BARU-baru ini, Astro AWANI berkesempatan menemu bual Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai hala tuju UMNO, parti berusia 66 tahun yang oernah melahirkan tokoh-tokoh politik terkemuka negara.
Berikut adalah transkrip temu bual yang berlangsung di Parlimen.
HALA TUJU UMNO DALAM ERA PERIKATAN NASIONAL
Astro AWANI: Sudah dua tahun sejak temu bual pertama YB dengan kami mengenai dinamika politik negara ini, yang mana kita menyentuh mengenai kejatuhan UMNO/ Barisan Nasional. Kini kita merentasi zaman Perikatan Nasional. Pertamanya YB, bagaimana pandangan YB mengenai hala tuju UMNO dalam era Perikatan Nasional, memandangkan YB juga sebahagian daripada kabinet PN.
YB Khairy: UMNO mengambil bahagian dalam kerajaan yang diterajui oleh YAB Tan Sri Mahyuddin (Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) disebabkan pembunuhan diri politik yang dilakukan oleh Pakatan Harapan terhadap dirinya. Apabila berlakunya krisis peralihan kuasa antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar, yang tidak dapat diselesaikan, maka ini telah mencetuskan satu perpecahan yang telah membawa kepada kemusnahan Pakatan Harapan.
Semuanya dibuat kepada diri mereka sendiri, ke atas diri mereka sendiri. Dan dalam keadaan tersebut mengikut Perlembagaan Persekutuan, DYMM Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk mengenal pasti sama ada ada seorang Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat keyakinan daripada majoriti ahli dewan.
Maka proses itu telah selesai dan Tan Sri Muhyiddin telah dikenal pasti sebagai individu tersebut. Jadi UMNO telah mengisi keadaan di mana Pakatan Harapan telah 'membunuh diri' dan ada keperluan untuk menubuhkan sebuah kerajaan tanpa kita membubarkan parlimen dan memulangkan mandat rakyat, memandangkan pada waktu itu pandemik COVID-19 baru saja bermula di Malaysia.
Maka, UMNO telah memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin dan kita terus memberi sokongan kepada kerajaan yang sedia ada.
Namun, demikian dari segi hala tuju untuk masa yang akan datang, secara jelas Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) telah menyebut bahawa keutamaan UMNO adalah untuk memperkukuhkan Kerjasama bersama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di bawah Muafakat Nasional. Muafakat Nasional ini adalah satu kerjasama rasmi berdasarkan, berasaskan kepada satu Piagam.
Dan dalam konteks tersebut Muafakat Nasional juga turut memberi sokongan kepada Kerajaan di bawah Tan Sri Muhyiddin.
Sama ada Muafakat Nasional ini kemudiannya akan juga melibatkan parti-parti lain seperti Parti Bersatu, itu masih lagi dalam perbincangan.
BACA: UMNO tidak harus dilihat cuba pengaruhi institusi kehakiman - Khairy Jamaluddin
Tetapi hala tuju UMNO jelas, bahawa kita menyokong dan mendokong kerajaan di bawah Tan Sri Muhyiddin dan juga kerajaan-kerajaan negeri yang lain di bawah kerjasama antara PAS, UMNO dan juga Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Dan kita sedang mempertimbangkan apakah bentuk kerjasama yang mungkin akan dijalin bersama dengan parti Bersatu terutamanya menjelang pilihan raya nanti.
MUAFAKAT NASIONAL DAN PERIKATAN NASIONAL
Astro AWANI: Ada pandangan dari segelintir pihak bahawa jenama Perikatan Nasional itu diperlukan untuk meliputi politik di Sabah dan Sarawak, berbanding jenama Muafakat Nasional lebih kepada urusan Semenanjung. Apa tanggapan YB?
YB Khairy: Ini berkaitan dengan Sarawak, kita telah buat keputusan bahawa kita akan bekerjasama dengan GPS (Gabungan Parti Sarawak). Maksudnya Muafakat Nasional sama ada Perikatan Nasional, Muafakat Nasional dan sebagainya, kita akan bekerjasama dengan GPS di Sarawak.
