Wanita PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur rasis dan seksis pada sidang Dewan Rakyat semalam.
Naib Ketua Wanita PKR Sengetha Jayakumar berkata, kenyataan tersebut jelas menunjukkan sikap dan jati diri yang rendah dan tidak menghormati kemuliaan Dewan Rakyat.
Tambahnya, perkara itu secara tidak langsung memperlihatkan tradisi kebiasaan pemerintahan lama yang gemar bersikap rasis dan seksis.
"Wanita PKR yang mengikuti pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Ke-3 Parlimen Ke-14 semalam turut melahirkan rasa kesal kerana tindakan ini tidak ditegur Ahli Parlimen wanita dari Perikatan Nasional (PN).
"Apatah lagi ia melibatkan kenyataan berbaur perkauman dan merendah-rendahkan martabat wanita yang selama ini diangkat tinggi oleh pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
"Perkara sedemikian turut mencerminkan betapa peranan wanita tidak pernah menjadi agenda penting PN dan mereka hanya berminat dengan perebutan kuasa serta memegang peranan penting," katanya dalam satu kenyataan.
BACA: 'Gelap, bedak, gempita' - Azhar tidak menyesal jadi YDP Dewan Rakyat
Dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin, Abdul Azeez (BN-Baling) dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur rasis dan seksis terhadap Kasthuriraani Patto (DAP-Batu Kawan) semasa Datuk Azhar Azizan Harun memberi ucapan usul pelantikan Jawatankuasa Pemilih.
Abdul Azeez mengungkapkan ayat "gelap, tak nampak” ketika Kasthuriraani bangun mencelah mempersoalkan mengenai ketiadaan wanita dalam jawatankuasa itu.
Keadaan itu menyebabkan Kasthuriraani dan R.S.N Rayer (PH-Jelutong) bangun mengemukakan Peraturan Mesyuarat serta meminta Azhar mengarahkan Abdul Azeez menarik balik perkataan ‘gelap tak nampak’ kerana disifatkan berbaur perkauman.
Azhar berkata perkara yang dibangkitkan Kasthuriraani boleh dibawa semasa perbahasan usul itu dan meminta meneruskan perbahasan tanpa membuat keputusan mengenai perkataan yang diungkapkan Abdul Azeez.
Beberapa ahli blok pembangkang, antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa); Chang Lih Kang (PH-Tanjong Malim) dan P. Prabakaran (PH-Batu) mendesak Azhar menetapkan peraturan atas perkataan diungkapkan Abdul Azeez.
Namun, Abdul Azeez mempertahankan perkataan yang digunakan atas alasan beliau juga berkulit gelap dan berkata: "pakailah bedak selesai masalah”.
Perkara itu ibarat mencurah minyak ke dalam api apabila Kasthuriraani mendakwa dirinya dianiayai berikutan kenyataan Abdul Azeez dianggap seksis.
Abdul Azeez bagaimanapun menarik balik perkataan itu setelah lebih 10 minit kekecohan dan desakan bertalu-talu blok pembangkang.
Fauzi Suhaimi
Mon Jul 13 2020
Abdul Azeez (gambar) mengungkapkan ayat 'gelap, tak nampak' ketika Kasthuriraani bangun mencelah mempersoalkan mengenai ketiadaan wanita dalam jawatankuasa itu. - Gambar fail
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik
Malah, keupayaan perisikan Israel yang mampu menyusup masuk ke dalam organisasi sehebat Hizbollah dijangka memberi ketakutan kepada negara Arab lain untuk bertindak secara drastik.
Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hezbollah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dinaik taraf - PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri akan dinaik taraf bagi selari peningkatkan jumlah pengunjung selain menerima pesawat lebih besar.
Kebimbangan konflik Asia Barat bakal berlarutan
Jika benar tentera Israel berjaya membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ia bukan saja satu kehilangan besar tetapi juga memberi ancaman dan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat akan terus berlarutan.
PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini adalah 53.84.
DAP prihatin peratusan pengundi bukan Melayu rendah
Anthony berkata, mereka mengambil perhatian yang serius terhadap peratusan mengundi yang rendah dari kalangan pengundi bukan Melayu.
Hasil kerjasama satu keluarga BN-PH
Calon Barisan Nasional yang memenangi kerusi DUN Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah menyifatkan kemenangan itu adalah hasil kerjasama satu keluarga gandingan BN dan PH.
Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.
Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.
Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.
Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.
Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.