JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon menegaskan tindakannya menyokong Perikatan Nasional (PN) adalah kerana dia ingin memastikan agar dapat menjalankan tugasnya dengan baik selaku wakil rakyat, bukan sahaja di peringkat negeri malah juga di peringkat nasional.
"Untuk lakukannya, saya kena ada platform. Saya tidak minta jawatan sebagai menteri sebaliknya hanya mahukan akses supaya isu nasional seperti pencemaran boleh sampai kepada menteri yang berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyertai lawatan kerja Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ke Sungai Kim Kim, di sini pada Selasa.
Pada 28 Feb lepas, Choong dan Ahli Parlimen Julau, Sarawak, Larry Sng Wei Shien menyatakan mereka menyokong kerajaan PN, dan ia disahkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui laman Facebook miliknya yang memaklumkan telah menerima akuan bersumpah daripada dua Ahli Parlimen berkenaan.
Sementara itu, Choong yang sebelum ini merupakan Ketua Cabang PKR Tebrau semasa ditanya sama ada sudah menerima surat saman daripada PKR berhubung tindakannya menyokong PN berkata, surat itu telah pun diterimanya pada Isnin menerusi kurier.
"Saya sudah minta peguam saya untuk memberi maklum balas surat itu yang menuntut saman RM10 juta. Saya juga bersedia untuk bawa kes ini ke mahkamah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima akuan bersumpah daripada Steven Choong (kanan), yang menyatakan sokongan kepada kerajaan PN. - Foto BERNAMA
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Tiada pengosongan kerusi: Bersatu ambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat
Bersatu konsisten menolak keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan menegaskan beliau tidak sepatutnya membuat keputusan sebegitu.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
Pemilihan Bersatu: Saya sudah ada 'keputusan' - Muhyiddin
'Ilham' diperoleh selepas Muhyiddin bertemu dengan sebahagian besar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, baru-baru ini.
Kekosongan kerusi Parlimen: Kerajaan Perpaduan tak isytihar sebab takut kalah - Muhyiddin
Muhyiddin dakwa, Kerajaan Perpaduan sanggup melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuaan berkait Akta Lompat Parti.
Isu dipecat Bersatu: 'PN jadikan kami ahli Parlimen Bebas' - 6 MP
Enam bekas ahli Parlimen Bersatu yang dipecat daripada parti itu menegaskan tidak akan menyertai mana-mana parti politik, sebaliknya akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas.
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.
Kedudukan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu: Keputusan Speaker berdasarkan Perlembagaan - PM Anwar
Beliau juga minta Muhyiddin baca tafsiran undang-undang Perlembagaan Persekutuan mengenai Akta Anti Lompat Parti secara menyeluruh.
"Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen" - Nazri
Keputusan yang dibuat Johari itu bertepatan dengan semangat Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini, kata Nazri.
'Saya harap diberi keputusan adil' - Muhyiddin
'Saya harap diberi keputusan adil' - Muhyiddin