Jadi tidak timbul sama ada PN dan MN akan wujud di negeri-negeri tersebut. Di negeri Sabah masih lagi dalam perbincangan. Kita tahu tidak lama lagi akan ada pilihan raya negeri, dan pilihan raya negeri ini sangat sangat penting kerana ini akan menguji suhu politik semasa.
Dan antara isu yang perlu disegerakan untuk penyelesaian adalah pengagihan kerusi antara parti-parti yang mewakili parti PN, parti MN, dan juga rakan rakan kita daripada Sabah – seperti PBS, PBRS, Star dan sebagainya.
Jadi ini memerlukan kepada satu wisdom, hikmah politik yang sangat tinggi. Yang mungkin boleh menjadi model kepada pembahagian kerusi di semenanjung kelak.
UMNO PERLU BERGERAK KE HADAPAN
Astro AWANI: Ini mengenai kenyataan YB selepas Mahkamah Tinggi mensabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap tiga pertuduhan berkaitan dana SRC International Sdn Bhd. YB keluarkan kenyataan bahawa UMNO harus bergerak ke hadapan. Tetapi kenyataan itu menerima kecaman dan kritikan. YB boleh jelaskan maksud ‘bergerak ke hadapan’?
YB Khairy: Datuk Seri Najib ada hak untuk buat rayuan. Rayuan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya rayuan di Mahkamah Persekutuan, Federal Court. Dua lagi peringkat dia boleh rayuan. Dan kita tidak mempertikaikan beliau ada hak tersebut.
Dan sebagai ahli UMNO we wish him well supaya dapat keadilan yang sebenar walau apa keadilan itu akan ditentukan oleh Mahkamah. Let the court determine whether or not, sama ada keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi itu dikekal ataupun tidak. Itu berdasarkan kepada budi bicara mahkamah nanti.
Apabila kita pegang kepada prinsip innocent until proven guilty, maka kalau kita nak consistent, he is guilty now. Pending the appeal, dia sudah didapati bersalah. Dan walaupun beliau ada dua peringkat lagi rayuan, UMNO mesti melihat ke hadapan. Melihat ke hadapan.
Ya saya faham kritikan yang mengatakan UMNO tidak terlibat dalam kes tersebut dan sebagainya. Tetapi saya tahu keadaan yang sebenar. Bukan nak kata UMNO terlibat secara langsung, tetapi semangat kita, tumpuan kita, harapan kita di kalangan sebahagian daripada pemimpin UMNO sangat terkait dengan apa yang akan jadi kepada Datuk Seri Najib sehingga kita tak boleh nak gerak ke hadapan dari segi peralihan generasi.
Saya cakap benda yang saya rasa menjadi rahsia terbuka sekarang ini. Masih lagi ada yang berharapan Datuk Seri Najib kembali sebagai Presiden UMNO. Ini yang saya maksudkan. Mereka tak nak cakap benda ini, tapi saya terpaksa cakap. Dan bagi saya, kita perlu bergerak ke hadapan. Cari generasi baharu untuk memimpin UMNO.
Sekarang ini Presiden masih lagi ada, Datuk Seri Zahid. Tak ada masalah sebab kes beliau masih lagi ongoing. Tidak ada keputusan apa apa mahkamah. Tetapi kita mesti melihat selepas itu siapa. Apakah barisan kepimpinan baharu? Yang sebenarnya yang dikehendaki rakyat juga. Kalau tanya rakyat di luar sana berkenaan tentang UMNO, ya sebahagian daripada mereka kenang jasa Datuk Seri Najib. Banyak polisi beliau telah membantu golongan marhaen dan sebagainya.
Tetapi saya rasa ramai yang rasa bahawa UMNO perlu menyediakan kumpulan pimpinan yang baharu. Yang boleh mengambil alih, yang boleh diberikan masa sekarang untuk membuat perancangan, untuk 5 – 10 tahun akan datang. Itu maksud saya. Bukan saya biadab terhadap Datuk Seri Najib.
