Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi, iaitu 75 peratus pada pilihan raya kecil (PRK) Tanjong Datu pada 18 Feb ini, kata pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.
"Pada pilihan raya negeri pada Mei tahun lalu, kerusi Tanjong Datu mencatatkan peratusan mengundi sebanyak 70.10 peratus dan kita mengharapkan peratusannya meningkat kepada 75 peratus pada PRK kali ini.
"Sekiranya kita dapat mencapai angka itu, ia sudah dikira cukup baik," katanya pada sidang media selepas pengumuman calon untuk PRK Tanjong Datu di sini hari ini.
Beliau menggesa pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri itu supaya keluar beramai-ramai untuk menunaikan hak masing-masing sebagai pengundi.
Mohd Hashim juga mengingatkan semua parti dan calon yang bertanding supaya mematuhi peraturan pilihan raya yang telah ditetapkan bagi memastikan suasana pilihan raya yang aman.
Katanya, tempoh rasmi berkempen bermula hari ini selepas selesai proses penamaan calon sehingga 12 tengah malam 17 Feb ini dan mana-mana calon yang berbuat demikian selepas tempoh berkenaan pihak SPR dan polis berhak untuk mengarahkan ia dihentikan.
Beliau berkata SPR telah menubuhkan sebuah pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya bagi memantau aktiviti berkempen sepanjang tempoh rasmi berkempen selaras dengan peruntukan Seksyen 27 (B) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Parti dan calon yang bertanding akan hanya dibenarkan untuk mempamerkan simbol parti yang bertanding sahaja, gambar calon, gambar pemimpin parti dan bendera parti, manakala kain rentang dan poster seharusnya tidak mengandungi perkataan yang boleh menjuruskan kepada kebencian dan berunsur fitnah," tegasnya.
Katanya, mana-mana kain rentang dan poster yang mengandungi perkataan berunsur fitnah dan menimbulkan kebencian atau mengembangkan perasaan jahat akan diturunkan oleh pasukan penguat kuasa SPR.
Mohd Hashim berkata, semua ceramah perlu mendapat permit pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis boleh menghentikan mana-mana ceramah yang tidak mendapat kebenaran itu.
Beliau juga mengumumkan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah mengemukakan permohonan akan diterima sebagai pemerhati tempatan sepanjang tempoh PRK Tanjong Datu, iaitu enam anggota Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) lima orang dan Pertubuhan Kumpulan Sukarelawan Inovatif (Sukareno) seramai empat orang.
"Tiga badan ini juga dilantik sebagai pemerhati tempatan pada pilihan raya negeri Mei tahun lalu dan mereka telah menjalankan tanggungjawabnya dengan memuaskan," kata Mohd Hashim.
PRK Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Adenan Satem, yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima pada 11 Jan lalu akibat komplikasi jantung.
Pada PRK kali ini, calon Barisan Nasional (BN), balu Adenan, iaitu Datuk Amar Jamilah Anu akan dicabar calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) baru, Rapelson Richard Hamit dan calon Parti Reformasi Sarawak (STAR) Johnny Aput.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2017

MOHD HASHIM: Sekiranya kita dapat mencapai angka itu, ia sudah dikira cukup baik.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.

PRN Sarawak: Anak Allahyarham Tok Nan bertanding di DUN Tanjong Datu?
Pengerusi Parti Gabungan Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan Datuk Amar Jamilah Anu tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Wanita Sarawak ada cara halus pikat pengundi luar bandar - Jamilah Anu
Penglibatan dan peranan golongan wanita di Sarawak kini sukar untuk disangkal selain diterima baik dalam arena politik.

PRK Tanjong Datu: PM Najib harap pengundi beri sokongan padu kepada Jamilah
PM Najib yang juga Pengerusi BN yakin bahawa Jamilah akan dapat meneruskan perjuangan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Jamilah arif tentang penduduk Tanjong Datu - Penduduk
Jika Ketua Menteri Kelima Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dikenali sebagai pemimpin yang tidak terlalu mengikut protokol, balunya Datuk Amar Jamilah Anu tidak kurang hebat.

Jamilah Anu calon BN pertahan kerusi DUN Tanjong Datu
Balu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Puan Sri Jamilah Anu diumumkan sebagai calon Barisan Nasional di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu.

40 peratus warga emas di Sarawak kesunyian - Kajian
Kajian juga menunjukkan di Sarawak, hanya 7.1 peratus lelaki dan 11.1 peratus wanita pernah berkahwin, telah bercerai atau berpisah pada perkahwinan pertama.