KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz hari ini mendakwa 10 orang lagi Ahli Parlimen, khususnya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), akan melontarkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu sidang media khas, beliau berkata, jumlah keseluruhan ialah 11 orang, termasuk Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Dr Zulkafperi Hanapi, yang telah pun mengisytiharkan sokongannya semalam.
Syed Abu Hussin berkata, 10 lagi Ahli Parlimen tersebut merangkumi lima orang dari Kedah, Pulau Pinang dan Perak, tiga orang dari Kelantan, Terengganu, dan Pahang, dan tiga lagi dari Selangor dan Melaka.
“Secara keseluruhannya, ahli Parlimen Perikatan Nasional khususnya ahli Parlimen Bersatu, rasa amat kecewa dan tidak rasa dihargai dan dijaga oleh parti. Sebab sehingga ke hari ini, Bersatu tidak ada hala tuju yang jelas.
“Khususnya Bersatu, jarang memanggil ahli Parlimennya untuk berbincang, dan macam mana nak membantu ahli-ahli Parlimen Bersatu menjaga kawasan Parlimen. Soal kewangan memang satu soal yang sangat menjadi masalah besar kepada semua ahli Parlimen.
“Kalau parti tak ambil perhatian, siapa lagi nak ambil perhatian? Sebab janji ucapan kita semua, kita sebut nak menjaga dan membela nasib orang-orang di kawasan kita. Dah setahun tiada apa berlaku,” katanya lagi.
Ketika ini Syed Abu Hussin berkata, formula nombor yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat ialah 8+3+5.
Lapan orang Ahli Parlimen, katanya lagi, merujuk kepada mereka yang sudah membuat keputusan untuk menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri, dengan tambahan tiga lagi yang akan membuat keputusan yang serupa.
Manakala baki lima lagi Ahli Parlimen, beliau berkata, merupakan lima pemimpin politik yang mempunyai pengalaman cukup luas dalam Kerajaan, dan Syed Abu Hussin menyeru untuk mereka turut sama menyertai gerakan tersebut.
“Bagi mereka yang mempunyai pengalaman, dalam kerajaan yang lepas, ada lagi lima orang ahli Parlimen Bersatu yang ada pengalaman keluar daripada parti, menyokong parti lain, dan selepas itu tubuhkan Kerajaan.
"Sebab itu saya tambah lima. Saya menyeru mereka untuk fikir semula, kebolehan yang ada pada mereka, dalam percaturan politik yang lepas, boleh diguna pakai kali ini, di antara mereka ialah – Larut (Datuk Seri Hamzah Zainuddin), Beluran (Datuk Seri Ronald Kiandee), Masjid Tanah (Datuk Mas Ermieyati Samsudin), Tanah Merah (Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, dan Hulu Terengganu (Datuk Rosol Wahid),” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Jan 26 2024
![Syed Abu Hussin dakwa 10 lagi Ahli Parlimen PN akan sokong Perdana Menteri Syed Abu Hussin dakwa 10 lagi Ahli Parlimen PN akan sokong Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663314167_TBSYEDABU.jpg)
Beliau berkata, jumlah keseluruhan ialah 11 orang, termasuk Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Dr Zulkafperi Hanapi, yang telah pun mengisytiharkan sokongannya semalam. - Gambar fail/Bernama
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
Kim Pan-gon perlu bayar pampasan RM3.16j kepada FAM
Kim Pan-Gon perlu bayar pampasan sebanyak RM3.16 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakannya mengambil keputusan meletak jawatan meskipun berbaki satu tahun lagi dalam kontraknya.
Polis teruskan operasi di lokasi kedua
Polis meneruskan operasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di sebuah lagi kawasan di Perak.
[TERKINI] SPRM tumpas sindiket `pasport terbang' di Sabah
SPRM menumpaskan sindiket 'pasport terbang' susulan penahanan tiga anggota penguatkuasa menerusi Op Fly di Kota Kinabalu.
Calon UMNO DUN Nenggiri diumum tempoh terdekat
Calon UMNO yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah seorang anak tempatan dan mempunyai jawatan dalam parti.
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
!['Beras putih tempatan masih tidak kelihatan' - Syed Abu Hussin 'Beras putih tempatan masih tidak kelihatan' - Syed Abu Hussin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702267540_SyedAbuHussin.jpg)
'Beras putih tempatan masih tidak kelihatan' - Syed Abu Hussin
BPT masih tidak kelihatan dalam pasaran meskipun selepas Perdana Menteri mengarahkan stok bekalan barang keperluan itu diedarkan ke seluruh negara.
![Beras Putih Madani: Kenyataan MP Bukit Gantang janggal, tidak patuhi perundangan - Ronald Beras Putih Madani: Kenyataan MP Bukit Gantang janggal, tidak patuhi perundangan - Ronald](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662620953_RonaldKiandee.jpg)
Beras Putih Madani: Kenyataan MP Bukit Gantang janggal, tidak patuhi perundangan - Ronald
Ronald berkata, task force tidak membuat keputusan namun hanya memberi cadangan kepada Jawatankuasa Pemandu, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
![Syed Abu Hussin dakwa 10 lagi Ahli Parlimen PN akan sokong Perdana Menteri Syed Abu Hussin dakwa 10 lagi Ahli Parlimen PN akan sokong Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663314167_TBSYEDABU.jpg)
Syed Abu Hussin dakwa 10 lagi Ahli Parlimen PN akan sokong Perdana Menteri
Mereka merangkumi lima dari Kedah, Pulau Pinang dan Perak; tiga dari Kelantan, Terengganu, dan Pahang; dan tiga lagi dari Selangor dan Melaka.
![Kami bukan ponteng - Ahli Parlimen pembangkang Kami bukan ponteng - Ahli Parlimen pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663314167_TBSYEDABU.jpg)
"Kami bukan ponteng" - Ahli Parlimen pembangkang
Dewan Rakyat sedikit kecoh susulan ketidakhadiran hampir semua ahli Parlimen pembangkang ketika sesi soal jawab lisan.
![Kartel: LKIM lantik syarikat untuk beli ikan bagi simpanan Kartel: LKIM lantik syarikat untuk beli ikan bagi simpanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656233932_IKAN.jpg)
Kartel: LKIM lantik syarikat untuk beli ikan bagi simpanan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam proses menyiapkan tender untuk melantik syarikat membekalkan ikan untuk stok sejuk beku.
![Bekalan ikan negara belum stabil - Pengerusi LKIM Bekalan ikan negara belum stabil - Pengerusi LKIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655628344_IKAN.jpg)
Bekalan ikan negara belum stabil - Pengerusi LKIM
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengakui bekalan ikan bagi keperluan negara masih belum stabil berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.