KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menyangkal tuduhan kononnya tindakannya dan sembilan lagi ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai mengkhianati parti.
Jalaluddin berkata, selepas UMNO dan BN memutuskan pendirian terakhir untuk menyertai Kerajaan Perpaduan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kesemua mereka akur dengan terus menarik balik SD tersebut.
Malah, katanya, keputusan awal mereka untuk menandatangani SD adalah selaras dengan naratif parti pada ketika itu.
"Saya tidak fikir itu satu perkara yang membelakangkan parti atau boleh dikatakan mengkhianati parti. Khianat kepada parti ialah kita bersama dengan parti pembangkang untuk mengalahkan calon BN ketika kita menghadapi PRU15. Itu khianat kepada parti.
"Ketika kita menghadapi PRU15, kita berusaha sebaik mungkin untuk menangkan BN. Saya bertanding atas tiket BN. Apabila parti buat keputusan, kita akur," katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Sayap-Sayap UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini pada Khamis.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu mendedahkan 10 ahli Parlimen BN termasuk daripada UMNO menandatangani SD menyokong pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN merangkap Timbalan Perdana Menteri membuat pendedahan berkenaan ketika berucap pada sesi taklimat khas Presiden UMNO yang diadakan secara tertutup sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.
Jalaluddin menegaskan, beliau dan sembilan ahli Parlimen berkenaan hanya boleh dianggap mengkhianati dan membelakangkan parti sekiranya tetap kekal dengan pendirian menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, selepas UMNO dan BN sudah memutuskan menyertai Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).
"Saya tidak nampak sudut negatif dalam ucapan Presiden atau Timbalan Presiden. Kita kena teliti apa isi ucapannya, iaitu UMNO kena bergerak ke hadapan dengan satu konsep perpaduan dan solidariti.
"Perkara yang sudah berlaku mesti dijadikan satu sempadan dan pengajaran untuk setiap pemimpin serta akar umbi supaya meletakkan parti sebagai satu keutamaan.
"Ini ucapan yang lebih realistik, futuristik dan memiliki visi yang menampakkan perjalanan ke hadapan yang lebih jelas," ulas beliau.
Sementara itu, Ahmad Zahid sedia memaafkan 10 ahli Parlimen partinya yang menandatangani SD bagi menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 lalu.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau bersama-sama Lembaga Disiplin UMNO akan tetap memantau pergerakan ahli-ahli Parlimen terlibat.
"Oleh kerana perkara itu telah berlalu dan kini mereka telah bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan, saya telah memaafkan apa yang berlaku.
"Saya akan terus bersama-sama dengan Lembaga Disiplin melakukan pemantauan terhadap pendirian mereka sama ada mereka melakukan mana-mana gerakan.
"Tetapi saya yakin mereka akan tetap bersama-sama dengan UMNO dan BN dalam mendokong Kerajaan Perpaduan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke reruai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sempena PAU 2022 pada Khamis. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 12 2023

Jalaluddin berkata keputusan awal mereka untuk menandatangani SD adalah selaras dengan naratif parti pada ketika itu. -Gambar fail/Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Ketua UMNO bahagian di NS tidak terlibat gerakan guling Zahid - Jalaluddin
Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengesahkan tiada ketua bahagian parti itu di negeri berkenaan terlibat dalam gerakan menggulingkan Presiden UMNO.

Negeri Sembilan mohon FAMA tambah bekalan beras tempatan
Kerajaan Negeri Sembilan meminta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri membuat pembelian dan permohonan untuk mendapatkan tambahan beras putih tempatan (BPT).

Pasca PRU15: Kata sepakat sudah dicapai BN - Jalaluddin Alias
Jalaluddin bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada kesemua ahli Parlimen BN telah menandatangani SD untuk menyokong mana-mana calon PM.

Kementerian Wilayah Persekutuan teliti semula sistem amaran banjir - Jalaluddin
Kementerian Wilayah Persekutuan akan meneliti keperluan menaik taraf sistem amaran awal banjir sedia ada.