KOTA BHARU: Pemuda UMNO Kelantan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan menyeluruh kepada tiga Ahli Parlimen PKR yang lompat parti baru-baru ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, budaya lompat parti mencemarkan nama baik kerajaan seolah-olah boleh menerima sesiapa sahaja yang bermasalah.
“Kita tidak mahu budaya ini memburukkan nama kerajaan, bagaikan menerima apa sahaja asalkan mendapat sokongan balas dalam undian di Dewan Rakyat.
“SPRM perlu menyiasat tiga individu tersebut iaitu Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Parlimen Julau, Sarawak, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
BACA: PKR pecat keahlian Larry Sng, Steven Choong serta-merta, kaji tindakan mahkamah
BACA: PKR tuntut RM10 juta daripada Dr Xavier
Menurutnya, pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang banyak menceritakan perihal dalaman kerajaan Perikatan Nasional (PN) seolah-olah menggunakan pelbagai cara untuk mengekalkan kuasa mereka.
Katanya, dakwaan itu amat serius kerana dimaklumkan pemimpin tertinggi Polis Diraja Malaysia.
“Ini secara tidak langsung menggugat fungsi sebenar PDRM yang sepatutnya menjaga keamanan negara tetapi dakwaan ini rakyat berasa tidak selamat dan negara akan berhadapan kucar kacir.
“Kami menyokong penuh pendapat Ketua Pemuda kami, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki supaya siasatan segera dilakukan tanpa mengira pangkat dan darjat,” katanya.
Berita asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat May 01 2021
NOOR HARIRI: Kita tidak mahu budaya ini memburukkan nama kerajaan, bagaikan menerima apa sahaja asalkan mendapat sokongan balas dalam undian di Dewan Rakyat. - Foto Sinar Harian
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
PAU 2024: Perhimpunan kali ini tidak babitkan pemilihan parti - Asyraf Wajdi
Perhimpunan kali ini akan memfokuskan soal kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
PAU 2024: Tiada pemimpin utama parti politik Kerajaan Perpaduan hadir - Asyraf Wajdi
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang akan berlangsung pada 21 hingga 24 Ogos ini tidak akan menyaksikan kehadiran pemimpin utama parti politik dalam Kerajaan Perpaduan seperti tahun lalu.
PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Feri baharu Pengkalan Kubor-Takbai dijangka mula beroperasi tahun depan - Ahmad Maslan
Feri Sri Tanjong yang digunakan untuk membawa penumpang dan kenderaan dari Pengkalan Kubor, Kelantan ke Takbai, Thailand akan diganti dengan yang baharu.
PH Selangor sedia bincang cadangan UMNO diberi kerusi di Kota Raja
Pakatan Harapan (PH) Selangor sedia berbincang dan mempertimbangkan cadangan UMNO untuk diberikan sekurang-kurangnya satu kerusi di Bahagian Kota Raja pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
ADUN Rembia tahu implikasi sebelum tandatangan surat perjanjian - Ahmad Maslan
Ahmad berkata dakwaan Muhammad Jailani semalam bahawa tuntutan denda daripada UMNO itu bertujuan menjadikannya muflis, adalah alasan semata-mata.
Ahmad Zahid sokong cadangan UMNO diberi kerusi di Parlimen Kota Raja
Ahmad Zahid berkata cadangan itu sesuai dengan realiti politik semasa yang dibina atas dasar kefahaman antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Akar umbi tidak boleh lagi anggap UMNO dominan - Ahmad Zahid
Ahli akar umbi UMNO tidak boleh menganggap parti itu sebagai dominan dengan pelantikan tujuh menteri Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Surat tuntut RM100 juta sudah diserahkan kepada ADUN Rembia - Ahmad Zahid
UMNO sudah menyerahkan surat tuntutan kepada ADUN Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis bagi menuntut bayaran denda sebanyak RM100 juta berikutan tindakannya menyertai Pas.