Tengku Razaleigh Hamzah bercakap benda yang sama. Tetapi mungkin kerana Tengku Razaleigh adalah negarawan yang senior. Ialah tiada siapa yang berani untuk tegur, atau peril. Bukan saya nak samakan saya dengan Tengku Razaleigh, beliau adalah senior.
Tetapi oleh kerana saya ialah… ye lah KJ, nakal, whatever persepsi yang mereka ada pada saya. Semua saya kena kecam, dan saya kena kritik terutamanya orang orang kuat Datuk Seri Najib dan mereka telah tembak messenger, tembak pembawa berita.
Tak apalah kalau nak tembak messenger, tetapi jangan kita menafikan mesej tersebut. Harapan di luar, harapan rakyat biasa, orang Melayu, dan juga saya berani kata sebahagian besar daripada akar umbi UMNO, nak melihat kepada perubahan, nak melihat kepada peralihan generasi.
Ya Tan Sri Shahrir(Samad) kata, mungkin saya ketinggalan sebab saya tak ikut perkembangan MN dan sebagainya. Ya MN is a start. Tetapi walau apa pun kita buat dalam parti kita, akhirnya kesegaran dan pembaharuan adalah leadership. Kepimpinan.
Bukan soal MN sangat, bukan soal hala tuju perikatan politik kita. Itu penting. Tetapi mereka nak melihat siapa yang akan atau, siapa kumpulan yang akan membawa UMNO, ke era yang seterusnya. Itu maksud saya.
PERANAN UMNO DALAM PERTAHANKAN KEBEBASAN INSTITUSI KEHAKIMAN
Astro AWANI: Beberapa pemimpin UMNO dilihat kecewa dengan keputusan itu. Malah ada yang mempertikai dan mengecam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti Lokman Nor Adam. Bagaimana pandangan YB mengenai kenyataan bahawa institusi kehakiman harus dibiarkan bebas, selari dengan konsep demokrasi di negara ini.
YB Khairy: Lokman itu, tahap IQ dia sama dengan sayur. So kita, tak payah nak dengar sangat cakap Lokman Nor Adam tu. Saya rasa sama dengan kobis sahaja. Tapi persepsi tanggapan itu, perlu kita tangani. Sebab, kita kena faham sebagai parti politik kita menghormati kita menghormati pemisahan kuasa antara eksekutif.
Sebagai parti politik kita kena, sebagai parti politik kita kena memahami dan juga menghormati pemisahan kuasa dalam kerajaan. Eksekutif, Perundangan atau legislatif, dan institusi kehakiman atau judiciary.
Badan Eksekutif Perdana Menteri, tak boleh campur tangan dalam bidang kehakiman. Ini adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan semangat demokrasi sedia ada.
Ini yang berlaku zaman Tun Mahathir. Timbul krisis kehakiman, apabila Tun Salleh Abas dipecat sebagai Lord President, Ketua Hakim Negara. Dan tuduhan bahawa pada waktu itu badan kehakiman berada di bawah kawalan eksekutif.
Yang hanya dapat diselesaikan apabila satu kenyataan dibuat oleh Tun Abdullah Badawi selepas itu. Beliau memulakan proses kembalinya keyakinan terhadap kebebasan badan kehakiman kita. Jadi bagi saya kalau UMNO kata ooo kita kecewa kerana keputusan itu tidak mengikut kehendak kita, dan kita marah kepada Perdana Menteri. Itu adalah perkara yang sangat sangat, bagi saya, salah.
Sebab setahu saya sebagai anggota pentadbiran, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah seorang yang berintegriti dan tidak akan campur tangan dalam keputusan hakim. Jadi bagi saya UMNO tak boleh keluarkan kenyataan tersebut. Sebab seolah-olah nampak kita mengharapkan campur tangan.
