KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) akan mengambil tindakan undang-undang untuk mendesak Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima 'surat peletakan jawatan' Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir.
Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua mendakwa, peguam Warisan mempunyai dokumen yang jelas menunjukkan bahawa Hassan A Gani bersetuju untuk meletak jawatan jika meninggalkan parti.
"Dalam surat bertarikh 10 September 2020 yang ditujukan kepada peguamnya, Hassan menyuruh mereka untuk menulis tarikh dan menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker DUN dan Yang di-Pertua Negeri, sekiranya beliau, antara lain, menyatakan dirinya sebagai Bebas sebelum atau selepas mengangkat sumpah sebagai Adun.
"Para peguam telah melaksanakan arahan tersebut susulan pengumuman beliau sebagai Adun bebas pada 25 Februari lalu dan surat peletakan jawatannya yang bertarikh 26 Februari 2021 telah diserahkan kepada Speaker Datuk Kadzim M Yahya, kelmarin," katanya.
BACA: Warisan serah 'surat peletakan jawatan' Adun Sebatik kepada Speaker DUN esok - Shafie Apdal
BACA: Speaker Dun Sabah sahkan Adun Sebatik kekal bebas, tiada kekosongan kerusi
Hari ini, Kadzim dilaporkan berkata, Hassan A Gani kekal sebagai wakil rakyat dan bebas menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana mengikut undang-undang, apa-apa peletakan jawatan yang ditandatangani lebih awal dan tidak bertarikh adalah terbatal.
Sebelum ini, selain 'surat peletakan jawatan' itu, Warisan turut mendedahkan rakaman video yang menunjukkan Hassan A Gani berikrar untuk setia kepada Warisan, dengan menyatakan bahawa beliau akan kekal bersama parti itu sehingga tamat penggal.
Parti itu mendakwa, rakaman video berkenaan dibuat tahun lalu, ketika beliau dinamakan sebagai calon Warisan di Sebatik bagi Pilihan Raya Negeri Sabah 2020.
Eleanor Michelle Patrick
Wed Mar 03 2021

Speaker DUN memutuskan Hassan A Gani kekal sebagai wakil rakyat dan bebas menyokong kerajaan GRS. - Gambar fail/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Gagal 'letak jawatan' selepas keluar parti: Warisan saman ADUN Sebatik
Writ itu menamakan Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua Jr sebagai plaintif bagi pihak parti tersebut.

Dua ADUN BN jumpa Mohd Shafie secara tertutup
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini hari ini.