KUALA LUMPUR: Program Setahun Bersama Kerajaan Madani peringkat negeri akan dimulakan di Selangor pada Januari tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata melihat kepada kejayaan penganjuran program berkenaan selama tiga hari sejak Jumaat lepas di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, maka adalah wajar ia dianjurkan di negeri-negeri bagi memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian mengenai Kerajaan Perpaduan.
"Setahun kita tadbir, laporkan (apa yang dilakukan) kepada rakyat dan rakyat datang buat penilaian sendiri, beri ruang kepada mereka untuk beri cadangan dan pandangan.
"Berikutan kejayaan ini (di Bukit Jalil), kita akan turunkan, pindahkan kemudahan (program) ini ke peringkat negeri dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari setuju memulakannya di Selangor," kata beliau ketika merasmikan majlis penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata selepas Selangor, penganjuran program akan diteruskan di negeri-negeri lain dengan kos lebih rendah selain turut mendapatkan bantuan daripada pihak kerajaan negeri.
Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat menjayakan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas.
"(Penganjuran program itu) melibatkan semua jabatan, kementerian, agensi, GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan ini sangat membanggakan kerana dalam pameran ini, ia tidak mewakili satu jabatan, satu kementerian, satu menteri tetapi mewakili seluruh jemaah pimpinan masyarakat Madani," kata beliau.
Mengenai pentadbiran setahun Kerajaan Perpaduan, Anwar berkata rakyat dapat melihat sendiri setiap dasar mahupun pelan yang telah dilaksanakan oleh semua kementerian melalui program berkenaan.
"Dasar-dasar kerajaan baik Ekonomi Madani, peralihan tenaga, transfomasi digital ataupun kajian semula Rancangan Malaysia ke-12 dan pelan induk perindustrian dibentangkan, itu bukan hanya paparan atas kertas.
"Saya sebut tidak semua (pelaksanaan dasar kerajaan) di tahap sempurna dan memuaskan tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki dan kita mulakan dengan satu anjakan paradigma... bererti keberanian, kesungguhan melakukan anjakan dan perubahan dari kaedah dan cara lama supaya negara dan rakyat peroleh manfaat," katanya.
Pada masa sama, Anwar menekankan konsep demokrasi penyertaan dan demokrasi kebertanggungjawaban melibatkan kerjasama antara barisan Kabinet, pengurusan tertinggi kerajaan, penjawat awam, pihak swasta dan orang ramai perlu diamalkan dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan untuk terus memacu kemajuan negara.
"Saya mohon supaya pengertian penyertaan demokrasi itu lebih bermakna dalam Kerajaan Madani kerana sudah sampai ketika kematangan politik tidak diserahkan kepada tokoh politik sahaja tetapi menyerahkannya kepada rakyat secara terus untuk menilai sendiri berdasarkan fakta dan bukannya auta.
"Saya percaya permulaan ini adalah satu yang baik, bermakna demokrasi penyertaan dari rakyat, dari akar umbi, kesatuan sekerja, golongan pekerja, petani dan nelayan, kerana usaha kita itu tidak akan bermakna kalau tidak memberi manfaat secara langsung kepada mereka," kata beliau.
Menyentuh mengenai demokrasi kebertanggungjawaban, Anwar berkata semua pemimpin dan pengurusan tertinggi kerajaan harus bertanggungjawab dalam tindakan mereka terutama bagi memastikan setiap projek dilaksanakan dengan baik.
Anwar berkata walaupun sesibuk manapun beliau tetap mengambil tanggungjawab untuk hadir ke persidangan Parlimen bagi sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri untuk memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa.
"Walaupun agak sukar dan kadang-kadang membebankan saya (memberi penjelasan pada sesi) Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (di Parlimen) tetapi ia adalah satu contoh bagaimana kebertanggungjawaban harus dilaksanakan. Bukan sahaja dalam pilihan raya atau urusan Parlimen," kata beliau.
Atas kebertanggungjawaban sebagai Perdana Menteri, Anwar memberikan contoh kerajaan akan menyediakan dana ekonomi maksimum RM100,000 di setiap kampung untuk melaksanakan program atau projek pembangunan bersesuaian mengikut keutamaan mereka, bermula tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023
![Selangor negeri pertama bakal anjur Program Setahun Bersama Kerajaan Madani Selangor negeri pertama bakal anjur Program Setahun Bersama Kerajaan Madani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702202143_TBANWARMADANI.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap majlis penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto Bernama
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702107964_TBMADANISETAHUN.jpg)
Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman
Tempoh operasi kaunter diskaun saman trafik yang dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, dilanjutkan sehingga 9 malam ini.
![PM Anwar luang masa tinjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI PM Anwar luang masa tinjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702099866_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar luang masa tinjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.
![Pemeriksaan gigi percuma pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI Pemeriksaan gigi percuma pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702089005_TBGigi.jpg)
Pemeriksaan gigi percuma pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
Kementerian Kesihatan (KKM) menawarkan pemeriksaan gigi percuma termasuk pembersihan karang gigi atau scaling dan tampalan sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasiona
![Kaunter diskaun saman trafik pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI meriah Kaunter diskaun saman trafik pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI meriah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702017172_TBSetahunMadani.jpg)
Kaunter diskaun saman trafik pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI meriah
Seawal 7 pagi, orang ramai sudah mula beratur untuk membayar saman, walaupun kaunter hanya dibuka pada 9 pagi.
![Program Setahun Kerajaan MADANI: Polis minta orang ramai guna pengangkutan awam Program Setahun Kerajaan MADANI: Polis minta orang ramai guna pengangkutan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701961819_MalaysiaMadani.jpg)
Program Setahun Kerajaan MADANI: Polis minta orang ramai guna pengangkutan awam
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam tempoh itu, 100 anggota polis ditugaskan menjaga lalu lintas dan ketenteraman awam di lokasi tersebut.
![Program setahun MADANI peluang rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan Program setahun MADANI peluang rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701745468_TBFahmiFadzil.jpg)
Program setahun MADANI peluang rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program yang akan berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan menawarkan informasi secara terus kepada rakyat.
![Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Bukit Jalil pada 8-10 Dis Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Bukit Jalil pada 8-10 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699892238_MalaysiaMadani.jpg)
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Bukit Jalil pada 8-10 Dis
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI akan berlangsung pada 8 hingga 10 Dis di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, ibu negara.