TAWAU: Semua pihak diminta berhenti memfitnah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal yang kononnya menerima imbuhan untuk menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).
Presidennya, Tan Sri Liew Yun Fah berkata, tindakan Rina yang keluar daripada Parti Warisan (Warisan) dan menyertai Harapan Rakyat tidak menerima sebarang imbuhan daripada mana-mana pihak.
Menurutnya, Rina perlu diberi peluang untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau seorang wakil rakyat yang bekerja dan menjaga dengan baik kawasan Kukusan.
"Bagi saya Rina seorang yang berani kerana menyertai parti saya sebuah parti kecil dan diterajui pemimpin Cina, saya telah mengingatkan dia (Rina) akan ditohmah dan difitnah nanti.
"Seorang ahli politik sekiranya mahu mengambil keputusan berpindah ke parti lain adalah satu tindakan yang sangat berat dan susah, tetapi dia (Rina) berani buat.
BACA: Politik Sabah: Rina Jainal keluar Warisan
“Kita bagi tempoh tiga bulan, jika dia tidak boleh bekerja dan hanya bercakap sahaja, barulah kita fitnah Rina keluar parti untuk cari keuntungan, tapi kalau dia bekerja beri sokongan padu kepadanya,” katanya pada sidang media bersama Rina di sini pada Selasa.
Sementara itu, Rina berkata beliau sudah bersedia berdepan tohmahan dan rintangan selepas membuat keputusan untuk beralih kepada sebuah parti tempatan yang kecil, namun bertumpu kepada isu di Tawau.
"Saya sedar saya orang baharu berpolitik dan Warisan adalah perjuangan awal saya tetapi perjuangan itu saya teruskan bersama Harapan Rakyat dan saya memperjuangkan ‘Sabah for Sabahan’," katanya.
Beliau menjelaskan, penyertaan dalam Harapan Rakyat walaupun ia parti yang kecil dibuat kerana melihat gerak kerja membantu rakyat lebih mudah disebabkan presiden parti itu tinggal di Tawau.
Rina berkata pelbagai program yang dirancang sebelum ini untuk kawasan Kukusan akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Petrus Bernard
Tue Jun 07 2022
Yun Fah (tengah) dan Rina (dua dari kanan) ketika sidang media di Tawau pada Selasa. - Astro AWANI
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Tiada imbuhan untuk ADUN Kukusan, Rina Jainal sertai Harapan Rakyat
Semua pihak diminta berhenti memfitnah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal yang kononnya menerima imbuhan untuk menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).