KOTA KINABALU: Sebarang perjanjian antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti pembangkang di negeri ini tidak bermakna apa-apa tanpa penyertaan Parti Warisan Sabah (Warisan), kata Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee.
Beliau juga timbalan pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata walaupun terdapat perbincangan antara GRS dan Pakatan Harapan (PH) di sini, pemimpin PKR dan DAP di Sabah tidak dapat memberikan sebarang ketetapan muktamad, sebaliknya ia perlu diterajui oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Ahli jawatankuasa GRS itu berkata hakikatnya di Sabah parti pembangkang utama ialah Warisan yang bukan sebahagian daripada PH, dan hanya Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) adalah parti tempatan Sabah yang berada dalam gabungan PH.
"Justeru sebarang perbincangan mengenai apa jua perjanjian kerjasama dengan parti pembangkang di Sabah secara realistiknya perlu melibatkan parti Warisan. Sama ada Warisan mahu terlibat atau tidak; ia soal lain, yang perlu ditangani apabila tiba masanya nanti.
"Seterusnya setiap perjanjian kerjasama antara GRS dan pihak pembangkang harus menegakkan konsep Kedaulatan Undang-undang (rule of law). Perjanjian kerjasama tidak boleh dicemari oleh sebarang unsur-unsur 'penyelesaian di luar mahkamah' bagi kes kes-kes mahkamah yang sedang dijalankan, atau proses pengadilan di mana-mana mahkamah," katanya dalam kenyataan semalam.
Pada Ahad, pengerusi GRS Datuk Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri berkata gabungan itu akan mengadakan perbincangan berhubung cadangan PH Sabah untuk bersama menandatangani memorandum persefahaman (MoU), dan berkata Guan Eng telah membangkitkan perkara itu dalam pertemuan dengannya baru-baru ini.
GRS terdiri daripada parti Perikatan Nasional (Bersatu, STAR, SAPP, PAS dan Gerakan); Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC, PBRS); dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021

YONG: Sebarang perbincangan mengenai apa jua perjanjian kerjasama dengan parti pembangkang di Sabah secara realistiknya perlu melibatkan parti Warisan. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Kerajaan, pembangkang perlu bersatu tangani fitnah dalam talian
Kedua-dua blok perlu berganding bahu mencari penyelesaian terbaik kerana budaya fitnah serta hasutan jika dibiarkan boleh menjejaskan perpaduan.

Institusi Parlimen berperanan besar semak dan imbang pentadbiran – KP J-KOM
Katanya, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang punyai peranan penting dalam mencapai agenda kepentingan rakyat serta kemakmuran negara.

Himpunan Solidariti Najib: Pas beri jaminan tiada kejadian luar kawal
Pas memberi jaminan tiada kejadian yang akan berlaku di luar kawalan ketika berlangsungnya himpunan Solidariti Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak Menuntut Keadilan pada Isnin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pembangkang Korea Selatan rancang dakwa PM Han Duck Soo
Pembangkang mendakwa Han melengahkan pelaksanaan undang-undang yang bertujuan untuk menjelaskan tuduhan rasuah terhadap Presiden Yoon.

Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.

Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.

Presiden Korea Selatan mohon maaf isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, memohon maaf atas usaha mengisytihar undang-undang tentera pada minggu ini.

Parti pembangkang Korea Selatan tuntut Presiden Yoon letak jawatan
Parti pembangkang utama Korea Selatan menuntut agar Presiden Yoon Suk Yeol segera meletakkan jawatan selepas pengisytiharan mengejut undang-undang tentera.

Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan."