Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoal sokongan dan pendirian PAS terhadap calon Melayu DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, yang menolak undang-undang hudud dilaksanakan di negara ini.
"Kita hendak tanya PAS sekarang, adakah kamu (PAS) akan sokong calon DAP itu (Dyana Sofya pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan)," katanya pada majlis santai bersama belia di Kampung Padang Tembak di sini, semalam.
Beliau berkata tindakan PAS menyokong calon DAP itu yang menolak pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan menunjukkan parti itu hanya bertopengkan Islam untuk menutup perjuangan sebenarnya terhadap kuasa dan kepentingan politik parti.
"Sekarang orang Melayu bertanding atas tiket DAP yang menolak hudud PAS, menjadikan PAS ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong," katanya.
Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan Dyana Sofya berikrar untuk menentang mana-mana rang undang-undang yang dikemukakan di Parlimen untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan.
Peguam muda itu dilaporkan berkata beliau akan berpegang pada ikrar itu jika dipilih mewakili Parlimen Teluk Intan.
Sementara itu, pada program Santai Minda di Kampung Sungai Kerawai di sini, Ahmad Shabery membidas PAS sebagai hanya memakai topeng Islam sedangkan hakikatnya ia bukan parti Islam yang benar-benar memperjuangkan Islam di negara ini.
Beliau berkata PAS tidak mempunyai prinsip dan ideologi yang tetap selain sentiasa meracuni pemikiran dan memecahbelahkan rakyat terutamanya yang beragama Islam demi kepentingan politik mereka.
Menurutnya sehingga kini, PAS gagal melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan sedangkan Umno dan Barisan Nasional menerima pengiktirafan kerana menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan terbaik di dunia oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan negara-negara lain.
"PAS tidak dapat menerima hakikat itu kerana pemikiran politik mereka yang sempit," katanya.
PRK Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini menyaksikan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dicabar calon DAP Dyana Sofya.
Bernama
Thu May 22 2014
Shabery Cheek persoal sokongan PAS terhadap calon DAP Melayu tolak hudud
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PRK Mahkota: Penyokong parti PN mula berarak mengiringi calon
Mohamad Haizan Jaafar tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini jam 8.30 pagi bersama lebih 1,000 penyokong.
MB Johor umum calon PRK Mahkota - Zahid
Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti.
PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kempen kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berjalan secara berhemah.
PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini
Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap telah dimuktamadkan dan akan diumumkan 9 malam ini.
Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap
Majlis Perlembagaan Iran telah memulakan proses penyaringan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kilat.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.