PORT DICKSON: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata soal sama ada beliau akan mempertahan kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atau tidak masih belum diputuskan lagi.
Ketua Pembangkang itu berkata buat masa ini, tumpuan adalah kepada pemilihan PKR.
"Mengenai soal bertanding di sini, saya belum membuat keputusan lagi," katanya kepada pemberita selepas tinjauan mesra di Bazar Ramadan di Batu 4 di sini hari ini.
Beliau juga berkata belum ada sebarang keputusan untuk menamakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai calon parti itu di kerusi Parlimen Port Dickson pada PRU15.
"Belum ada apa-apa keputusan dan tak perlu buat andaian. Ini masa pemilihan parti dan bukan pilihan raya, justeru ia tiada kaitan, yang menang kemungkinan akan jadi calon dan yang tak menang pun kemungkinan jadi calon PRU," katanya.
Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan Aminuddin untuk merebut jawatan Ketua Cabang PKR Port Dickson pada pemilihan parti yang dilihat sebagai laluan bertanding di kerusi Parlimen itu pada PRU15.
Beliau turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bertanding pada pemilihan PKR kali ini.
"Bagi saya, siapa nak bertanding tiada masalah dan saya katakan 'okey' pada semua. Siapa nak bertanding dalam lima penjuru, semua saya kata okey dan silakan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan seramai 46 calon akan bertanding bagi merebut sembilan jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat, Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat dan Majlis Pimpinan Wanita Pusat pada Pemilihan PKR 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
Anwar turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bertanding pada pemilihan PKR kali ini. - Gambar fail
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan, tidak perlu ditangguh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.
Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU16 - Fuziah
Tiada sebarang keputusan berhubung penangguhan pemilihan PKR selepas PRU16 dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), semalam.
'Dakwaan pemilihan PKR untuk singkir kem Anwar cerita dongeng'
Puah berkata, sudah menjadi tradisi pemilihan, akan ada yang kalah atau menang dan semua pihak perlu terbuka menerima keputusan itu.
Fokus isu semasa rakyat, henti kitar semula isu NFC - Penganalisis
NFC merupakan isu nasional namun pada waktu ini, kenaikan harga barang, kos sara hidup tinggi dan tiada kenaikan gaji lebih dilihat menjadi kebimbangan rakyat.
Wan Azizah terkilan wujud musuh dalam selimut
Walaupun tidak memperincikan insiden yang berlaku namun kenyataan tersebut dipercayai melibatkan pertikaian berhubung keputusan pemilihan parti berkenaan.
Pemilihan PKR: JPP sedia beri penjelasan kepada Hans Isaac
Pihaknya tidak ada masalah untuk memberi jawapan dalam masa seminggu memandangkan kongres melibatkan parti berkenaan akan tamat tidak lama lagi.
Ada pihak cuba godam keputusan pemilihan PKR - Dr Zaliha
Dr Zaliha Mustafa berkata, namun begitu, perkara tersebut telah dikenal pasti dan pakar audit telah memberi cadangan untuk mengemaskinikan rekod pengundian.
Muka baharu terajui PKR, kehendak ahli inginkan pembaharuan - Aminuddin
Sebahagian besar pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini diterajui muka baharu susulan kehendak ahli yang inginkan pembaharuan.
Rafizi akan jumpa Anwar, mulakan persediaan PRU15 sebagai Timbalan Presiden PKR
Rafizi Ramli akan mengatur perjumpaan dengan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan segera untuk memulakan urusan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Realiti kehendak pengundi sudah berbeza, tidak lagi berkisar PH lebih bersih daripada BN, PN
Sekiranya PKR ingin terus mempengaruhi perubahan politik negara, parti perlu sentiasa yakin dengan kebijaksanaan rakyat.