Segala permasalahan dalam parti berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah perlu diselesaikan secara dalaman, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pada Selasa yang menyatakan keputusan untuk meletakkan Datuk Seri Bung Moktar Radin mengetuai jentera bagi menghadapi PRN Sabah, adalah langkah 'bunuh diri'.
“Ini merupakan perbincangan yang perlu dilakukan secara dalaman. Saya hargai bahawa (Abdul) Rahman telah meluahkan perasaanya tetapi kami hanya berbaki sebulan sahaja lagi sebelum tarikh penamaan calon.
“Terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan dari segi rundingan pembahagian kerusi dengan rakan kongsi kami.
“Oleh itu, lebih baik kami selesaikan masalah parti UMNO secara dalaman,” katanya pada sidang media di majlis pelancaran National Technology Innovation Sandbox (NTIS) di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Cyberjaya pada Rabu.
Ujarnya, beliau yakin pemimpin parti dapat mencapai kata putus yang akan dipersetujui semua di Sabah.
Dalam satu sidang media di Parlimen pada Selasa, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Bung Moktar akan mengetuai jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN), serta diberi kuasa penuh untuk menentukan agihan kerusi dan calon Ketua Menteri seterusnya.
Abdul Rahman, yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Belud secara tegas mendakwa, keputusan meletakkan Bung Moktar sebagai ketua, bukan sahaja satu penghinaan kepada UMNO Sabah, malah kepada rakyat Sabah secara amnya.
Menurut Abdul Rahman lagi, beliau bersama 12 Ketua UMNO Bahagian yang hadir pada sidang media tergempar pda malam Selasa telah datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Ahmad Zahid, malangnya permintaan itu tidak dilayan.
Isabelle Leong
Wed Aug 19 2020
KHAIRY: Terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan dari segi rundingan pembahagian kerusi dengan rakan kongsi kami. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
PRU15: "Hampir pasti saya tidak akan dapat kerusi selamat" - Khairy
Penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memberi gambaran beliau akan mempertaruhkan nasib pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kerusi yang dimenangi oleh parti lawan pada PRU14 lalu.
Pemilihan UMNO: Khairy belum fikir untuk bertanding
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin memaklumkan beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung jawatan yang akan dipertandingkan pada pemilihan UMNO.
Wanita perlu dilibatkan sepenuhnya dalam politik, pembuat dasar negara - Khairy
Golongan wanita perlu dilibatkan dalam politik dan peringkat membuat keputusan serta dasar negara sepenuhnya demi menjamin kestabilan sosial sekaligus menuju ke arah negara maju yang seimbang.
Selesaikan masalah parti secara dalaman - Khairy
Khairy Jamaluddin berkata segala masalah dalam parti berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu diselesaikan secara dalaman.
EKSKLUSIF: Gusar masa depan UMNO celaru, ini persepsi KJ mengenai hala tuju parti
Astro AWANI bertemu dengan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai dinamika politik negara masa kini.
Hari terakhir kempen kritikal untuk BN tangani propaganda DAP - KJ
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata, Barisan Nasional perlu berhati-hati dengan permainan perang saraf Pakatan Harapan.
Jangan terus tolak pelawaan Tun M, lihat sudut positif - KJ
Khairy berkata Dr Mahathir mempunyai asas dalam membuat pelawaan tersebut.
Jangan biar 'kepala' kita kena potong - Khairy
Kerusi DUN Rantau juga penting kerana melibatkan maruah Mohamad sebagai Timbalan Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas Presiden.
Isu Taliban: Saya tak akan minta maaf daripada Nga Kor Ming - Khairy
Dia boleh cakap macam itu kerana nak mencetuskan ketegangan antara kaum, kata Khairy.
Peguam Mat Sabu akan hantar notis undang-undang kepada KJ
Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar berkata peguam Mohamad akan menghantar notis undang-undang kepada Khairy dalam jangkamasa terdekat.