ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan Kedah belum bercadang untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan hanya melaksanakannya selepas Parlimen bersidang.
Muhammad Sanusi berkata, pihaknya tidak akan mengadakan persidangan dalam tempoh terdekat berikutan masih terikat dengan Ordinan Darurat.
“Bentuk persidangan DUN kelak bergantung kepada perkembangan semasa selepas Parlimen bersidang.
"Kita belum tahu bila persidangan Parlimen akan berlangsung, jadi kita belum memastikan samada DUN akan diadakan secara bersemuka ataupun maya bergantung kepada perkembangan semasa.
"Secara lazimnya, persidangan DUN Kedah diadakan pada Julai atau Ogos, namun kali ini kita berdepan kekangan akibat pandemik COVID-19," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Januari lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas darurat menjelaskan Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil serta persidangan Parlimen dan DUN tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, sebelum sidang DUN diadakan, pihaknya akan meneliti dan merujuk kepada format dan prosedur operasi standard (SOP) Parlimen terlebih dahulu untuk dijadikan panduan.
Katanya, persidangan DUN Kedah berkemungkinan hanya membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri dan pegawai kerajaan tanpa kehadiran pemerhati, namun persidangan boleh disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi kerajaan negeri.
“Ia dilakukan dengan mematuhi SOP ketat yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” jelasnya.
Kali terakhir persidangan DUN Kedah diadakan adalah pada 15 hingga 19 November lalu, ketika Muhammad Sanusi membentangkan Belanjawan Kedah 2021.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jun 20 2021

Muhammad Sanusi berkata, sebelum sidang DUN diadakan, pihaknya akan meneliti dan merujuk kepada format dan prosedur operasi standard (SOP) Parlimen terlebih dahulu untuk dijadikan panduan. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Mesyuarat Khas Parlimen ditangguh lagi, disambung semula 3.30 petang - Timbalan Speaker
Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 akan disambung pada pukul 3.30 petang ini.

Mesyuarat Khas Parlimen: 'Sebab daruratlah tidak boleh lama-lama' - Timbalan Speaker
Dulu baik ketika zaman Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), mereka boleh bersidang lama bahkan sehingga jam 3 pagi.

Sidang DUN Negeri Sembilan 3 September depan
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka diadakan selama empat hari bermula 3 September depan.

PH usahakan petisyen sokong sidang Parlimen secepat mungkin
Majlis Presiden PH juga menegaskan pihaknya bersedia menyertai jawatankuasa untuk mengkaji sidang Parlimen hybrid dengan syarat persidangan perlu diadakan sebelum 1 Ogos.

YDP Agong berhak arah Parlimen bersidang - Noh Omar
Noh menjelaskan beliau sependapat dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung kuasa Agong untuk memanggil sidang Parlimen.

Kerajaan beri perhatian titah YDP Agong - Annuar Musa
Annuar menjelaskan menerusi Pelan Pemuliah Negara (PPN) yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini kerajaan telah menyatakan parlimen akan bersidang seawal September.

Pas yakin titah Agong berhubung sidang Parlimen selaras komitmen kerajaan
Pas juga menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong berhubung mempercepatkan pemberian vaksin serta pentingnya memiliki kerajaan yang stabil.

Zahid persoal mengapa Parlimen dibenar bersidang selepas fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara
Zahid menjelaskan ahli-ahli parlimen telah lama menerima suntikan vaksin COVID-19 justeru sidang Parlimen selamat untuk diadakan.

Timbalan Speaker cadang penubuhan 'kerajaan darurat'
'Kerajaan darurat' tidak semestinya dianggotai ahli politik sebaliknya jawatan dalam kerajaan itu boleh diisi individu berkelayakan.

Alasan untuk Parlimen tidak bersidang adalah remeh - Pejuang
Kata Pejuang, Parlimen hanya melibatkan 220 Ahli Dewan Rakyat, manakala pembukaan sekolah dan premis lain telah melibatkan jutaan orang.