![Dua ditahan terlibat eksploitasi seks remaja Indonesia di Australia Dua ditahan terlibat eksploitasi seks remaja Indonesia di Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721735377_tbEksploitasiseksua.jpg)
Dua ditahan terlibat eksploitasi seks remaja Indonesia di Australia
Suspek masing-masing seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan di Sydney, manakala suspek wanita ditahan di Jakarta.
![UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720932890_TBAhmadFadhlijp.jpg)
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
![PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718694604_NgaKorMing.jpg)
PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.
![DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720269307_AnthonyLokeSiew.jpg)
DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH
DAP mengalu-alukan kesediaan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
![HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16 HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719152835_TBAnthonyLoke.jpg)
HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16
Program HerLead iaitu program pendidikan kepimpinan anjuran Wanita DAP akan menjadi platform bagi memilih calon wanita parti itu bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
![[KOLUMNIS] Dari KKB ke Sungai Bakap [KOLUMNIS] Dari KKB ke Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719013486_tbGManimaran.jpg)
[KOLUMNIS] Dari KKB ke Sungai Bakap
Atas kertas, sehingga kini, mood kemenangan diramalkan memberi kelebihan kepada PH.
![Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717667209_GuanEng.jpg)
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
![Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716979680_TeoNieChing.jpg)
Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching
Teo Nie Ching mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
![Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716119324_TeresaKokPDRM.jpg)
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
![Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714468820_TBZahidHamidi.jpg)
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
![PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715323926_AnthonyLoke.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.