KUALA LUMPUR: Tidak timbul soal ketidakstabilan dalam kerajaan Johor yang memaksa pembubaran DUN dibuat untuk diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada ketika ini.

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin menyatakan bahawa persetujuan pembangkang untuk meluluskan Belanjawan 2022 Negeri Johor menunjukkan bahawa muafakat antara kedua-dua pihak masih berjalan dengan baik.

Untuk itu tegasnya, Pas Johor terus konsisten mengatakan bahawa pembubaran DUN Johor adalah tidak wajar namun memandangkan ianya sudah berlaku, maka perlu dihadapi dengan langkah-langkah sepatutnya.

“Kita lihat Bajet Kerajaan Johor 2022 dapat diluluskan walaupun dalam keadaan Sidang Khas DUN baru-baru ini, YB Speaker kita yang walaupun beliau daripada parti Amanah tetapi mengambil keputusan untuk menyokong Bajet tersebut.

“Maknanya tiada masalah, Bajet diluluskan dengan kesepakatan kerajaan dengan pembangkang dan peranan Speaker.

“Bermakna ia tidak memberi impak kepada perjalanan kerajaan pada ketika ini kerana perkara pokoknya ialah kesejahteraan rakyat dalam menangani COVID-19 yang telah melanda negara dalam tempoh yang agak panjang dan masih berlarutan hingga kini.”

Maka baginya PRN bukanlah jalan penyelesaian utama kerana masih belum pasti apakah keputusan yang akan dibuat rakyat Johor nanti.

Belau bimbang sekiranya keputusan PRN nanti tidak dapat membentuk kerajaan yang kuat, apakah berbaloi sejumlah kira-kira RM150 juta yang akan dibelanjakan untuk mengadakan PRN itu nanti.

Tonton sesi penuh Dialog Tiga Penjuru dihoskan oleh Dzulfitri Yusop, di sini:

Tidak timbul soal ketidak stabilan kerajaan Johor untuk bubar DUN - Pas Johor


Dialog Tiga Penjuru: PRN Johor I Dulu, kini dan apa pula selepas ini?