PM tidak akan buat.
Dan kalau kita harapkan benda itu … UMNO berada di atas landasan yang salah. Sebab kita patut menjadi parti yang mendokong, kebebasan badan kehakiman kita dan pengasingan kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan kita.
KARIER POLITIK KJ
Astro AWANI: Berbalik kepada kenyataan YB yang dilihat agak kontroversi bagi sesetengah pihak. Adakah YB melihat ia mungkin akan mengganggu perjalanan karier politik YB di negara ini?
YB Khairy: Saya dah biasa sangat dengan kritikan ini. Kritikan ini sejak saya bermula dalam politik, lepas tu lepas pilihan raya 2008, zaman Pak Lah, Tingkat Empat, macam-macam kritikan. Yang saya telah terima. Sampai ke hari ini.
Jadi bagi saya kritikan ini perkara yang biasa. Mungkin sebab saya suka buat pendirian yang berbeza daripada arus perdana. Ialah, itu mengundang kecaman, kritikan, tohmahan, fitnah macam-macamlah.
Yang mereka cakap berkenaan dengan saya. Bagi saya sangat penting untuk UMNO menyediakan sekumpulan pemimpin yang boleh membawa UMNO ke era akan datang. Tidak semestinya saya seorang. Saya nampak kita perlu ada dua tiga empat orang.
Dalam the next generation ... maksud saya siapa? Sekarang ini generasi Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Zahid. Mereka ini berada dalam usia 60an. Jadi the next generation is those in the 50s. Mereka yang berada dalam generasi 50an. Sebagai contoh, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mereka dalam usia 50an.
Dan mereka ini perlu disokong the next generation after that. Generasi 40an. Saya, Datuk Reezal, Shamsul Nasarah sebagai contoh. Pemegang jawatan dalam kerajaan pada hari ini. Kalau kita melihat ada kumpulan seperti itu yang sudah bergerak ke hadapan bersama, sehaluan… yang dapat mengurangkan perpecahan dalam UMNO.
Bukan nak kata kita ada team, ataupun pact. Tetapi kita menjadi peneraju kepada generasi yang akan datang. The new generation.
Saya rasa ramai yang akan rasa UMNO sudah ada hala tuju. Bukan saya nak kata 60 an tidak relevan lagi. Mereka boleh turut terlibat. Saya rasa dalam masa yang terdekat saya harap, diberikan peluang kepada this new generation yang saya sebutkan tadi. 50s 40s, untuk mempelopori hala tuju parti untuk akan datang.
Astro AWANI: Masyarakat di luar sana melihat hubungan erat antara YB, YB Nurul Izzah Anwar dan YB Rafizi Ramli sebagai sesuatu yang unik. Malah ada yang berpandangan YB seharusnya bergabung tenaga dengan mereka bagi menghasilkan satu generasi pemimpin yang lari dari kelaziman. Pandangan YB?
YB Khairy: Saya tetap dengan UMNO, dan mereka setia dengan PKR. Itu saya rasa kelebihan dan istimewanya dalam politik. Kita bukan kenalan politik, kita sahabat. So bila kita sahabat, kita hormat pendirian. Ramai kata kenapa tidak bergabung ketiga-tiga ini, mungkin dalam another life time mungkin boleh berlaku.
Tapi kami dah buat ketetapan, mereka dengan PKR, saya tetap dengan UMNO. Jadi itu tidak timbul. Tapi saya rasa kita perlu ada hubungan yang baik antara parti, sebab ada banyak perkara dalam negara yang perlu diselesaikan dengan satu semangat bi-partisan. Persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.
Kalau kita terlalu partisan, terlalu taksub kepada pendirian parti kita, seperti yang berlangsung hari ini, saya nampak untuk kita merungkai macam macam masalah negara menjadi agak mencabar.
UNDANG-UNDANG MENGHALANG WAKIL RAKYAT LOMPAT PARTI?
Astro AWANI: Bolehkah YB beri sedikit pandangan mengenai idea menghasilkan satu undang-undang yang dapat menghalang wakil rakyat daripada bertukar parti politik?
YB Khairy: Saya rasa, saya setuju secara dasarnya kepada undang undang anti-lompat ini. Namun pendapat yang ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, itu perlu dicerakinkan dan perlu diselesaikan. Sama ada wujud konflik atau tidak dengan hak untuk berpersatuan.
Yang kedua, kalau kita menggubal akta tersebut, saya harap akta pilihan raya juga akan dipinda untuk membolehkan individu sebab dia tak boleh lompat lagi dah.
Katalah dia dah hilang keyakinan dengan parti, parti yang dia wakili itu sudah terpesong daripada perjuangan dia. So dia tak boleh nak lompat sebab akta lompat parti tak membenarkan, so dia letak jawatan sebagai wakil rakyat.
Tetapi saya minta supaya dibolehkan wakil rakyat yang letak jawatan itu bertanding tanpa menunggu lima tahun.
Sekarang ini if I lose faith in my party, resigned on principle, I have to wait five years. Tapi kalau dalam keadaan macam ini, saya dah tak yakin dengan perjuangan parti dah, pemimpin dah memesongkan perjuangan, saya letak jawatan mesti saya dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya seterusnya.
Firdaus Azil
Wed Aug 05 2020
Astro AWANI bertemu dengan Khairy Jamaluddin bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai dinamika politik negara masa kini.
Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan melibatkan kira-kira 10 suspek kumpulan bersenjata dengan anggota renjer.
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Agenda AWANI: Pengasingan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
Memahami rasional utama di sebalik cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Malaysia? Bagaimana ia akan meningkatkan kebebasan dan integriti sistem perundangan? Diskusi 9 malam
Nahas ngeri Ayer Keroh: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Dua lagi anak yang berusia 7 dan 4 tahun, kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Selasa sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.
PRU15: "Hampir pasti saya tidak akan dapat kerusi selamat" - Khairy
Penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memberi gambaran beliau akan mempertaruhkan nasib pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kerusi yang dimenangi oleh parti lawan pada PRU14 lalu.
Pemilihan UMNO: Khairy belum fikir untuk bertanding
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin memaklumkan beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung jawatan yang akan dipertandingkan pada pemilihan UMNO.
Wanita perlu dilibatkan sepenuhnya dalam politik, pembuat dasar negara - Khairy
Golongan wanita perlu dilibatkan dalam politik dan peringkat membuat keputusan serta dasar negara sepenuhnya demi menjamin kestabilan sosial sekaligus menuju ke arah negara maju yang seimbang.
Selesaikan masalah parti secara dalaman - Khairy
Khairy Jamaluddin berkata segala masalah dalam parti berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu diselesaikan secara dalaman.
EKSKLUSIF: Gusar masa depan UMNO celaru, ini persepsi KJ mengenai hala tuju parti
Astro AWANI bertemu dengan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai dinamika politik negara masa kini.
Hari terakhir kempen kritikal untuk BN tangani propaganda DAP - KJ
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata, Barisan Nasional perlu berhati-hati dengan permainan perang saraf Pakatan Harapan.
Jangan terus tolak pelawaan Tun M, lihat sudut positif - KJ
Khairy berkata Dr Mahathir mempunyai asas dalam membuat pelawaan tersebut.
Jangan biar 'kepala' kita kena potong - Khairy
Kerusi DUN Rantau juga penting kerana melibatkan maruah Mohamad sebagai Timbalan Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas Presiden.
Isu Taliban: Saya tak akan minta maaf daripada Nga Kor Ming - Khairy
Dia boleh cakap macam itu kerana nak mencetuskan ketegangan antara kaum, kata Khairy.
Peguam Mat Sabu akan hantar notis undang-undang kepada KJ
Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar berkata peguam Mohamad akan menghantar notis undang-undang kepada Khairy dalam jangkamasa terdekat.